Friday, July 4, 2008

Ingat Pesan Rasulullah s.a.w.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah menyukai bagimu 3 perkara dan membenci 3 perkara.Yang disukainya ialah :

1) Hendaklah engkau sembah dia dan jangan dipersekutukan dengan sesuatu apapun.
2) Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan agamanya.
3) Hendaklah kamu jangan berpecah-belah.

Yang dibenci oleh Allah s.w.t. ialah:

1) Banyak desas-desus.
2) Banyak bertanya.
3) Mensia-siakan harta dengan membelanjakannya tidak sesuai dengan ketentuan agama dan pemboros.

Dari 'Arfajah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda," Nanti akan terjadi bencana dan kekacauan. Maka siapa yang memecah-belah persatuan umat ini penggallah dengan pedangmu, walaupun siapa dia.

Dari Ibnu 'Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Siapa melihat Amir(Pembesar Negeri) melakukan sesuatu tindakan yang tidak disukainya hendaklah dia bersabar, kerana sesiapa yang memisahkan diri dari jama'ah walaupun hanya sejengkal, lalu dia mati, maka matinya sama dengan mati jahiliyah.

-Hadith Riwayat Al-Imam Muslim.

Maka berhati-hatilah kerana perkara yang dibenci Allah telah banyak berlaku di Malaysia.Terlalu banyak tohmahan dari berbagai pihak sehinggakan rakyat menjadi pecah-belah.Satu pihak menuduh pihak lain sehinggakan tidak ada kesudahannya.Fitnah,mengadu domba dan bantah-membantah seakan-akan sudah menjadi kebiasaan kepada pemimpin negara baik dari parti kerajaan maupun parti pembangkang.Akhirnya negara menjadi kucar-kacir dan tidak terurus kerana fitnah dan tohmahan didulukan sebelum mentadbir negara dan menyatukan umat.Sibuknya pemimpin dari kedua-dua pihak hingga tidak ada masa untuk ber'iktikaf dan berjema'ah di masjid-masjid.Hanya kelihatan sewaktu ada sesuatu upacara yang diadakan di masjid-masjid.Baliklah kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah kerana hanya itulah yang menjadi pemimpin kita untuk keselamatan di dunia dan akhirat.

No comments: