Friday, July 25, 2008

ANAK KITA & ANAK ORANG LAIN

Kita bangga dengan kejayaan anak-anak kita.Tetapi kejayaan apa yang kita bangga-banggakan?Adakah kita berbangga apabila anak kita hanya tahu menyanyi dan meniru gaya artis pujaan mereka?Itulah fenomena yang terjadi sekarang ini di mana kita amat menitik-beratkan kepada hiburan semata-mata.Sebagai ibu-bapa kita juga amat kuat memberi dorongan kepada anak kita apabila mereka menceburkan diri dalam bidang nyanyian.Apakah itu yang diminta oleh Allah s.w.t apabila kita diamanahkan untuk mendidik anak-anak kita?Kenapa amat kurang ibu-bapa yang mahu anaknya cenderung dalam bidang agama?Pelajaran agama yang kita berikan kepada anak-anak kita seolah-olah seperti melepaskan batuk di tangga.

Kini bermacam-macam program televisyen yang memaparkan anak-anak yang terlalu muda ke arah hiburan semata-mata.Galakan dari ibu-bapa adalah punca kepada masaalah ini disamping sogokan hadiah lumayan hingga kita sanggup dilalaikan dengan kemewahan dunia.Pihak penganjur program kanak-kanak ini seolah-olah menghalalkan program mereka tanpa melihat kesan buruknya di kemudian hari.Video yang saya paparkan bukanlah untuk mengaibkan sesiapa tetapi biarlah ibu-bapa sendiri menilai yang mana lebih baik bagi anak-anak mereka.
video

No comments: