Thursday, July 31, 2008

QAZAF -Undang-Undang Seksyen 41.




Firman Allah,"Orang-orang yang menuduh perempuan suci (berzina) kemudian mereka tidak mengemukakan 4 orang saksi, hendaklah kamu dera mereka itu 80 kali dan janganlah kamu terima kesaksiannya selama-lamanya, kerana mereka orang yang fasik. An-Nur-4.

Orang-orang yang menuduh isterinya (dengan berzina) tetapi mereka tidak mempunyai saksi-saksi kecuali dirinya sendiri, maka kesaksiannya ialah 4 kali bersumpah dengan Allah, bahawa ia seorang yang benar. An-Nur-6.

Dan yang kelima bahawa kutuk Allah atas dirinya, jika ia dusta. An-Nur-7.

Ketika kamu ceritakan dengan lidahmu dan kamu katakan dengan mulutmu sesuatu yang tak ada pengetahuan kamu tentang kebenarannya dan kamu kira perkara itu tidak berdosa, padahal di sisi Allah (dosa) besar. An-Nur 15.

Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan suci yang baik hati lagi beriman (dengan tuduhan berzina) mereka itu dikutuki di dunia dan akhirat, dan untuk mereka siksaan yang besar. An-Nur-23.

Dari beberapa keterangan ayat-ayat Al-Quran yang saya paparkan menunjukkan bahawa kita sebagai umat Islam harus menghindarkan diri dari membuat tuduhan tanpa mengemukakan bukti.Pemerintah Islam di Malaysia wajib menggunakan hukuman yang termaktub di dalam ayat-ayat Al-Quran dan bukannya mengubah cara hukuman tersebut.Mengikut akta yang diluluskan, mereka yang menuduh seseorang (zina atau liwat) boleh didenda tidak lebih RM5000/= atau penjara tidak lebih 3 tahun (Seksyen 41-Bab Qazaf).Namun kini umat Islam sudah terjerat dengan dosa yang amat besar apabila turut bercakap dan membincangkan berita yang mereka sendiri tidak tahu.Pihak media begitu ghairah membesar-besarkan berita ini dengan bersangka jahat pada yang dituduh.Adakah ini keadilan yang dituntut oleh Islam?

Keterangan petikan ayat-ayat di atas amat jelas kerana sebenarnya orang yang menuduh itu dan orang-orang yang menyiarkannya telah berdosa besar kecilnya menurut usahanya.Orang yang besar usahanya mendapat siksaan yang besar.Bagi mereka yang mendengar berita ini hendaklah kamu katakan,"Hal ini tidak patut kita perkatakan, Subhanallah, ini adalah kebohongan besar.

Sebenarnya inilah kerja Syaitan/Iblis laknatullah yang berjaya membisikkan sesuatu yang buruk kepada kita.Kita sebagai orang beriman tidak sepatutnya terjerat dengan bisikan Syaitan ini.Namun malangnya penulis akhbar,pembaca berita,pemimpin politik seolah-olah menjadi wakil Syaitan/Iblis memperbesarkan berita yang belum tentu kesahihannya.Maka bertepuk-tanganlah Syaitan/Iblis dengan sahabat-sahabatnya yang setia ini.Para ulama seharusnya menegur dengan hak mereka-mereka ini kerana dengan jelas perbuatan-perbuatan ini hanyalah menempah tiket ke naraka jahanam.

Saya melihat adalah lebih baik pihak pemerintah memandang tuduhan ini kepada aspek yang lebih dalam.Sekiranya perbuatan liwat ini berlaku beberapa kali tanpa paksaan maka seharusnya kedua-dua pihak iaitu yang menuduh dan tertuduh harus dihukum sebat atau rejam mengikut undang-undang Islam.

"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,Siapa yang menurut langkah syaitan itu,maka ia menyuruh membuat keji dan mungkar.Kalaulah tiadalah kurnia Allah kepadamu dengan rahmatNya, nescaya tiada suci seorang juga di antara kamu selama-lamanya, tetapi Allah mensucikan siapa yang dikehandakiNya.Allah maha mendengar lagi maha mengetahui". An-Nur-21.

"Maka ia menyuruh membuat keji dan mungkar" amat jelas apabila pemberita akhbar dan media elektronik banyak mengajak kepada perkara kemaksiatan seperti konsert jom heboh,akedemi fantasia,gang stars dan macam-macam lagi perkara maksiat.Seharusnya perkara-perkara maksiat ini janganlah kita hebohkan tetapi sampaikanlah berita gembira tentang ganjaran syurga bagi mereka yang bertaqwa.Namun pemberita-pemberita ini menyanggah dengan hujah-hujah mengikut hukum akal dan nafsu mereka apabila Mufti Perak Dato' Harussani mengeluarkan fatwa mengharamkan konsert-konsert tersebut.Nampaknya pemberita-pemberita ini lebih 'alim dari mufti.

Wednesday, July 30, 2008

Ghibah Dan Fitnah Amalan Pemimpin.

Firman Allah,"Dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain,sukakah salah seorang kamu,bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati(bangkai)?Maka tentu kamu tidak suka memakannya"-Al-Hujurat:12.

Sabda Rasullullah s.a.w,"Setiap muslim bagi muslim lainnya maka haram darah,harta dan dirinya".
Dan ghibah adalah mengoyak harga diri seseorang yang disamakan harta dan darahnya Abu Barzah mengatakan,telah bersabda Rasullullah s.a.w,"Janganlah kamu saling mendengki,membenci atau berpaling.Jangan pula sesetengahnya mengumpat yang lain.Jadilah kamu hamba Allah yang saling bersaudara".

Dari Jabir Bin Abi Said mereka berkata,Rasullullah s.a.w telah bersabda,"Takutlah akan ghibah,sesungguhnya ghibah lebih berat dari zina.Seorang laki-laki yang berzina lalu bertaubat,maka Allah menerima taubatnya.Sedang Allah tidak mengampuni orang yang ghibah sebelum orang yang dighibah itu memaafkannya".

Al-Barra' berkata,Rasullullah s.a.w memeberi khutbah kepada kami,Baginda bersabda,"Wahai sekelian orang yang beriman dengan lidah dan tidak beriman dengan hatinya,janganlah kamu mengumpat kaum muslimin dan jangan membongkar rahsia mereka.Siapa membongkar rahsia saudaranya,Allah akan membongkar rahsianya pula.Dan siapa dibongkar rahsianya oleh Allah,Dia akan membuka aibnya di tengah rumahnya".

Abu Darda berkata,Rasullullah s.a.w bersabda,"Siapa memburukkan orang muslim dengan satu kalimat tanpa kebenaran,Allah akan memburukkannya di Neraka kelak pada hari kiamat".

Abu Harairah r.a berkata,Rasullullah s.a.w bersabda,"Siapa menuduh seorang muslim,maka ambillah tempat duduknya di Neraka".

Dari beberapa keterangan di atas dapatlah kita simpulkan betap bahayanya fitnah,mengumpat dan mengaibkan seseorang.Namun umat Islam terutama pemimpin-pemimpin politik tidak pernah merujuk kepada keterangan yang saya paparkan.Kini seolah-olah sudan menjadi amalan iaitu melakukan fitnah dan mengaibkan seseorang adalah satu cara untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.Tidak kurang pula ada di antara mereka mengugut untuk membongkar rahsia seseorang pemimpin bagi tujuan mengaibkannya.Amat malang sekali kita sebagai rakyat juga seolah-olah bersubahat apabila mempercayai bulat-bulat tuduhan fitnah ini dan menokok-tambah cerita yang kita dengar.

Sedarlah wahai pemimpin-pemimpin Malaysia sekelian tentang bahayanya ghibah dan fitnah.Jadilah pemimpin yang banyak menasihati rakyat untuk mengikut jalan Islam yang sebenar-benarnya.Janganlah rakyat disogokkan dengan cerita mengaibkan seseorang yang hanya menambahkan kemurkaan Allah kepada kita.Berbagai-bagai peringatan telah diturunkan oleh Allah berupa bala bencana kepada negara namun kita masih tidak sedar dan hanya menganggapnya satu perubahan fenomena alam.Bagi mereka yang bertugas menjaga keselamatan negara seperti polis, janganlah kita menggunakan amanah yang dipikul untuk menginaya orang lain.Azab Allah itu rasanya tak tertanggung oleh kita di akhirat nanti.

Tuesday, July 29, 2008

Wahabi Solat Dua Qiblat.

Wallahhua'lam tetapi inilah video yang ditunjukkan cara Wahabi sesat solat berjema'ah.Difahamkan puak Wahabi ini mengadap Masjid Al-Aqsa dan Ka'abah sewaktu mengerjakan solat berjemaah.Puak yang cenderung dengan Wahabi di Malaysia seperti Dr.'Asri,Dr.Azwira dan gang-gang yang seangkatan dengan mereka tolong jawab boleh ke tidak solat berjemaah 2 qiblat.Mungkin tak lama lagi cara begini akan dilakukan di Malaysia pula.
video

Sunday, July 27, 2008

Mufti Yang Rasa Dia Hebat.

Mufti Perlis Dr. Asri telah banyak dikatakan sebagai seorang yang rasa dirinya hebat.Mana tidaknya dalam ceramah atau tulisan beliau, seolah-olah beliau cuba mengajar ilmu agama pada ulama-ulama yang mahsyur.Malang bagi penduduk Perlis mendapat Mufti sebegini kerana sedikit ilmu yang dia ada hanyalah untuk memecah-belahkan umat Islam.Tidak pernah saya dengar dan pelajari daging korban boleh dimakan oleh orang bukan Islam tetapi Dr. Asri membenarkannya.Saya tidak pasti selain mahzab yang 4 adakah Dr.Asri mempunyai Imam yang lain untuk diikuti?Ternyata apa yang keluar dari mulut beliau hanyalah fitnah terhadap ulama-ulama terdahulu.

Ceramahnya menghentam mereka yang membaca barzanji seolah-olah orang yang membaca itu tidak faham maksudnya dan mengatakan banyak kesalahan terdapat dalam kitab barzanji.Alahai nampaknya beliau lebih hebat dari pengarang kitab tersebut Ja'afar Barzanji.Jadi kalau tak faham maka janganlah baca.Mungkin itu maksud Asri tetapi beliau tidak pula menyebut ramainya umat Islam tidak faham isi kandungan Al-Quran maka adakah tidak juga digalakkan membacanya?Membaca Barzanji adalah satu-satunya cara mengajak orang ramai bersama-sama berselawat ke atas Rasullullah s.a.w dan setiap akhir rawi yang dibaca adalah doa kita kepada junjungan besar Rasullullah s.a.w.Doa kita berbunyi "Taburkanlah kiranya Ya Allah, pusara baginda yang mulia dengan wangi-wangian semerbak aneka puspa,berupa doa restu dan kesejahteraan kepadanya."Kemudian akan ditutup dengan selawat nabi.

Ceteknya pemahaman Dr.Asri tentang barzanji hingga sanggup memperlekehkan masyarakat Melayu yang membacanya.Kitab Barzanji menceritakan kisah Rasullullah dan juga sifat terpuji Rasullullah untuk kita ikuti.Kitab Barzanji ditulis dan dibaca dalam bahasa Arab begitu juga dengan Al-Quran.Maka sememangnya setiap bangsa akan membacanya dalam bahasa Arab.Adakah Dr.Asri mahu ia ditukar ke bahasa ibunda supaya mudah difahami?Sekarang rakyat Negeri Perlis telah diracun oleh Muftinya sendiri kerana saya difahamkan selepas solat tidak ada zikir atau doa dibaca oleh Imam.Nampaknya mufti inilah yang sebenarnya nak tiru Imam Mekah di Arab Saudi.Beliau merasakan tanpa zikir dan doa selepas solat adalah sesuatu yang diajar oleh Rasullullah.Sombong dan bongkaklah bagi mereka yang tidak berdoa kepada Allah swt.Saksikanlah paparan saya ini bagaimana Dr.Asri belagak seperti seorang ulama yang hebat.Kalau tak tahu nak melagukan bacaan barzanji janganlah pandai-pandai condemn orang yang suka membacanya.Walaupun ia bermula dengan "Ku mulakan menggores penaku dengan nama Tuhan,Dzat yang Maha Agung"adakah menjadi kesalahan kita membacanya?Sudah terang-terang semua orang tahu Ja'afar Barzanji ialah pengarangnya dan kita hanya membacanya sesuai dengan cara yang diajar oleh para ilmuan agama.Barzanji adalah nama sebuah kampung tempat asal Ja'afar.Kalau Dr.Asri teringin nak belajar barzanji carilah saya dan jangan malu-malu kerana jawatan mufti yang disandang bukanlah menunjukkan hebatnya kita sekiranya ceramah dan tulisan kita banyak dipertikaikan oleh para ilmuan agama terang-terangan.Sepatutnya sebagai mufti kita dicontohi dan dipelajari ilmunya tapi sebaliknya kita dikritik hingga dipanggil budak hingusan yang baru dapat sedikit ilmu,ada jawatan dah mula berlagak macam ulama besar.Salah pilih mufti inilah jadinya.Mungkin selepas ini Dr.Asri boleh ajar rakyat Perlis solat 2 qiblat cara wahabi.(Paparan Akan Datang).
video

Bersyukurlah Nikmat Allah swt.



Firman Allah swt,"Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanam-tanaman dari pokok-pokok zaitun dan tamar serta anggur,dan juga dari segala jenis buah-buahan.Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda(yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.
Surah Al-Nahl-ayat 11.

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah mana yang baik di antara rezeki yang kami berikan kepadamu dan berterima-kasihlah kepada Allah jika kamu hanya menyembahnya."-Al-Baqarah-172.

Terlalu banyak ayat-ayat Allah menerangkan perihal rezeki kepada kita.Adakah kita bersyukur dengan nikmat Allah yang banyak ini?Sesungguhnya Allah tidak meminta rezeki daripada kamu tetapi Dialah yang memberi rezeki.Namun begitu bagaimanakah kita menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah?Ramai umat Islam kini hanya melafazkan "Alhamdullillah" tanpa melakukan suruhan yang dituntut oleh Allah.Mereka tidak solat,mengeluarkan zakat dan lain-lain lagi kerana kufurnya terhadap nikmat Allah swt.Adakah kita sedar kita sebenarnya berhutang dengan Allah?Kita menumpang di bumi Allah,menghirup udara Allah,menggunakan pancaindera yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita,namun Allah tidak meminta kita membayarnya.Allah hanya mahu kita sujud menyembahnya, adakah itu terlalu payah untuk kita lakukan?

Jika dihitung dari umur kita berapa lamakah kita sebenar-benarnya menyembah Allah?Seandainya kita bersolat 5 waktu sehari semalam selama 1 jam (10 minit setiap waktu) berapa lamakah agaknya kita mengabdikan diri kepada Allah dalam setahun?Kita hanya memperuntukkan 365 jam sahaja setahun bersamaan lebih kurang 15 hari.Hitunglah sendiri amal kita sekiranya kita diberi nyawa selama 60 tahun dan ditolak pula waktu kita masih belum baligh lagi.Betapa kurangnya amal solat yang kita lakukan namun umat Islam kini masih mendabik dada dan sombong kepada Allah.Kita hidup dengan rezeki yang Allah anugerahkan kepada kita lantas kita tidak pernah memikirkanNya.Sesungguhnya Allah tidak pernah lupa kepada hambaNya tetapi hambaNya kufur dengan nikmatNya.Adakah amal yang sedikit ini dapat mengatasi beratnya dosa yang dipikul di akhirat nanti?Jadilah hamba yang benar-benar bersyukur dengan menta'ati perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.

Saturday, July 26, 2008

Takut Kepada Allah swt.

Dalam sebuah Hadis Rasullullah s.a.w bersabda."Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat.Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur.Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat.Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ketujuh.Ia mempunyai bulu sebanyak makhluk Allah.Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku,maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy.Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur.Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari kiamat".

Sesetengah ulama' mengatakan,"Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan.Keselamatan roh pada sedikitnya dosa.Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada "Khairil Anam"(Muhammad s.a.w.).

Allah swt berfirman."Wahai orang-orang yang beriman,takutlah kepada Allah!Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok iaitu hari kiamat.Takutlah kepada Allah.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan."-Al Hasyr:18.

Sesungguhnya Malaikat,langit,bumi,siang dan malam pada hari kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia.Baik atau buruk.Taat atau maksiat.Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan pada 7 perkara:
1)Pada lisannya dengan menghindarkan diri daripada dusta,ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap.
2)Pada hatinya dengan membuang rasa permusuhan,kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.
3)Pada pandangannya dengan tidak suka kepada memandang pada makanan,minuman,pakaian atau hal-hal yang haram.Tidak pula terpikat kepada dunia.
4)Pada perutnya dengan tidak diisi dengan barang yang haram.Itulah dosa yang besar.
5)Pada kedua tangannya dengan tidak menggunakannya untuk perkara haram seperti mencuri,membunuh dan sebagainya.
6)Pada langkah kakinya dengan tidak menuju ke tempat-tempat maksiat.
7)Pada keta'atannya dengan hanya mencari redha Allah.Takut kepada riak dan munafik.

Dan seharusnya seseorang mukmin harus berada di antara rasa rakut dan berharap.Dia harus senantiasa mengharapkan rahmat Allah dengan tidak berputus asa.Firman Allah."Jangan engkau berputus asa dengan rahmat Allah"-Asy-Syura:28.
video

Anak Kita & Anak Orang Bahagian 2.

Amat memalukan dan tidak bertemadun apabila anak-anak kita yang belum baligh sudah pandai melakukan hubungan jenis akibat terangsang dengan video lucah yang ditonton.Apa dah jadi dengan mereka dan siapa yang perlu dipertanggung-jawabkan dalam hal ini?Adakah disebabkan kurangnya didikan agama kerana kesibukan ibu-bapa mengejar harta dunia maka berlakulah perkara sumbang ini.

Didikan agama yang berterusan tanpa henti selagi anak-anak kita tinggal bersama kita walaupun mereka sudah dewasa adalah satu jalan terbaik begi menangani gejala ini.Malangnya ibu-bapa hanya berhenti menghantar anak-anak mereka ke kelas pengajian Al-Quran setelah anaknya khatam membaca Al-Quran.Adakah itu saja peranan ibu-bapa kepada anak-anak mereka serta takut menegur dan menasihati anak-anak mereka?Ingatlah sepanjang hidup kita takkan habis pengajian agama itu hendak kita belajar.Bab fiqh,tauhid,fardhu 'ain,tajwid Al-Quran dan macam-macam lagi perlu kita serapkan kepada anak-anak kita.Janganlah disebabkan lokeknya kita untuk mengeluarkan wang bagi pengajian agama maka anak-anak kita terbiar dengan gejala yang buruk.Kita mampu mengadakan macam-macam kemudahan seperti handphone,permainan video game,computer dan macam-macam lagi yang tak mendatangkan faedah untuk masa depan anak-anak.Tidak banggakah kita sekiranya anak-anak kita menjadi seorang pembaca Al-Quran yang baik seperti yang saya paparkan ini?Atau kita lebih bangga apabila anak kita disanjung kerana pandai menyanyi dan menari dari kecil lagi?Jika itulah matlamat kita mendewasakan anak-anak kita maka kita akan menjadi ibu-bapa yang amat rugi.Sibuknya kita membawa anak-anak kita menonton konsert yang melalaikan seperti Jom Heboh,Akedemi Fantasia,Geng Stars dan lain-lain tanpa memikirkan kesan pengaruh budaya buruk itu kepada anak-anak kita.Fikirkanlah apa faedah yang dapat kita pelajari daripada persembahan konsert tersebut.Tak pernah pula kita sibuk untuk membawa mereka menghayati bacaan Al-Quran seperti program Akedemi Al-Quran,Tilawah Al-Quran,Majlis hafazan Al-Quran dan kuliah-kuliah ilmu yang diadakan di masjid-masjid dan surau.Mana tidaknya kerana ibu-bapa sendiri tidak berminat dengan program-program bercorak agama untuk di tonton.Itulah bisikan Syaitan/Iblis laknatullah yang berjaya masuk ke lubuk hati kita.Sepatutnya kita bangga apabila anak-anak kita menjadi seperti kanak-kanak ini.(Lihat Paparan).
video

Friday, July 25, 2008

ANAK KITA & ANAK ORANG LAIN

Kita bangga dengan kejayaan anak-anak kita.Tetapi kejayaan apa yang kita bangga-banggakan?Adakah kita berbangga apabila anak kita hanya tahu menyanyi dan meniru gaya artis pujaan mereka?Itulah fenomena yang terjadi sekarang ini di mana kita amat menitik-beratkan kepada hiburan semata-mata.Sebagai ibu-bapa kita juga amat kuat memberi dorongan kepada anak kita apabila mereka menceburkan diri dalam bidang nyanyian.Apakah itu yang diminta oleh Allah s.w.t apabila kita diamanahkan untuk mendidik anak-anak kita?Kenapa amat kurang ibu-bapa yang mahu anaknya cenderung dalam bidang agama?Pelajaran agama yang kita berikan kepada anak-anak kita seolah-olah seperti melepaskan batuk di tangga.

Kini bermacam-macam program televisyen yang memaparkan anak-anak yang terlalu muda ke arah hiburan semata-mata.Galakan dari ibu-bapa adalah punca kepada masaalah ini disamping sogokan hadiah lumayan hingga kita sanggup dilalaikan dengan kemewahan dunia.Pihak penganjur program kanak-kanak ini seolah-olah menghalalkan program mereka tanpa melihat kesan buruknya di kemudian hari.Video yang saya paparkan bukanlah untuk mengaibkan sesiapa tetapi biarlah ibu-bapa sendiri menilai yang mana lebih baik bagi anak-anak mereka.
video

Tiru Pakaian Jahilliyah.

Gambar di atas telah diambil dari blog al-subki tentang cara solat yang dilakukan oleh pihak Wahabi.Mengulas tentang tulisan al-subki saya amat menyokong tulisan beliau dan ingin mengulas serba sedikit tentang gambar yang dipaparkan.Cara berpakaian mereka yang solat begitu adalah lebih mirip kepada pakaian puak Jahilliyah di mana Rasullullah s.a.w melarang keras kita meniru pakaian Jahilliyah.Rasulullah s.a.w pernah sujud di atas serban baginda kerana dinginnya tanah atau panasnya tanah tempat beliau sujud.Namun begitu baginda meletakkan serbannya sebagai alas untuk sujud dan bukannya dipakai seperti gambar di atas.

Sememangnya mereka yang memakai cara di atas dan sujud di atas serban yang dipakai akan membatalkan solat kerana 7 anggota badan mestilah digunakan sewaktu sujud iaitu kedua kaki dengan membengkokkan jari-jari,kedua lutut,kedua tapak tangan dan dahi.Amatlah malang bagi mereka yang meniru cara solat wahabi kerana dahi mereka dihalang oleh serban yang dipakai semasa sujud.Begitu juga bagi muslimat yang sujud di atas telekong yang di pakai dan hanyalah sia-sia solat orang yang sebegini.

Kini trend memakai pakaian seperti di atas semakin menjadi ikutan umat Islam di Malaysia tanpa mempelajari syarat-syarat sah solat terlebih dahulu.Budaya ikut-mengikut ini tanpa ilmu dikuatiri akan merebak bagi mereka yang ingin menampilkan diri sebagai 'alim dan warak.Malah ada Imam masjid yang mengimamkan jema'ah dengan cara begini dan lebih buruk lagi Imam tersebut suka bermain-main dengan kedua-dua jarinya kiri dan kanan sewaktu duduk tahhiyat.Inilah budaya ikut-mengikut yang amat bahaya kerana ingin mencontohi Imam di Mekah tanpa ada asas ilmu terlebih dahulu.Ingin melihat cara solat Imam sebegini bolehlah datang ke Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan.Imam tersebut juga akan bermain-main dengan jarinya sewaktu kedua tangan di letakkan selepas takbiratul ihram.Apabila ruku' dia akan menarik jubahnya ke atas, mata melilau kiri dan kanan, bukannya tunduk memandang tempat sujud.Sepatutnya pihak JAWI harus memandang serius tentang Imam sebegini.Kita kuatir ia akan merosakkan solat para jema'ah yang lain lebih-lebih lagi solat Jum'at.Pernah seorang Qari mengulangi solatnya kerana tidak yakin dengan bacaam Imam tersebut.Bacaan Imam tersebut tidak mengikut hukum tajwid yang sebenarnya.Inilah masaalahnya apabila beramal tanpa ilmu dan mengikut cara orang lain membabi-buta.

Thursday, July 24, 2008

Hebatnya Islam.

Azan mula berkumandang di dunia ini di zaman Rasullullah s.a.w lagi.Ia mula sekali dilaungkan oleh sahabat baginda iaitu Bilal Bin Rabah.Maka itulah muazzin yang melaungkan azan dipanggil Bilal sempena nama Bilal Bin Rabah.Kini kehebatan laungan azan menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah s.w.t berterusan kedengaran di pelusuk dunia.Perhatikan paparan yang saya sertakan.Namun amat malang apabila umat Islam hanya mendengar azan dari masjid-masjid berhampiran tanpa menghadirkan diri untuk solat berjema'ah di masjid.Yang lebih malang ada di antara umat Islam itu sendiri menganggap seruan azan terutama di waktu Subuh hanya mengganggu tidur mereka.Maka akan tergelincirlah iman apabila kita beranggapan begitu dan termasuklah kita sebagai golongan fasik.Na'uzubillah....

video

Wednesday, July 23, 2008

Hiburan Lagi Di Malaysia!!!!!!!


Baru-baru ini penyanyi dangdut Indonesia Inul Daratista diberitakan akan menggegarkan stadium di Johor Bahru dengan konsertnya.Malang bagi Inul kerana konsert dangdutnya telah dibatalkan atas alasan tiada permit.Maka menangis sakanlah Inul kerana tidak dapat bergelek untuk melalaikan umat Islam di Johor.

Tak serik-serik lagi Negeri Johor dengan amaran banjir yang menimpa akibat kelalaian umat Islam.Amaran yang dikirim oleh Allah s.w.t adalah satu peringatan untuk umat Islam Johor insaf dan lebih banyak beramal soleh.Janganlah dengan mengadakan satu konsert dangdut yang terang-terang amat bercanggah dari syariat Islam maka ia ditafsirkan sebagai satu kerja amal.Mufti Johor harus tegas dalam hal ini apatah lagi di mana umat Islam kini berada dalam bulan mulia iaitu Rejab bulan Allah.

Diberitakan juga Inul akan menggegarkan Stadium Putra Bukit Jalil pada 27hb. Julai nanti.Apa dah jadi dengan negara kita membiarkan perkara maksiat dengan hiburan yang melalaikan berleluasa tanpa ada sekatan.Negara seolah-olah mencampur-adukkan di mana pada satu ketika mengadakan tilawah Al-Quran dan di masa yang lain menghalalkan konsert dangdut liar perdembahan Inul.Sepatutnya penyanyi ini dilarang dari mengadakan konsertnya di negara ini kerana aksi-aksinya yang keterlaluan.

Tidak lama lagi Malaysia akan menyambut hari ulangtahun kemerdekaannya pada 31hb. Ogos.Apakah akan diisi juga dengan hiburan atau konsert?Pada 1hb. September iaitu keesokan harinya umat Islam akan berpuasa.Masya'allah bertambah rosaklah generasi anak-anak muda kita kerana terlalu banyak hidangan nyayian Iblis diserapkan.Maka bertepuk-soraklah Iblis/Syaitan kerana berjaya menyesatkan umat Muhammad s.a.w di Malaysia ini.Iblis/Staitan tidak perlu bekerja keras untuk mencapai impiannya kerana wakil mereka di dunia ini sudah ada iaitu penyanyi-penyanyi,pelawak dan pelakon-pelakon filem telah menjadi pekerja tetap mereka bagi melalaikan umat Islam.Mereka ini akan dijadikan pula Idola oleh anak-anak muda maupun orang-orang tua yang masih tak sedar diri yang suka berkaraoke.Jadi tidak hairanlah keruntuhan akhlak generasi kini semakin parah dengan kes-kes seperti sumbang mahram,seks bebas,buang anak dan macam-macam lagi.Para-para Mufti dan para 'alim ulama hanya membisu kerana mereka lebih sibuk bertelagah sesama sendiri tentang bab furu' hingga menganggap amalan yang baik sebagai bida'ah dan sesat.Hanya seorang-dua yang bersuara tetapi pandangan mereka dicampak ke tepi malah pihak media memperlekehkan kenyataan Mufti ini.

Tuesday, July 22, 2008

Hati-Hati Umat Islam.

Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Sya'aban bulan Rasullullah dan Ramadhan bulan umatnya untuk menunaikan salah satu rukun Islam iaitu berpuasa.Tiga bulan-bulan yang mulia ini amat besar fadhilatnya sekiranya kita tahu dan terus-menerus mengerjakan amal soleh mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.Namun begitu timbul kebimbangan dengan amalan masyarakat Islam dewasa ini.Ini disebabkan pada bulan-bulan yang mulia inilah umat Islam khasnya di Malaysia mengambil kesempatan daripada cuti sekolah yang tiba untuk mengadakan majlis walimatul-urus mengahwinkan anak-anak mereka.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini adakah anak-anak kita itu mempunyai tahap keimanan yang begitu kuat untuk menahan nafsu apabila Ramadhan tiba nanti?Bayangkan apabila pasangan suami-isteri yang baru berkahwin bercuti di hari minggu berdua-duaan maka akan berlaku di mana kedua-duanya yang masih segar di alam perkahwinan tidak dapat menahan nafsu untuk berjimak di siang hari.Adakah kita sebagai ibu-bapa ada memberi peringatan kepada mereka tentang bahayanya berjimak di siang hari di bulan Ramadhan?Malangnya ibu-bapa dan pasangan pengantin mengambil mudah sekiranya perkara ini diajukan kepada mereka.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah satu kewajipan yang tidak boleh tidak mesti dilakukan kecuali ada keuzuran seperti datang haid bagi wanita, sakit dan sebagainya.Ia tidak boleh ditinggalkan dengan sengaja dengan niat mengqadhakannya di hari lain.Adakah pasangan pengantin ini sanggup untuk memerdekaka seorang hamba, berpuasa berturut-turut tidak boleh tinggal satu hari pun selama 2 bulan dan memberi makan anak yatim seramai 60 orang?Ingat pada kaffarah yang perlu dibayar sekiranya berjimak di bulan Ramadhan dan ianya bukan mudah untuk kita lakukan.

Sebagai kesimpulan adalah lebih baik kita menunggu selepas Syawal tiba untuk mengadakan walimatul-urus tersebut.Kita takut bagi pasangan yang masih segar ini juga tidak hadhir ke masjid di malam hari untuk solat tarawikh, bertadarus Al-Quran, qiamullail dan sebagainya kerana malam hari mereka disibukkan dengan berjimak.Akibatnya pasangan ini akan terlepas dari bersahur dan solat subuh karana dipengaruhi oleh nafsu mereka sendiri.Ketahuilah bahawa untuk mengawal nafsu adalah perkara yang amat sukar untuk dilakukan jika tahap keimanan kita masih belum sempurna.

Monday, July 21, 2008

SAKARATUL MAUT!!!!!!

Dari Hasan, bahawa Rasullullah s.a.w bersabda,"Ingatlah maut, kepedihan dan sakitnya."Beliau bersabda,"Maut itu sama dengan tiga ratus pukulan pedang.Sesungguhnya maut yang teringan sekali bagaikan kawat jeruji menjerat kambing.Bila kambing lepas pasti ada bulu yang tersangkut di kawat jeruji tersebut."

Al-Auza'i berkata,"Telah sampai padaku bahawa mayat menemukan sakitnya maut selama belum dibangkitkan dari kuburnya."Syaddad Bin Aus mengatakan,"Maut itu kepedihan dunia akhirat yang paling mengerikan bagi orang mukmin.Ia lebih dasyat daripada dipotong dengan gergaji atau digunting atau dipanaskan dengan tungku.Kalau maut, tentu tak bergunalah kehidupan mereka dan tak merasa nikmat tidur".

Maut itu sentiasa mengikuti kita dan kita diziarahi oleh Malaikat Maut sebanyak 70 kali sehari.Maut datang tidak kira di mana kita berada dan seharusnya kita bersedia setiap waktu menghadapinya dengan senantiasa mengingati Allah.

2 paparan video untuk renungan kita bersama.

video video

Sunday, July 20, 2008

Mendengar Lagu Dan Sejenisnya.

Al-Qadi Abu Thaiyyib ath-Thabrani mengutarakan pendapat dari asy-Syafie,Malik,Abu Hanifah,Sufyan dan segolongan ulama, bahawasanya mendengar lagu dan seumpamanya adalah haram.
Dalam kitab Abadul Qadha, Imam Syafie mengatakan,"Sesungguhnya menyanyi itu makruh dan sesiapa yang membiasakannya bererti bodoh dan harus ditolak kesaksiannya."
Abu Thaiyyib mangatakan,"Mendengar nyayian dari wanita yang bukan muhrim tidak dibolehkan menurut ulama Syafie, baik terbuka atau dari balik hijab, baik merdeka atau budak.Dia berkata bahawa telah berkata Imam Syafie,"Pemilik jariah(budak perempuan), bila dia mengumpulkan manusia untuk memperdengarkan nyanyiannya, maka dia adalah bodoh dan harus ditolak kesaksiannya.Itu dibuat oleh orang-orang zindiq supaya melupakan Al-Quran".
Juga Imam Syafie mengatakan,"Menurut hadis, permainan muzik lebih makruh daripada permainan lain-lainnya.Aku tidak suka pula catur.Bahkan aku tidak suka setiap yang dipermainkan manusia kerana permainan bukanlah sifat orang yang punya agama dan harga diri."

Adapun Imam Malik r.a juga melarang nyanyian.Beliau mengatakan,"Bila seseorang jariah yang ternyata seorang biduan, seelok-eloknya dia kembali pulang sahaja."Ini pendapat kebanyakan ulama Madinah kecuali Ibrahim Bin Sad sendiri.Abu Hanifah r.a menganggap bahawa mendengar nyanyian dari perempuan itu termasuk dosa.Demikian juga menurut semua ulama Kufah, seperti Sufyan ats-Tsauri, Hammad, Ibrahim dan asy-Syabi dan lain-lain.Ini semua telah dinukilkan oleh Abu Thaiyyib ath-Thabrani.

Akan tetapi Abu Talib al-Makiyyi telah menukilkan dari sekelompok ulama, bahawa mendengar nyanyian itu harus sahaja.Kata beliau,"Sekelompok sahabat seperti Abdullah Bin Jaafar, Abdullah Bin Zubair, Mughirah Bin Syubah, Muawiyah dan lain-lain juga mendengarkannya.Bahkan itu juga pernah dilakukan oleh banyak salafus soleh baik dari kalangan sahabat mahupun tabi'e, dengan baik, juga para ulama Hijaz di Mekah, memperdengarkan pada hari-hari besar tertentu sepert Hari Tashriq.

Demikianlah pendapat ulama-ulama, tetapi yang penting hendaklah seseorang itu mencari kebenaran dengan jalannya sendiri dengan mempertimbangkan dari segi halal dan haram dan sejauh mana pengaruhnya.

Saturday, July 19, 2008

Penjelasan Bida'ah.

Umat Islam kini berdepan dengan satu fenomena atau ajaran dari golongan yang membida'ahkan amalan-amalan yang telah lama diamalkan oleh kita.Beberapa golongan telah mula berceramah di masjid-masjid, di kaca telivisyen dan corong radio hinggakan membawa kepada pepecahan umat Islam di Malaysia.Amat malang sekali golongan ini dibiarkan berceramah dengan bebas kepada umat Islam tanpa ada sekatan dari pihak berwajib.Salah seorang contoh yang diberikan ruang dan juga dilantik membida'ahkan amalan umat Islam di Malaysia ialah Dr'Asri (Mufti Perlis).Sepatutnya umat Islam perlu diberi penjelasan tentang perkara bida'ah ini seluas-luasnya untuk mengelakkan perpecahan. Di sini saya paparkan satu penerangan tentang bida'ah untuk kesedaran umat Islam di Malaysia.Harap kita faham dengan penjelasan ini yang disampaikan oleh para ilmuan agama kita.

Us. Mahfuz al-subki bersama Us. Uthman Muhammadiah.
video

Berhati-hati Bila Berbicara.


Siapa yang tak kenal Raja Petra Kamaruddin.Beliau seorang yang lantang mengkritik sesiapa sahaja di dalam blognya Malaysia Today.Namun ada kritikan beliau yang harus dipandang serious apabila beliau menyentuh tentang hal-ehwal agama Islam dan masyarakat Islam di Malaysia.
Terbaru sekali beliau mengatakan ada di antara umat Islam yang bersembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan menunaikan fardhu haji di Mekah masih terlibat dengan gejala rasuah.Pernah juga beliau menyentuh tentang masaalah halal dan haram bagi umat Islam.

Sebenarnya kritikan beliau itu lebih banyak memberi keaiban kepada umat Islam di Malaysia.Bagi mereka yang mengikut ajaran Islam yang sebenar maka tidak akan berlaku perkara yang beliau sebutkan.Beliau harus faham bahawa solat yang diterima oleh Allah s.w.t akan menjauhkan kita dari melakukan perkara-perkara yang mungkar.Bagi mereka yang tekun beribadat mengabdikan diri kepada Allah maka akan diselamatkan dari perbuatan keji dan mungkar.Adakah beliau faham dan melaksanakan ajaran Islam dengan sesungguh-sungguhnya?Kita takut apabila beliau menyentuh hal-ehwal Islam berpandukan hukum akal maka akan tergelincirlah aqidah kita.Biarlah apa yang ingin disampaikan itu berlandaskan dengan bukti yang sahih tanpa menyerang umat Islam dan ahli agamawan di Malaysia ini.

Bagi saya adalah lebih baik beliau merujuk terlebih dahulu daripada ulama-ulama kita sebelum mengeluarkan kenyataan yang menghina penganut Islam di Malaysia.Memang tidak dinafikan perkara ini berlaku kerana itulah mimbar masjid dan kuliah ilmu yang diadakan di masjid-masjid banyak memperingatkan kita untuk menjauhkan diri melakukan perkara-perkara mungkar.Beliau disaran supaya menghadirkan diri mengikuti kuliah-kuliah ilmu kerana adanya ilmu maka akan fahamlah kita apa yang dituntut oleh Islam.

Akhir sekali ingin saya bertanya kepada Raja Petra, dalam sehari berapa kali beliau menghadirkan diri berjema'ah di masjid?Adakah beliau sudah khatam fardhu 'ain, bab fekah, fardhu kifayah dan asas pengajian Al-Quran?Janganlah kita mendabik dada dengan ilmu dunia yang kita ada kerana Allah tidak memandang hebatnya kita di dunia ini tapi diberi kemuliaan siapakah di antara hamba-hambanya yang lebih bertaqwa.Hati-hatilah kerana lidah kita akan membawa kepada kerosakan kepada aqidah apabila salah digunakan.Berbicaralah dengan ilmu dan bukannya dengan pandangan yang liar.Serulah diri dan keluarga terdekat dengan mentarbiahkan diri sendiri apakah aku sebenarnya sudah bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengikut ajaran Rasullullah s.a.w dengan penuh keinsafan?Hati-hati bila berbicara.......

Friday, July 18, 2008

Bertaubatlah Wahai Hamba Allah.

Iblis laknatullah telah berjaya memperdayakan manusia pertama yang dicipta Allah untuk menurut kata-katanya.Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah iaitu Nabi Allah Adam a.s dan juga Siti Hawa telah diperdaya oleh Iblis laknatullah hinggakan Allah mengeluarkan mereka dari syurga yang penuh dengan kenikmatan.

Mengikut kata ulama' Nabi Allah Adam a.s telah diturunkan di India manakala Siti Hawa di Jeddah.Maka menangislah Nabi Allah Adam a.s berpuluh tahun lamanya hinggakan membentuk parit di pipinya kerana menangis untuk bertaubat.Ulama mengatakan Nabi Allah Adam a.s diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk ke Mekah bagi menyucikan dosanya melanggar perintah Allah.Sehinggalah 40 tahun lamanya barulah taubat Nabi Adam a.s di terima.Maka bertemulah Nabi Adam dengan Siti Hawa di sebuah tempat yang dikatakan Padang Arafah.Begitulah sukarnya Nabi Adam a.s memohon taubat dari Allah hanyalah kerana memakan buah larangan di syurga akibat hasutan Iblis laknatullah.

Umat Islam kini amat beruntung kerana janji Allah kepada umat Muhammad s.a.w diberi peluang untuk bertaubat dan Allah senantiasa menerima taubat hamba-hambanya.Bermunajat di sepertiga malam adalah satu langkah yang amat baik untuk kita amalkan kerana Allah akan memperkenankan doa-doa dan taubat hambanya dengan amalan yang kita kerjakan.Umat Muhammad s.a.w diberikan banyak keistimewaan kerana balasan pahala yang berlipat ganda dijanjikan oleh Allah walaupun kita hanya diberikan umur yang pendek berbanding dengan umat-umat terdahulu.Maka tidakkah kita ingin merebut peluang ini untuk kebahagiaan kita di akhirat nanti?Fikirkanlah sewaktu kita beramal di malam Qadar kita dijanjikan seolah-olah beramal seribu bulan.Rebutlah peluang ini wahai hamba Allah sekelian.

Satu renungan untuk semua bagaimana Allah menghina hambanya yang menentang Allah dan Nabi Muhammad di dunia ini.Lihatlah di mana kubur Abu Lahab dan Abu Dajal dikencing dan dijadikan tandas sewaktu umat Islam menunaikan fardhu haji.Saban tahun berjuta-juta umat Islam menggunakan tandas di mana letaknya kubur Abu Lahab dan Abu Dajal untuk melepaskan hajat.Bagaimana agaknya penghinaan Allah ke atas mereka di alam barzakh?Andainya kita tidak mahu dihina sebegitu rupa maka bertaubatlah wahai hamba Allah sekelian kerana pintu taubat itu senantiasa terbuka.

Monday, July 14, 2008

Mana Dia Undang-Undang Islam?

Berita dari akhbar Harian Metro bertarikh 14/07/08 mengejutkan kita bila membacanya.Tajuk berita ialah "Pesta Seks Pelajar IPTA" di Kajang dibongkar oleh Pertubuhan Sahabat Insan Dan Iman Malaysia.Kebanyakan pasangan wanita yang ditahan merupakan gadis bawah umur melakukan seks setelah meneguk arak.Yang peliknya selepas diberi kaunseling mereka-mereka yang ditahan dihantar pulang ke rumah ibu-bapa masing-masing dan pasangan lelaki diberi amaran dan dinasihatkan supaya bertaubat.Inikah caranya kita menangani gejala sosial yang amat terkutuk yang diajar oleh Islam?

Nyata, betapa mudahnya kita melepaskan mereka semua tanpa ada tindakan atau tuduhan berzina secara beramai-ramai.Hukum apakah yang kita pakai?Adakah hukuman Allah itu boleh sewenang-wenangnya kita abaikan?Ternyata Pertubuhan Sahabat Insan Dan Iman Malaysia tidak merujuk dahulu kepada Al-Quran untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka.Adakah kita yakin perkara ini tidak akan berulang lagi di masa depan?Sudah nyata dan terbukti di hadapan mata kita perkara ini berlaku namun kita hanya cukup dengan memberi kaunseling seolah-olah dosa yang mereka lakukan itu tiada kesannya.

Ingatlah bahawa kita yang menjalankan kewajipan menangkap mereka ini juga akan di soal di akhirat nanti kerana hanya menggunakan hukum akal sebagai hukuman untuk penzina-penzina ini.Alangkah bertuahnya penzina-penzina muda ini terlepas hukuman dunia namun di akhirat nanti azab Allah itu amat pedih dan tak tertanggung rasanya oleh setiap makhluk.

Sunday, July 13, 2008

Kuliah Subuh Di Hari Minggu Masjid Ar-Rahimah.

Seperti biasa waktu subuh di hari minggu akan kelihatan kurangnya jema'ah yang hadhir.Mungkin ada yang balik kampung atau mengambil kesempatan bangun lewat di hari cuti.Mungkin ada yang masih tidak faham bahawa tidak ada istilah cuti dalam solat.Hanya diberi kelepasan kepada muslimat yang uzur untuk tidak bersolat.

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Syed Abdullah dari Jabatan Agama Wilayah Persekutuan.Antara kandungan kuliahnya mengajak umat Islam menginfakkan harta ke jalan Allah degan sebaik-baiknya.Inilah salah satu kunci kepada bertambahnya rezeki kita kerana tidak lokek untuk bersedekah.Beliau juga menyarankan umat Islam untuk mengamalkan membaca Al-Quran setiap hari kerana kelebihannya di sisi Allah amat banyak sekali.Kita sepatutnya menjadikan Al-Quran sebagai teman dan perlembagaan hidup kita.

Inilah satu-satunya mukjizat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w kerana sejak 1400 tahun dahulu umat Islam tidak pernah jemu untuk mendengar bacaan Al-Quran serta membacanya.Janganlah Al-Quran dijadikan sebagai perhiasan di masjid-masjid atau di rumah tanpa menyentuhnya dan memahami isi kandungan Al-Quran.

Satu lagi saranan yang disampaikan oleh Ustaz Syed Abdullah ialah bagaimanakah cara terbaik untuk kita menggunakan dana anak yatim.Beliau menyarankan agar dana tersebut tidak kesemuanya diberikan kepada anak-anak yatim kerana mereka hanya datang ke masjid setahun sekali untuk mendapatkan bantuan.Adalah lebih baik diadakan satu majlis yang bermanafaat untuk mereka bagi mendekatkan mereka ke masjid.Ini satu saranan yang amat baik bagi saya kerana akhir-akhir ini anak-anak muda yang ingin berkahwin tidak tahu hal-ehwal agama.Hinggakan ada di antara mereka menganggap semua solat itu hanya 2 raka'at kerana kebiasaan mereka hanya melakukan solat Juma'at, solat sunat Idilfitri dan AidilAdha sahaja.

Semoga jema'ah yang hadhir berjema'ah dan mendengar majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Syed Abdullah dilimpahkan seribu kerahmatan oleh Allah s.w.t.

Friday, July 11, 2008

Sunat Diberatkan, Wajib Dilalaikan.

Alhamdulillah selesai sudah saya berjema'ah solat subuh di pagi Juma'at yang mulia ini.Seperti biasa setiap solat subuh Juma'at Imam bertugas membaca surah as-sajadah dan surah al-insan.Kedua-dua surah ini seakan sudah menjadi amalan untuk dibaca pada setiap solat subuh Juma'at.Sememangnya ia juga pernah diamalkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. pada masa dahulu.Namun begitu tidaklah sampai setiap Imam wajib membacanya hinggakan timbul satu persoalan kerana adakah Imam bertugas ikhlas dalam membaca kedua-dua surah ini.Adakalanya Imam bertugas dalam keadaan tidak sihat tetapi terpaksa membacanya kerana takut diambil tindakan atau dicemuh oleh para jema'ah.Maka berlakulah di mana Imam dalam keadaan lalai membaca surah as-sajadah dalam keadaan tunggang-terbalik.Bagi mereka yang tidak hafal hanya mengikut sahaja kerana merasakan semua bacaan Imam itu betul.Ada jema'ah yang ghairah untuk solat di belakang Imam tapi hanya membisu apabila bacaan Imam tersilap dan lupa pada ayat yang dibaca.

Beberapa perkara lagi di mana umat Islam begitu ghairah melaksanakan amalan-amalan sunat.Tidak lama lagi umat Islam akan menunaikan rukun Islam yang seterusnya iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.Maka berduyun-duyunlah umat Islam mengunjungi masjid-masjid berhampiran untuk solat tarawikh.Kadang kala mereka ini marah kerana Imam atau masjid yang dikunjungi hanya melakukan solat tarawikh sebanyak 8 raka'at sahaja.Alasannya kerana tak puas solat maka dicari pula masjid-masjid yang lain untuk bertarawikh.Masih juga tidak puas hati kerana Imam membaca surah yang agak panjang dan membawanya 20 raka'at.Tidak pula kita melihat wajah-wajah mereka ini sewaktu solat fardhu berjema'ah di masjid.Inilah amalan umat Islam kini yang menitik-beratkan amalan sunat dan melalaikan yang wajib.Namun begitu masjid-masjid hanya akan dipenuhi hanya pada awal Ramadhan sahaja dan akan lengang pada pertengahan dan akhir Ramadhan.

Thursday, July 10, 2008

Rasul Yang Menyesatkan.



Rasul diutuskan oleh Allah s.w.t untuk memimpin dan membimbing manusia ke jalan yang diredhai Allah.Maka tugas sebagai rasul amat berat dipikul oleh hamba yang terpilih kerana rasul diberi ujian yang seberat-beratnya oleh Allah s.w.t untuk menyampaikan kebenaran dan menolak kebhatilan.Maka rasul-rasul yang dilantik dianugerahkan mukjizat untuk meyakinkan umat manusia tentang kerasulannya.Malang sekali akhir-akhir ini diwaktu bumi sudah tidak sanggup lagi menampung kemungkaran manusia yang alpa lahirlah rasul-rasul yang menyesatkan umat Islam.

Umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan pendakwaan dari Haji Kahar yang mengaku diutus oleh Allah sebagai rasul untuk umat Melayu.Lebih malang lagi kerana ada segelintir manusia yang tidak beriman mengikut ajaran Haji Kahar.Ajaran-ajaran yang disampaikan begitu menyeleweng dari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w rasul terakhir.Sepatutnya kes beliau tidak perlu dibicarakan malah terus dihukum bunuh selaras dengan syariat Islam.

Kini lahir pula seorang lagi yang menyesatkan aqidah umat Islam melalui ceramah-ceramah beliau.Walaupun beliau tidak mengaku menjadi rasul namun ajaran dan ceramah yang disampaikan boleh memesongkan aqidah umat Islam.Beliau yang saya maksudkan ialah Rasul Bin Dahri.(Lihat Gambar Di Atas).Beliau membida'ahkan apa yang pernah diajar oleh para ulama seperti membaca Yaasin pada malam Juma'at, kenduri tahli arwah, membaca al-quran di kubur dan juga menyeleweng dalam mengajar cara Rasulullah s.a.w solat.Tersebar luas di You Tube ceramah-ceramah beliau yang memesongkan aqidah umat Islam.

Adalah diharapkan kerajaan Malaysia mengharamkan Rasul Dahri masuk ke negara ini untuk tujuan dakwahnya kerana apa yang dibawa olehnya adalah satu penipuan dan fitnah terhadap Imam Syafi'i Rahimahullah.

Monday, July 7, 2008

Sibuknya Pemimpin-Pemimpin Kita.

Sebagai pemimpin memang tidak dapat dinafikan kesibukan beban tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat kepadanya.Dari mula memegang jawatan penting hinggalah sudah bersara para pemimpin kita masih lagi sibuk.Terdetik di hati saya untuk memikirkan bilakah masa yang sesuai dapat pemimpin-pemimpin kita beriktikaf, berjemaah serta melakukan ibadat mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.Maka teringat saya pada satu kuliah yang mengatakan Allah akan terus menyibukkan kita kerana hanya mementingkan hal-hal duniawi saja.

Ingin rasanya saya bertanya kepada pemimpin-pemimpin kita, satu hari berapa kali dia dapat berjema'ah di masjid.Anak-anak, isteri dan menantu, sudah cukupkan dibekalkan dengan pengajian fardhu 'ain?Sedangkan ada antara pemimpin yang sudah menunggu dijemput ke alam barzakh masih lagi sibuk tentang urusan dunia.Tidak kiralah pemimpin yang saya maksudkan berada dalam kerajaan atau pembangkang.Cuma akan kelihatan kelibat pemimpin-pemimpin di masjid apabila sesuatu majlis rasmi diadakan.Paling tidak kita melihat mereka-mereka ini pada waktu solat Juma'at.Itu pun disebabkan ada tempat reserve bagi mereka di saf hadapan.

Amat malang apabila kita sebagai rakyat memilih pemimpin yang banyak membicarakan soal keduniaan sahaja.Maklumlah bagi mereka itu satu kerja fardhu kifayah yang telah diamanahkan oleh rakyat.Namun di manakah mereka apabila tidak sibuk?Adakah lebih suka menghabiskan masa bercuti di luar negara sahaja tanpa memikirkan soal akhirat?Mereka amat beruntung kerana diberi kemampuan secukup-cukupnya melaksanakan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan fardhu haji di Mekah.Tapi kesempatan itu tidak pula digunakan malah lebih sibuk untuk menambah lagi kekayaan dan meluaskan kuasa mereka.

Sedarlah wahai pemimpin-pemimpinku sekelian bahawa maut itu tidak dapat dielakkan kerana janji Allah tetap akan berlaku.Allah masih lagi memberi kesempatan kepada kita dengan sisa-sisa umur yang ada untuk kita meminta ampun dengan sesungguh-sungguhnya terhadap dosa-dosa yang kita lakukan.Saya berdoa semoga pemimpin-pemimpin kita diberi taufiq dan hidayah oleh Allah s.w.t.

Friday, July 4, 2008

Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.

Salam Hari Jumaat penghulu segala hari bagi umat Islam di dunia ini.Maka berbondong-bondonglah umat Islam baik yang kecil atau yang sudah tua menggerakkan kaki melangkah ke masjid-masjid berhampiran untuk menunaikan solat Juma'at.Masjid-masjid tidak cukup ruang untuk menampung kehadiran jema'ah yang semakin ramai hingga terpaksa menyediakan khemah bagi mereka mendapat tempat mengerjakan ibadat yang amat dituntut dalam Islam.Tapi adakah cukup sebagai umat Islam yang berpandukan Imam Asy-Syafi'i yang bergelar Ahlus Sunnah Wal Jama'ah datang ke masjid seminggu sekali sahaja?Nampaknya ada yang tidak faham kerana mereka berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Juma'at.Manakala solat fardhu yang lain diketepikan untuk berjema'ah di masjid kerana menganggapnya hanyalah fardhu kifayah.Orang lain dah buat maka aku tak payah.Maka akan kelihatanlah hanya tak sampai 3 saf sahaja apabila solat lain dikerjakan di masjid.

Abu Hurairah r.a memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:"Solat seseorang dengan berjema'ah pahalanya berlipat ganda daripada solat seorang diri di rumahnya atau di pasar, dua puluh lima kali ganda.Sebabnya ialah kerana apabila seseorang berwuduk kemudian disempurnakan wuduknya itu, lalu dia pergi ke masjid dengan niat hanya untuk menunaikan solat maka tidak satu langkah pun langkahnya melainkan ditinggikan derajatnya satu tingkat untuk setiap langkah dan dihapuskan pula kesalahannya.Apabila dia telah solat maka malaikat senantiasa mendoakannya selama dia masih berada di tempat solatnya katanya:"Wahai Allah! Limpahkanlah kepadanya kebaikan dan kasihilah dia!".Dan seseorang kamu senantiasa dianggap dalam solat selama dia menunggu-nunggu waktu solat".

Maka umat Islam hari ini ambillah kesempatan ini kerana amal kita yang amat sedikit ini belum tentu diterima Allah.Tambahkanlah amal dan ibadat kita kerana itulah bekalan yang akan kita bawa untuk bertemu dengan Allah kelak.Kumpulkanlah segala amal itu kerana ia akan senantiasa menjaga kita tapi sekiranya harta yang kita kumpulkan maka kita pula menjadi hamba manjaganya yang semakin hari akan lenyap jua.Fikir-fikirkanlah untuk keselamatan kita di akhirat nanti.Ayuh mulakan dengan satu waktu dan ditambah hari demi hari kerana usia kita semakin senja entah bila pula akan dijemputnya.

Ingat Pesan Rasulullah s.a.w.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah menyukai bagimu 3 perkara dan membenci 3 perkara.Yang disukainya ialah :

1) Hendaklah engkau sembah dia dan jangan dipersekutukan dengan sesuatu apapun.
2) Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan agamanya.
3) Hendaklah kamu jangan berpecah-belah.

Yang dibenci oleh Allah s.w.t. ialah:

1) Banyak desas-desus.
2) Banyak bertanya.
3) Mensia-siakan harta dengan membelanjakannya tidak sesuai dengan ketentuan agama dan pemboros.

Dari 'Arfajah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda," Nanti akan terjadi bencana dan kekacauan. Maka siapa yang memecah-belah persatuan umat ini penggallah dengan pedangmu, walaupun siapa dia.

Dari Ibnu 'Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Siapa melihat Amir(Pembesar Negeri) melakukan sesuatu tindakan yang tidak disukainya hendaklah dia bersabar, kerana sesiapa yang memisahkan diri dari jama'ah walaupun hanya sejengkal, lalu dia mati, maka matinya sama dengan mati jahiliyah.

-Hadith Riwayat Al-Imam Muslim.

Maka berhati-hatilah kerana perkara yang dibenci Allah telah banyak berlaku di Malaysia.Terlalu banyak tohmahan dari berbagai pihak sehinggakan rakyat menjadi pecah-belah.Satu pihak menuduh pihak lain sehinggakan tidak ada kesudahannya.Fitnah,mengadu domba dan bantah-membantah seakan-akan sudah menjadi kebiasaan kepada pemimpin negara baik dari parti kerajaan maupun parti pembangkang.Akhirnya negara menjadi kucar-kacir dan tidak terurus kerana fitnah dan tohmahan didulukan sebelum mentadbir negara dan menyatukan umat.Sibuknya pemimpin dari kedua-dua pihak hingga tidak ada masa untuk ber'iktikaf dan berjema'ah di masjid-masjid.Hanya kelihatan sewaktu ada sesuatu upacara yang diadakan di masjid-masjid.Baliklah kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah kerana hanya itulah yang menjadi pemimpin kita untuk keselamatan di dunia dan akhirat.

Thursday, July 3, 2008

Hukum Meninggalkan Shalat Dengan Sengaja Tanpa Mengingkari Kefardhuannya.

Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah rahimahullah berkata: Kaum muslimin tidak berselisih, bahawa meninggalkan shalat fardhu dengan sengaja merupakan dosa yang paling besar.Dosa meninggalkan shalat dengan sengaja di sisi Allah lebih besar dari membunuh, mencuri, berzina dan minum minuman keras.Meninggalkan shalat dengan sengaja akan mendatangkan murka dan adzab Allah s.w.t serta kehinaan dunia dan akhirat.

Para ulama berselisih pendapat tentang apakah ia harus dibunuh dan bagaimana cara membunuhnya, juga tentang apakah ia kafir atau tidak. Sufyan bin Sa'id ats-Tsauri, Abu 'Amr al-Auza'i , Abdullah bin Al- Mubarak, Hammad bin Zaid, Waqi' bin al-Jarrah, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris asy-Syafie, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahawaih dan yang mengikuti mereka mengatakan bahawa orang ini harus dibunuh.

Sementara Ibnu Syihab az-Zuhri, Sa'id bin al-Musayyab, Umar bin Abd Aziz, Abu Hanifah, Dawud bin 'Ali dan al-Muzani rahimahullah berpendapat ia tidak dibunuh tetapi ditahan sampai mati atau bertaubat.Kemudian Ibnul Qayyim menyebutkan dalil dari masing-masing kelompok dalam sebuah perbahasan khusus yang sangat menarik.

Muhammad bin Nashr mengatakan:"Lalu kami sebutkan hadith-hadith yang datang dari Rasulullah s.a.w tentang kafirnya orang yang meninggalkan shalat dan keluarnya mereka dari millah (agama) dan diperbolehkannya memerangi mereka yang menolak mengerjakannya.Riwayat-riwayat seperti ini juga telah datang dari para sahabat dan kita kami temui perselisihan pendapat dari seorangpun dari mereka.

"Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang mensia-siakan shalat dan yang memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemukan kesesatan.Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun"-QS. Maryam:59-60.

Wednesday, July 2, 2008

Tragedi Alam Kubur.

Allah berfirman, 'Setiap jiwa pasti akan merasakan kematian.Dan kami timpakan fitnah bagimu berupa keburukan dan kebaikan.Kepada Kamilah kalian dikembalikan'-Al-Anbiya':35.

Demi Allah,kalian akan mati.Itu adalah kepastian yang tak ada keraguan di dalamnya.Kematian adalah khabar yang tidak dinodai syak wasangka sedikit pun.Ini adalah risalah rabbaniyah yang akan menyedarkan tentang hakikat dunia yang fana'.

Aku belum pernah melihat sesuatu yang lebih pasti dari kematian.Semua yang menjadi angan-angan akan musnah.Demi Allah, kalian akan mati.Ia pasti datang dan tak ada tempat lari darinya.Ia datang dengan tiba-tiba dan tidak pernah mengetuk pintumu untuk meminta izin.Ia sentiasa dekat dengan setiap orang.

Wahai pemilik kematian, mengapa kau turutkan jiwamu mencari kesenangan yang fana'.Maut akan merobek baju dan memisahkanmu dari kesenangan.Mengapa kau hancurkan badanmu untuk meraih kesenangan yang sedikit?

"Katakanlah,'Lari itu sekali-kali tidak berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu juga tidak akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja" (Al-Ahzab:16).

Berapa banyak orang yang mulia dihinakan oleh kematian.Di atas kepalanya ada bendera yang disembunyikan.

Wahai pemilik kematian, inilah dunia.Seluruh kenikmatannya akan terampas, seluruh angan-angannya hanyalah bualan dan semua harta yang ada di dalamnya akan diwarisi.

Katakanlah,"Kenikmatan dunia sangat sedikit.Sedangkan akhirat lebih baik bagi orang yang bertakwa.Dan kalian tidak akan dizalimi sedikitpun.Di mana pun berada, maut akan menjemput kalian,walau berada di benteng yang kukuh -(An-Nisa:78).

Tuesday, July 1, 2008

Pemimpin Atau Pembesar Yang Menipu Rakyat.

Dari Al Hasan r.a. katanya: "Ubaidullah Bin Ziyad mengunjungi Ma'qil Bin Yasar Al Muzani ketika dia sakit hampir meninggal. Kata Ma;qil kepada Ubaidullah, Aku hendak menyampaikan kepada mu sebuah hadis yang ku dengar sendiri dari Rasulullah s.a.w. yang kalau aku yakin bahawa usia ku akan panjang.Hadis ini belum lagi ku sampaikan kepada mu.Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak ada seorang hamba yang dipercayakan Allah kepadanya memimpin rakyatnya, kemudian dia mati, sedangkan pada hari kematiannya dia masih menipu rakyatnya, nescaya Allah mengharamkan syurga baginya".

Dari 'Adil Ibnu 'Amirah Al Kindi r.a. katanya:"Aku mendengar Rasulullah bersabda, Barangsiapa yang kami angkat di antara kamu memangku sesuatu jabatan lalu disembunyikan terhadap kami sebatang jarum atau yang lebih kecil dari itu, maka perbuatannya itu adalah penggelapan.Dia akan datang pada hari kiamat nanti membawa barang-barang yang digelapkannya itu".

Ingatlah wahai pemimpin-pemimpin sekelian tentang pesanan Rasulullah s.a.w ini.Mengapa masih lagi kita mahu menipu rakyat dan menyembunyikan sesuatu perkara yang hak kepada rakyat.Memimpinlah mengikut Al-Quran dan berpandukan Hadith Rasulullah s.a.w semoga kita tidak ditimpa bala di dunia dan akhirat.Para ilmuan agama dan para mufti-mufti, nyatakan kebenaran tanpa rasa takut dan janganlah takut kepada pemimpin mengatasi takutnya kita kepada Allah.

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,padahal kamu mengetahui (salahnya). Al-Baqarah:188.

Diriwayatkan ole Abdullah Bin Amru, beliau berkata: "Bersabda Rasulullah s.a.w.Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah."-Hadis Riwayat Ibnu Majah.