Friday, July 25, 2008

Tiru Pakaian Jahilliyah.

Gambar di atas telah diambil dari blog al-subki tentang cara solat yang dilakukan oleh pihak Wahabi.Mengulas tentang tulisan al-subki saya amat menyokong tulisan beliau dan ingin mengulas serba sedikit tentang gambar yang dipaparkan.Cara berpakaian mereka yang solat begitu adalah lebih mirip kepada pakaian puak Jahilliyah di mana Rasullullah s.a.w melarang keras kita meniru pakaian Jahilliyah.Rasulullah s.a.w pernah sujud di atas serban baginda kerana dinginnya tanah atau panasnya tanah tempat beliau sujud.Namun begitu baginda meletakkan serbannya sebagai alas untuk sujud dan bukannya dipakai seperti gambar di atas.

Sememangnya mereka yang memakai cara di atas dan sujud di atas serban yang dipakai akan membatalkan solat kerana 7 anggota badan mestilah digunakan sewaktu sujud iaitu kedua kaki dengan membengkokkan jari-jari,kedua lutut,kedua tapak tangan dan dahi.Amatlah malang bagi mereka yang meniru cara solat wahabi kerana dahi mereka dihalang oleh serban yang dipakai semasa sujud.Begitu juga bagi muslimat yang sujud di atas telekong yang di pakai dan hanyalah sia-sia solat orang yang sebegini.

Kini trend memakai pakaian seperti di atas semakin menjadi ikutan umat Islam di Malaysia tanpa mempelajari syarat-syarat sah solat terlebih dahulu.Budaya ikut-mengikut ini tanpa ilmu dikuatiri akan merebak bagi mereka yang ingin menampilkan diri sebagai 'alim dan warak.Malah ada Imam masjid yang mengimamkan jema'ah dengan cara begini dan lebih buruk lagi Imam tersebut suka bermain-main dengan kedua-dua jarinya kiri dan kanan sewaktu duduk tahhiyat.Inilah budaya ikut-mengikut yang amat bahaya kerana ingin mencontohi Imam di Mekah tanpa ada asas ilmu terlebih dahulu.Ingin melihat cara solat Imam sebegini bolehlah datang ke Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan.Imam tersebut juga akan bermain-main dengan jarinya sewaktu kedua tangan di letakkan selepas takbiratul ihram.Apabila ruku' dia akan menarik jubahnya ke atas, mata melilau kiri dan kanan, bukannya tunduk memandang tempat sujud.Sepatutnya pihak JAWI harus memandang serius tentang Imam sebegini.Kita kuatir ia akan merosakkan solat para jema'ah yang lain lebih-lebih lagi solat Jum'at.Pernah seorang Qari mengulangi solatnya kerana tidak yakin dengan bacaam Imam tersebut.Bacaan Imam tersebut tidak mengikut hukum tajwid yang sebenarnya.Inilah masaalahnya apabila beramal tanpa ilmu dan mengikut cara orang lain membabi-buta.

No comments: