Wednesday, July 23, 2008

Hiburan Lagi Di Malaysia!!!!!!!


Baru-baru ini penyanyi dangdut Indonesia Inul Daratista diberitakan akan menggegarkan stadium di Johor Bahru dengan konsertnya.Malang bagi Inul kerana konsert dangdutnya telah dibatalkan atas alasan tiada permit.Maka menangis sakanlah Inul kerana tidak dapat bergelek untuk melalaikan umat Islam di Johor.

Tak serik-serik lagi Negeri Johor dengan amaran banjir yang menimpa akibat kelalaian umat Islam.Amaran yang dikirim oleh Allah s.w.t adalah satu peringatan untuk umat Islam Johor insaf dan lebih banyak beramal soleh.Janganlah dengan mengadakan satu konsert dangdut yang terang-terang amat bercanggah dari syariat Islam maka ia ditafsirkan sebagai satu kerja amal.Mufti Johor harus tegas dalam hal ini apatah lagi di mana umat Islam kini berada dalam bulan mulia iaitu Rejab bulan Allah.

Diberitakan juga Inul akan menggegarkan Stadium Putra Bukit Jalil pada 27hb. Julai nanti.Apa dah jadi dengan negara kita membiarkan perkara maksiat dengan hiburan yang melalaikan berleluasa tanpa ada sekatan.Negara seolah-olah mencampur-adukkan di mana pada satu ketika mengadakan tilawah Al-Quran dan di masa yang lain menghalalkan konsert dangdut liar perdembahan Inul.Sepatutnya penyanyi ini dilarang dari mengadakan konsertnya di negara ini kerana aksi-aksinya yang keterlaluan.

Tidak lama lagi Malaysia akan menyambut hari ulangtahun kemerdekaannya pada 31hb. Ogos.Apakah akan diisi juga dengan hiburan atau konsert?Pada 1hb. September iaitu keesokan harinya umat Islam akan berpuasa.Masya'allah bertambah rosaklah generasi anak-anak muda kita kerana terlalu banyak hidangan nyayian Iblis diserapkan.Maka bertepuk-soraklah Iblis/Syaitan kerana berjaya menyesatkan umat Muhammad s.a.w di Malaysia ini.Iblis/Staitan tidak perlu bekerja keras untuk mencapai impiannya kerana wakil mereka di dunia ini sudah ada iaitu penyanyi-penyanyi,pelawak dan pelakon-pelakon filem telah menjadi pekerja tetap mereka bagi melalaikan umat Islam.Mereka ini akan dijadikan pula Idola oleh anak-anak muda maupun orang-orang tua yang masih tak sedar diri yang suka berkaraoke.Jadi tidak hairanlah keruntuhan akhlak generasi kini semakin parah dengan kes-kes seperti sumbang mahram,seks bebas,buang anak dan macam-macam lagi.Para-para Mufti dan para 'alim ulama hanya membisu kerana mereka lebih sibuk bertelagah sesama sendiri tentang bab furu' hingga menganggap amalan yang baik sebagai bida'ah dan sesat.Hanya seorang-dua yang bersuara tetapi pandangan mereka dicampak ke tepi malah pihak media memperlekehkan kenyataan Mufti ini.

No comments: