Friday, July 11, 2008

Sunat Diberatkan, Wajib Dilalaikan.

Alhamdulillah selesai sudah saya berjema'ah solat subuh di pagi Juma'at yang mulia ini.Seperti biasa setiap solat subuh Juma'at Imam bertugas membaca surah as-sajadah dan surah al-insan.Kedua-dua surah ini seakan sudah menjadi amalan untuk dibaca pada setiap solat subuh Juma'at.Sememangnya ia juga pernah diamalkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. pada masa dahulu.Namun begitu tidaklah sampai setiap Imam wajib membacanya hinggakan timbul satu persoalan kerana adakah Imam bertugas ikhlas dalam membaca kedua-dua surah ini.Adakalanya Imam bertugas dalam keadaan tidak sihat tetapi terpaksa membacanya kerana takut diambil tindakan atau dicemuh oleh para jema'ah.Maka berlakulah di mana Imam dalam keadaan lalai membaca surah as-sajadah dalam keadaan tunggang-terbalik.Bagi mereka yang tidak hafal hanya mengikut sahaja kerana merasakan semua bacaan Imam itu betul.Ada jema'ah yang ghairah untuk solat di belakang Imam tapi hanya membisu apabila bacaan Imam tersilap dan lupa pada ayat yang dibaca.

Beberapa perkara lagi di mana umat Islam begitu ghairah melaksanakan amalan-amalan sunat.Tidak lama lagi umat Islam akan menunaikan rukun Islam yang seterusnya iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.Maka berduyun-duyunlah umat Islam mengunjungi masjid-masjid berhampiran untuk solat tarawikh.Kadang kala mereka ini marah kerana Imam atau masjid yang dikunjungi hanya melakukan solat tarawikh sebanyak 8 raka'at sahaja.Alasannya kerana tak puas solat maka dicari pula masjid-masjid yang lain untuk bertarawikh.Masih juga tidak puas hati kerana Imam membaca surah yang agak panjang dan membawanya 20 raka'at.Tidak pula kita melihat wajah-wajah mereka ini sewaktu solat fardhu berjema'ah di masjid.Inilah amalan umat Islam kini yang menitik-beratkan amalan sunat dan melalaikan yang wajib.Namun begitu masjid-masjid hanya akan dipenuhi hanya pada awal Ramadhan sahaja dan akan lengang pada pertengahan dan akhir Ramadhan.

No comments: