Monday, July 7, 2008

Sibuknya Pemimpin-Pemimpin Kita.

Sebagai pemimpin memang tidak dapat dinafikan kesibukan beban tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat kepadanya.Dari mula memegang jawatan penting hinggalah sudah bersara para pemimpin kita masih lagi sibuk.Terdetik di hati saya untuk memikirkan bilakah masa yang sesuai dapat pemimpin-pemimpin kita beriktikaf, berjemaah serta melakukan ibadat mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.Maka teringat saya pada satu kuliah yang mengatakan Allah akan terus menyibukkan kita kerana hanya mementingkan hal-hal duniawi saja.

Ingin rasanya saya bertanya kepada pemimpin-pemimpin kita, satu hari berapa kali dia dapat berjema'ah di masjid.Anak-anak, isteri dan menantu, sudah cukupkan dibekalkan dengan pengajian fardhu 'ain?Sedangkan ada antara pemimpin yang sudah menunggu dijemput ke alam barzakh masih lagi sibuk tentang urusan dunia.Tidak kiralah pemimpin yang saya maksudkan berada dalam kerajaan atau pembangkang.Cuma akan kelihatan kelibat pemimpin-pemimpin di masjid apabila sesuatu majlis rasmi diadakan.Paling tidak kita melihat mereka-mereka ini pada waktu solat Juma'at.Itu pun disebabkan ada tempat reserve bagi mereka di saf hadapan.

Amat malang apabila kita sebagai rakyat memilih pemimpin yang banyak membicarakan soal keduniaan sahaja.Maklumlah bagi mereka itu satu kerja fardhu kifayah yang telah diamanahkan oleh rakyat.Namun di manakah mereka apabila tidak sibuk?Adakah lebih suka menghabiskan masa bercuti di luar negara sahaja tanpa memikirkan soal akhirat?Mereka amat beruntung kerana diberi kemampuan secukup-cukupnya melaksanakan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan fardhu haji di Mekah.Tapi kesempatan itu tidak pula digunakan malah lebih sibuk untuk menambah lagi kekayaan dan meluaskan kuasa mereka.

Sedarlah wahai pemimpin-pemimpinku sekelian bahawa maut itu tidak dapat dielakkan kerana janji Allah tetap akan berlaku.Allah masih lagi memberi kesempatan kepada kita dengan sisa-sisa umur yang ada untuk kita meminta ampun dengan sesungguh-sungguhnya terhadap dosa-dosa yang kita lakukan.Saya berdoa semoga pemimpin-pemimpin kita diberi taufiq dan hidayah oleh Allah s.w.t.

No comments: