Thursday, July 31, 2008

QAZAF -Undang-Undang Seksyen 41.




Firman Allah,"Orang-orang yang menuduh perempuan suci (berzina) kemudian mereka tidak mengemukakan 4 orang saksi, hendaklah kamu dera mereka itu 80 kali dan janganlah kamu terima kesaksiannya selama-lamanya, kerana mereka orang yang fasik. An-Nur-4.

Orang-orang yang menuduh isterinya (dengan berzina) tetapi mereka tidak mempunyai saksi-saksi kecuali dirinya sendiri, maka kesaksiannya ialah 4 kali bersumpah dengan Allah, bahawa ia seorang yang benar. An-Nur-6.

Dan yang kelima bahawa kutuk Allah atas dirinya, jika ia dusta. An-Nur-7.

Ketika kamu ceritakan dengan lidahmu dan kamu katakan dengan mulutmu sesuatu yang tak ada pengetahuan kamu tentang kebenarannya dan kamu kira perkara itu tidak berdosa, padahal di sisi Allah (dosa) besar. An-Nur 15.

Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan suci yang baik hati lagi beriman (dengan tuduhan berzina) mereka itu dikutuki di dunia dan akhirat, dan untuk mereka siksaan yang besar. An-Nur-23.

Dari beberapa keterangan ayat-ayat Al-Quran yang saya paparkan menunjukkan bahawa kita sebagai umat Islam harus menghindarkan diri dari membuat tuduhan tanpa mengemukakan bukti.Pemerintah Islam di Malaysia wajib menggunakan hukuman yang termaktub di dalam ayat-ayat Al-Quran dan bukannya mengubah cara hukuman tersebut.Mengikut akta yang diluluskan, mereka yang menuduh seseorang (zina atau liwat) boleh didenda tidak lebih RM5000/= atau penjara tidak lebih 3 tahun (Seksyen 41-Bab Qazaf).Namun kini umat Islam sudah terjerat dengan dosa yang amat besar apabila turut bercakap dan membincangkan berita yang mereka sendiri tidak tahu.Pihak media begitu ghairah membesar-besarkan berita ini dengan bersangka jahat pada yang dituduh.Adakah ini keadilan yang dituntut oleh Islam?

Keterangan petikan ayat-ayat di atas amat jelas kerana sebenarnya orang yang menuduh itu dan orang-orang yang menyiarkannya telah berdosa besar kecilnya menurut usahanya.Orang yang besar usahanya mendapat siksaan yang besar.Bagi mereka yang mendengar berita ini hendaklah kamu katakan,"Hal ini tidak patut kita perkatakan, Subhanallah, ini adalah kebohongan besar.

Sebenarnya inilah kerja Syaitan/Iblis laknatullah yang berjaya membisikkan sesuatu yang buruk kepada kita.Kita sebagai orang beriman tidak sepatutnya terjerat dengan bisikan Syaitan ini.Namun malangnya penulis akhbar,pembaca berita,pemimpin politik seolah-olah menjadi wakil Syaitan/Iblis memperbesarkan berita yang belum tentu kesahihannya.Maka bertepuk-tanganlah Syaitan/Iblis dengan sahabat-sahabatnya yang setia ini.Para ulama seharusnya menegur dengan hak mereka-mereka ini kerana dengan jelas perbuatan-perbuatan ini hanyalah menempah tiket ke naraka jahanam.

Saya melihat adalah lebih baik pihak pemerintah memandang tuduhan ini kepada aspek yang lebih dalam.Sekiranya perbuatan liwat ini berlaku beberapa kali tanpa paksaan maka seharusnya kedua-dua pihak iaitu yang menuduh dan tertuduh harus dihukum sebat atau rejam mengikut undang-undang Islam.

"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,Siapa yang menurut langkah syaitan itu,maka ia menyuruh membuat keji dan mungkar.Kalaulah tiadalah kurnia Allah kepadamu dengan rahmatNya, nescaya tiada suci seorang juga di antara kamu selama-lamanya, tetapi Allah mensucikan siapa yang dikehandakiNya.Allah maha mendengar lagi maha mengetahui". An-Nur-21.

"Maka ia menyuruh membuat keji dan mungkar" amat jelas apabila pemberita akhbar dan media elektronik banyak mengajak kepada perkara kemaksiatan seperti konsert jom heboh,akedemi fantasia,gang stars dan macam-macam lagi perkara maksiat.Seharusnya perkara-perkara maksiat ini janganlah kita hebohkan tetapi sampaikanlah berita gembira tentang ganjaran syurga bagi mereka yang bertaqwa.Namun pemberita-pemberita ini menyanggah dengan hujah-hujah mengikut hukum akal dan nafsu mereka apabila Mufti Perak Dato' Harussani mengeluarkan fatwa mengharamkan konsert-konsert tersebut.Nampaknya pemberita-pemberita ini lebih 'alim dari mufti.

No comments: