Tuesday, July 22, 2008

Hati-Hati Umat Islam.

Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Sya'aban bulan Rasullullah dan Ramadhan bulan umatnya untuk menunaikan salah satu rukun Islam iaitu berpuasa.Tiga bulan-bulan yang mulia ini amat besar fadhilatnya sekiranya kita tahu dan terus-menerus mengerjakan amal soleh mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.Namun begitu timbul kebimbangan dengan amalan masyarakat Islam dewasa ini.Ini disebabkan pada bulan-bulan yang mulia inilah umat Islam khasnya di Malaysia mengambil kesempatan daripada cuti sekolah yang tiba untuk mengadakan majlis walimatul-urus mengahwinkan anak-anak mereka.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini adakah anak-anak kita itu mempunyai tahap keimanan yang begitu kuat untuk menahan nafsu apabila Ramadhan tiba nanti?Bayangkan apabila pasangan suami-isteri yang baru berkahwin bercuti di hari minggu berdua-duaan maka akan berlaku di mana kedua-duanya yang masih segar di alam perkahwinan tidak dapat menahan nafsu untuk berjimak di siang hari.Adakah kita sebagai ibu-bapa ada memberi peringatan kepada mereka tentang bahayanya berjimak di siang hari di bulan Ramadhan?Malangnya ibu-bapa dan pasangan pengantin mengambil mudah sekiranya perkara ini diajukan kepada mereka.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah satu kewajipan yang tidak boleh tidak mesti dilakukan kecuali ada keuzuran seperti datang haid bagi wanita, sakit dan sebagainya.Ia tidak boleh ditinggalkan dengan sengaja dengan niat mengqadhakannya di hari lain.Adakah pasangan pengantin ini sanggup untuk memerdekaka seorang hamba, berpuasa berturut-turut tidak boleh tinggal satu hari pun selama 2 bulan dan memberi makan anak yatim seramai 60 orang?Ingat pada kaffarah yang perlu dibayar sekiranya berjimak di bulan Ramadhan dan ianya bukan mudah untuk kita lakukan.

Sebagai kesimpulan adalah lebih baik kita menunggu selepas Syawal tiba untuk mengadakan walimatul-urus tersebut.Kita takut bagi pasangan yang masih segar ini juga tidak hadhir ke masjid di malam hari untuk solat tarawikh, bertadarus Al-Quran, qiamullail dan sebagainya kerana malam hari mereka disibukkan dengan berjimak.Akibatnya pasangan ini akan terlepas dari bersahur dan solat subuh karana dipengaruhi oleh nafsu mereka sendiri.Ketahuilah bahawa untuk mengawal nafsu adalah perkara yang amat sukar untuk dilakukan jika tahap keimanan kita masih belum sempurna.

No comments: