Monday, July 14, 2008

Mana Dia Undang-Undang Islam?

Berita dari akhbar Harian Metro bertarikh 14/07/08 mengejutkan kita bila membacanya.Tajuk berita ialah "Pesta Seks Pelajar IPTA" di Kajang dibongkar oleh Pertubuhan Sahabat Insan Dan Iman Malaysia.Kebanyakan pasangan wanita yang ditahan merupakan gadis bawah umur melakukan seks setelah meneguk arak.Yang peliknya selepas diberi kaunseling mereka-mereka yang ditahan dihantar pulang ke rumah ibu-bapa masing-masing dan pasangan lelaki diberi amaran dan dinasihatkan supaya bertaubat.Inikah caranya kita menangani gejala sosial yang amat terkutuk yang diajar oleh Islam?

Nyata, betapa mudahnya kita melepaskan mereka semua tanpa ada tindakan atau tuduhan berzina secara beramai-ramai.Hukum apakah yang kita pakai?Adakah hukuman Allah itu boleh sewenang-wenangnya kita abaikan?Ternyata Pertubuhan Sahabat Insan Dan Iman Malaysia tidak merujuk dahulu kepada Al-Quran untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka.Adakah kita yakin perkara ini tidak akan berulang lagi di masa depan?Sudah nyata dan terbukti di hadapan mata kita perkara ini berlaku namun kita hanya cukup dengan memberi kaunseling seolah-olah dosa yang mereka lakukan itu tiada kesannya.

Ingatlah bahawa kita yang menjalankan kewajipan menangkap mereka ini juga akan di soal di akhirat nanti kerana hanya menggunakan hukum akal sebagai hukuman untuk penzina-penzina ini.Alangkah bertuahnya penzina-penzina muda ini terlepas hukuman dunia namun di akhirat nanti azab Allah itu amat pedih dan tak tertanggung rasanya oleh setiap makhluk.

No comments: