Sunday, July 20, 2008

Mendengar Lagu Dan Sejenisnya.

Al-Qadi Abu Thaiyyib ath-Thabrani mengutarakan pendapat dari asy-Syafie,Malik,Abu Hanifah,Sufyan dan segolongan ulama, bahawasanya mendengar lagu dan seumpamanya adalah haram.
Dalam kitab Abadul Qadha, Imam Syafie mengatakan,"Sesungguhnya menyanyi itu makruh dan sesiapa yang membiasakannya bererti bodoh dan harus ditolak kesaksiannya."
Abu Thaiyyib mangatakan,"Mendengar nyayian dari wanita yang bukan muhrim tidak dibolehkan menurut ulama Syafie, baik terbuka atau dari balik hijab, baik merdeka atau budak.Dia berkata bahawa telah berkata Imam Syafie,"Pemilik jariah(budak perempuan), bila dia mengumpulkan manusia untuk memperdengarkan nyanyiannya, maka dia adalah bodoh dan harus ditolak kesaksiannya.Itu dibuat oleh orang-orang zindiq supaya melupakan Al-Quran".
Juga Imam Syafie mengatakan,"Menurut hadis, permainan muzik lebih makruh daripada permainan lain-lainnya.Aku tidak suka pula catur.Bahkan aku tidak suka setiap yang dipermainkan manusia kerana permainan bukanlah sifat orang yang punya agama dan harga diri."

Adapun Imam Malik r.a juga melarang nyanyian.Beliau mengatakan,"Bila seseorang jariah yang ternyata seorang biduan, seelok-eloknya dia kembali pulang sahaja."Ini pendapat kebanyakan ulama Madinah kecuali Ibrahim Bin Sad sendiri.Abu Hanifah r.a menganggap bahawa mendengar nyanyian dari perempuan itu termasuk dosa.Demikian juga menurut semua ulama Kufah, seperti Sufyan ats-Tsauri, Hammad, Ibrahim dan asy-Syabi dan lain-lain.Ini semua telah dinukilkan oleh Abu Thaiyyib ath-Thabrani.

Akan tetapi Abu Talib al-Makiyyi telah menukilkan dari sekelompok ulama, bahawa mendengar nyanyian itu harus sahaja.Kata beliau,"Sekelompok sahabat seperti Abdullah Bin Jaafar, Abdullah Bin Zubair, Mughirah Bin Syubah, Muawiyah dan lain-lain juga mendengarkannya.Bahkan itu juga pernah dilakukan oleh banyak salafus soleh baik dari kalangan sahabat mahupun tabi'e, dengan baik, juga para ulama Hijaz di Mekah, memperdengarkan pada hari-hari besar tertentu sepert Hari Tashriq.

Demikianlah pendapat ulama-ulama, tetapi yang penting hendaklah seseorang itu mencari kebenaran dengan jalannya sendiri dengan mempertimbangkan dari segi halal dan haram dan sejauh mana pengaruhnya.

No comments: