Sunday, June 29, 2008

Malaysia syurga hiburan

Assalamualaikum, tahun melawat Malaysia boleh diadakan sepanjang tahun.Mana tidaknya kerana negara ini sudah dikuasai oleh dunia hiburan.Balik dari solat Isya' terpampang televisyen di rumah menayangkan hiburan "Jangan Lupa Lirik" di stesyen tv swasta.Alangkah gahnya wanita bertudung menyanyikan lagu rock sambil dihimpit oleh pengacara majlis.Terus saya berkata kepada anak-anak yang menonton "Jangan Lupa Solat".Alangkah baiknya jika program tersebut ditukar kepada "Jangan Lupa Ayat Al-Quran".Paparkan ayat Al-Quran dilayar yang disediakan untuk dibaca kemudian peserta sambung pada paparan yang hilang.Inilah syurga dunia yang semakin hari semakin menjadi-jadi seolah-olah mencabar peringatan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w.Pengacara,peserta dan penonton rata-rata orang melayu Islam.Terlalu banyak hiburan yang melalaikan umat Islam hari ini seperti Akedemi Fantasia,Geng Star,Malaysian Idol,Rentak Juara dan macam-macam lagi mengundang kepada keruntuhan akhlak umat Islam dan terus hanyut berhibur.Tidak cukup dengan itu diadakan pula konsert jom heboh yang mana mengikut pemahaman mereka tidak salah.Apakah hiburan semacam ini akan boleh menyelamatkan kita untuk bersoal-jawab dengan munkar-nakir di kubur nanti?Mana dia ahli-ahli agamawan yang bersuara tentang kemungkaran ini.Nampak pihak Yahudi dan Nasrani sudah berjaya mengalahkan umat Islam sekarang ini dengan memberi penajaan yang cukup lumayan terhadap program-program ini.Ingatlah apabila kita ditalqinkan kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.Tunggulah sabda Rasulullah akan datang bala-bencana kepada kaum yang mempermainkan larangan Allah s.w.t.

Kuliah subuh Ar-Rahimah

Assalamualaikum, sekali lagi kita bertemu dipagi minggu dengan doa untuk kebaikan bermula dengan solat subuh.Masjid Ar-Rahimah Kg.Pandan menghidangkan kuliah subuh yang amat menyentuh jiwa sesiapa yang mengamatinya.Walaupun seperti biasa hari minggu adalah hari bengun lewat bagi sesetengah umat Rasulullah namun satu saf setengah yang ada cukup memberi peringatan dari kuliah subuh yang disampaikan.Tajuk kuliah ialah 15 perkara yang dilakukan oleh umat Islam akhir zaman membawa kepada bala atau balasan dari Allah s.w.t.Memang sudah nyata lagi terang bala yang dikirim oleh Allah telah sampai namun masih tidak memberi keinsafan kepada manusia.Antara 15 perkara yang diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w ialah amanah yang tidak dijaga dengan baik.Ia berlaku di masjid-masjid di mana wang kutipan dari orang ramai lesap kerana bukan ahlinya yang memegang amanah.Perkara menyanjung penyanyi dan pemuzik juga semakin berleluasa kini hingga menjadikan penyanyi/pemuzik sebagai idola.Begitu juga harta yang dianugerah oleh Allah tidak sampai kepada yang berhak menerimanya.Para suami juga tidak menegur kemungkaran anak dan isteri malah menurut perintah sang isteri.Umat Islam juga berani meninggikan suara di masjid kerana berbalah dalam kedudukan sebagai AJK masjid.Anak-anak hanya menerima nasihat dari kawan-kawan dan mengenepikan nasihat ibu-bapa mereka.Itulah serba sedikit penyampaian kuliah subuh untuk renungan jemaah.Rasulullah s.a.w memperingatkan 1400 tahun dahulu akan datangnya angin merah(kepanasan),gempa bumi,perubahan cuaca,banjir bagi mereka yang lalai tentang peringatan ini.Nah sekarang tengoklah sendiri di Malaysia telah berlaku banjir,tempias gempa bumi,jenayah berleluasa akibat umat Islam dari pemimpin negara hinggalah rakyat bawahan tidak pernah mengambilnya sebagai iktibar.Seorang pendusta diangkat sebagai ketua untuk kepentingan duniawi.Cukuplah pertelingkahan yang terjadi kerana ucapan sayangkan negara tapi tidak sayang pada Islam hanya akan mendatangkan lebih banyak malapetaka kepada umat Islam.Jangan kita menzalimi diri sendiri kerana penentunya adalah di akhirat nanti.

Saturday, June 28, 2008

Assalamualaikum,

Selamat Datang Ke Blog hanifsalleh.

Ini adalah satu-satunya blog yang akan membicarakan apa saja yang boleh memberi manafaat kepada semua pengunjung tanpa ada batasan pemikiran politik.Kita mahu satu kebebasan untuk meluahkan cetusan perasaan dari minda yang lebih terbuka tanpa berselindung dibalik kepentingan peribadi.

Semoga blog hanifsalleh mencetuskan satu fahaman yang lebih bermakna kepada semua pengunjung.

Salam dari saya.