Friday, July 4, 2008

Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.

Salam Hari Jumaat penghulu segala hari bagi umat Islam di dunia ini.Maka berbondong-bondonglah umat Islam baik yang kecil atau yang sudah tua menggerakkan kaki melangkah ke masjid-masjid berhampiran untuk menunaikan solat Juma'at.Masjid-masjid tidak cukup ruang untuk menampung kehadiran jema'ah yang semakin ramai hingga terpaksa menyediakan khemah bagi mereka mendapat tempat mengerjakan ibadat yang amat dituntut dalam Islam.Tapi adakah cukup sebagai umat Islam yang berpandukan Imam Asy-Syafi'i yang bergelar Ahlus Sunnah Wal Jama'ah datang ke masjid seminggu sekali sahaja?Nampaknya ada yang tidak faham kerana mereka berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Juma'at.Manakala solat fardhu yang lain diketepikan untuk berjema'ah di masjid kerana menganggapnya hanyalah fardhu kifayah.Orang lain dah buat maka aku tak payah.Maka akan kelihatanlah hanya tak sampai 3 saf sahaja apabila solat lain dikerjakan di masjid.

Abu Hurairah r.a memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:"Solat seseorang dengan berjema'ah pahalanya berlipat ganda daripada solat seorang diri di rumahnya atau di pasar, dua puluh lima kali ganda.Sebabnya ialah kerana apabila seseorang berwuduk kemudian disempurnakan wuduknya itu, lalu dia pergi ke masjid dengan niat hanya untuk menunaikan solat maka tidak satu langkah pun langkahnya melainkan ditinggikan derajatnya satu tingkat untuk setiap langkah dan dihapuskan pula kesalahannya.Apabila dia telah solat maka malaikat senantiasa mendoakannya selama dia masih berada di tempat solatnya katanya:"Wahai Allah! Limpahkanlah kepadanya kebaikan dan kasihilah dia!".Dan seseorang kamu senantiasa dianggap dalam solat selama dia menunggu-nunggu waktu solat".

Maka umat Islam hari ini ambillah kesempatan ini kerana amal kita yang amat sedikit ini belum tentu diterima Allah.Tambahkanlah amal dan ibadat kita kerana itulah bekalan yang akan kita bawa untuk bertemu dengan Allah kelak.Kumpulkanlah segala amal itu kerana ia akan senantiasa menjaga kita tapi sekiranya harta yang kita kumpulkan maka kita pula menjadi hamba manjaganya yang semakin hari akan lenyap jua.Fikir-fikirkanlah untuk keselamatan kita di akhirat nanti.Ayuh mulakan dengan satu waktu dan ditambah hari demi hari kerana usia kita semakin senja entah bila pula akan dijemputnya.

1 comment:

ijad said...

salam... apa khabar...