Sunday, June 29, 2008

Kuliah subuh Ar-Rahimah

Assalamualaikum, sekali lagi kita bertemu dipagi minggu dengan doa untuk kebaikan bermula dengan solat subuh.Masjid Ar-Rahimah Kg.Pandan menghidangkan kuliah subuh yang amat menyentuh jiwa sesiapa yang mengamatinya.Walaupun seperti biasa hari minggu adalah hari bengun lewat bagi sesetengah umat Rasulullah namun satu saf setengah yang ada cukup memberi peringatan dari kuliah subuh yang disampaikan.Tajuk kuliah ialah 15 perkara yang dilakukan oleh umat Islam akhir zaman membawa kepada bala atau balasan dari Allah s.w.t.Memang sudah nyata lagi terang bala yang dikirim oleh Allah telah sampai namun masih tidak memberi keinsafan kepada manusia.Antara 15 perkara yang diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w ialah amanah yang tidak dijaga dengan baik.Ia berlaku di masjid-masjid di mana wang kutipan dari orang ramai lesap kerana bukan ahlinya yang memegang amanah.Perkara menyanjung penyanyi dan pemuzik juga semakin berleluasa kini hingga menjadikan penyanyi/pemuzik sebagai idola.Begitu juga harta yang dianugerah oleh Allah tidak sampai kepada yang berhak menerimanya.Para suami juga tidak menegur kemungkaran anak dan isteri malah menurut perintah sang isteri.Umat Islam juga berani meninggikan suara di masjid kerana berbalah dalam kedudukan sebagai AJK masjid.Anak-anak hanya menerima nasihat dari kawan-kawan dan mengenepikan nasihat ibu-bapa mereka.Itulah serba sedikit penyampaian kuliah subuh untuk renungan jemaah.Rasulullah s.a.w memperingatkan 1400 tahun dahulu akan datangnya angin merah(kepanasan),gempa bumi,perubahan cuaca,banjir bagi mereka yang lalai tentang peringatan ini.Nah sekarang tengoklah sendiri di Malaysia telah berlaku banjir,tempias gempa bumi,jenayah berleluasa akibat umat Islam dari pemimpin negara hinggalah rakyat bawahan tidak pernah mengambilnya sebagai iktibar.Seorang pendusta diangkat sebagai ketua untuk kepentingan duniawi.Cukuplah pertelingkahan yang terjadi kerana ucapan sayangkan negara tapi tidak sayang pada Islam hanya akan mendatangkan lebih banyak malapetaka kepada umat Islam.Jangan kita menzalimi diri sendiri kerana penentunya adalah di akhirat nanti.

No comments: