Tuesday, July 1, 2008

Pemimpin Atau Pembesar Yang Menipu Rakyat.

Dari Al Hasan r.a. katanya: "Ubaidullah Bin Ziyad mengunjungi Ma'qil Bin Yasar Al Muzani ketika dia sakit hampir meninggal. Kata Ma;qil kepada Ubaidullah, Aku hendak menyampaikan kepada mu sebuah hadis yang ku dengar sendiri dari Rasulullah s.a.w. yang kalau aku yakin bahawa usia ku akan panjang.Hadis ini belum lagi ku sampaikan kepada mu.Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak ada seorang hamba yang dipercayakan Allah kepadanya memimpin rakyatnya, kemudian dia mati, sedangkan pada hari kematiannya dia masih menipu rakyatnya, nescaya Allah mengharamkan syurga baginya".

Dari 'Adil Ibnu 'Amirah Al Kindi r.a. katanya:"Aku mendengar Rasulullah bersabda, Barangsiapa yang kami angkat di antara kamu memangku sesuatu jabatan lalu disembunyikan terhadap kami sebatang jarum atau yang lebih kecil dari itu, maka perbuatannya itu adalah penggelapan.Dia akan datang pada hari kiamat nanti membawa barang-barang yang digelapkannya itu".

Ingatlah wahai pemimpin-pemimpin sekelian tentang pesanan Rasulullah s.a.w ini.Mengapa masih lagi kita mahu menipu rakyat dan menyembunyikan sesuatu perkara yang hak kepada rakyat.Memimpinlah mengikut Al-Quran dan berpandukan Hadith Rasulullah s.a.w semoga kita tidak ditimpa bala di dunia dan akhirat.Para ilmuan agama dan para mufti-mufti, nyatakan kebenaran tanpa rasa takut dan janganlah takut kepada pemimpin mengatasi takutnya kita kepada Allah.

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,padahal kamu mengetahui (salahnya). Al-Baqarah:188.

Diriwayatkan ole Abdullah Bin Amru, beliau berkata: "Bersabda Rasulullah s.a.w.Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah."-Hadis Riwayat Ibnu Majah.

No comments: