Saturday, July 19, 2008

Berhati-hati Bila Berbicara.


Siapa yang tak kenal Raja Petra Kamaruddin.Beliau seorang yang lantang mengkritik sesiapa sahaja di dalam blognya Malaysia Today.Namun ada kritikan beliau yang harus dipandang serious apabila beliau menyentuh tentang hal-ehwal agama Islam dan masyarakat Islam di Malaysia.
Terbaru sekali beliau mengatakan ada di antara umat Islam yang bersembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan menunaikan fardhu haji di Mekah masih terlibat dengan gejala rasuah.Pernah juga beliau menyentuh tentang masaalah halal dan haram bagi umat Islam.

Sebenarnya kritikan beliau itu lebih banyak memberi keaiban kepada umat Islam di Malaysia.Bagi mereka yang mengikut ajaran Islam yang sebenar maka tidak akan berlaku perkara yang beliau sebutkan.Beliau harus faham bahawa solat yang diterima oleh Allah s.w.t akan menjauhkan kita dari melakukan perkara-perkara yang mungkar.Bagi mereka yang tekun beribadat mengabdikan diri kepada Allah maka akan diselamatkan dari perbuatan keji dan mungkar.Adakah beliau faham dan melaksanakan ajaran Islam dengan sesungguh-sungguhnya?Kita takut apabila beliau menyentuh hal-ehwal Islam berpandukan hukum akal maka akan tergelincirlah aqidah kita.Biarlah apa yang ingin disampaikan itu berlandaskan dengan bukti yang sahih tanpa menyerang umat Islam dan ahli agamawan di Malaysia ini.

Bagi saya adalah lebih baik beliau merujuk terlebih dahulu daripada ulama-ulama kita sebelum mengeluarkan kenyataan yang menghina penganut Islam di Malaysia.Memang tidak dinafikan perkara ini berlaku kerana itulah mimbar masjid dan kuliah ilmu yang diadakan di masjid-masjid banyak memperingatkan kita untuk menjauhkan diri melakukan perkara-perkara mungkar.Beliau disaran supaya menghadirkan diri mengikuti kuliah-kuliah ilmu kerana adanya ilmu maka akan fahamlah kita apa yang dituntut oleh Islam.

Akhir sekali ingin saya bertanya kepada Raja Petra, dalam sehari berapa kali beliau menghadirkan diri berjema'ah di masjid?Adakah beliau sudah khatam fardhu 'ain, bab fekah, fardhu kifayah dan asas pengajian Al-Quran?Janganlah kita mendabik dada dengan ilmu dunia yang kita ada kerana Allah tidak memandang hebatnya kita di dunia ini tapi diberi kemuliaan siapakah di antara hamba-hambanya yang lebih bertaqwa.Hati-hatilah kerana lidah kita akan membawa kepada kerosakan kepada aqidah apabila salah digunakan.Berbicaralah dengan ilmu dan bukannya dengan pandangan yang liar.Serulah diri dan keluarga terdekat dengan mentarbiahkan diri sendiri apakah aku sebenarnya sudah bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengikut ajaran Rasullullah s.a.w dengan penuh keinsafan?Hati-hati bila berbicara.......

No comments: