Friday, July 18, 2008

Bertaubatlah Wahai Hamba Allah.

Iblis laknatullah telah berjaya memperdayakan manusia pertama yang dicipta Allah untuk menurut kata-katanya.Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah iaitu Nabi Allah Adam a.s dan juga Siti Hawa telah diperdaya oleh Iblis laknatullah hinggakan Allah mengeluarkan mereka dari syurga yang penuh dengan kenikmatan.

Mengikut kata ulama' Nabi Allah Adam a.s telah diturunkan di India manakala Siti Hawa di Jeddah.Maka menangislah Nabi Allah Adam a.s berpuluh tahun lamanya hinggakan membentuk parit di pipinya kerana menangis untuk bertaubat.Ulama mengatakan Nabi Allah Adam a.s diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk ke Mekah bagi menyucikan dosanya melanggar perintah Allah.Sehinggalah 40 tahun lamanya barulah taubat Nabi Adam a.s di terima.Maka bertemulah Nabi Adam dengan Siti Hawa di sebuah tempat yang dikatakan Padang Arafah.Begitulah sukarnya Nabi Adam a.s memohon taubat dari Allah hanyalah kerana memakan buah larangan di syurga akibat hasutan Iblis laknatullah.

Umat Islam kini amat beruntung kerana janji Allah kepada umat Muhammad s.a.w diberi peluang untuk bertaubat dan Allah senantiasa menerima taubat hamba-hambanya.Bermunajat di sepertiga malam adalah satu langkah yang amat baik untuk kita amalkan kerana Allah akan memperkenankan doa-doa dan taubat hambanya dengan amalan yang kita kerjakan.Umat Muhammad s.a.w diberikan banyak keistimewaan kerana balasan pahala yang berlipat ganda dijanjikan oleh Allah walaupun kita hanya diberikan umur yang pendek berbanding dengan umat-umat terdahulu.Maka tidakkah kita ingin merebut peluang ini untuk kebahagiaan kita di akhirat nanti?Fikirkanlah sewaktu kita beramal di malam Qadar kita dijanjikan seolah-olah beramal seribu bulan.Rebutlah peluang ini wahai hamba Allah sekelian.

Satu renungan untuk semua bagaimana Allah menghina hambanya yang menentang Allah dan Nabi Muhammad di dunia ini.Lihatlah di mana kubur Abu Lahab dan Abu Dajal dikencing dan dijadikan tandas sewaktu umat Islam menunaikan fardhu haji.Saban tahun berjuta-juta umat Islam menggunakan tandas di mana letaknya kubur Abu Lahab dan Abu Dajal untuk melepaskan hajat.Bagaimana agaknya penghinaan Allah ke atas mereka di alam barzakh?Andainya kita tidak mahu dihina sebegitu rupa maka bertaubatlah wahai hamba Allah sekelian kerana pintu taubat itu senantiasa terbuka.

No comments: