Sunday, September 14, 2008

Amalan Yang Semakin Terhakis.

Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan adalah sebuah masjid lama di bawah pentadbiran JAWI.Namun Masjid lama ini seolah-olah dipinggirkan kerana tiada perubahan yang dibuat oleh pihak JAWI untuk mengindahkan masjid ini walaupun kutipan wang telah bertimbun.Kalau dibezakan dengan masjid-masjid yang lain di Wilayah Persekutuan, nampak sangat Masjid Ar-Rahimah sengaja diketepikan.

Dari struktur masjid kita lihat pula kepada petugas-petugas masjid ini seperti Muazzin, Imam-Imam dan Noja (Tok Siak).Nampak sangat bezanya kerana mereka-mereka ini seolah-olah asal ada sudahlah untuk bertugas.Pada tahun ini saya amat terperanjat apabila tiada majlis membaca surah Yassin 3 x sewaktu umat Islam menyambut malam Nisfu Sya'aban.Kalau di masjid-masjid lain malam Nisfu Sya'aban amat ditunggu-tunggu oleh para jemaah untuk sama-sama membaca Yassin 3X disamping berniat tetapi malang sekali Masjid Ar-Rahimah meremehkan amalan tersebut.

Kini bacaan Tarhim sudah tiada lagi kedengaran di masjid ini, mungkin para bilal menganggapnya tak perlu baca sebab sunat aja.Maka bilal-bilal mengambil jalan mudah dengan memasang kaset orang mengaji Al-Quran.Mereka tak perlu mengaji sebab dah ada kemudahan pasang kaset.Kalau tak sempat pasang pun tak apa jemaah bukan peduli pun, malah lagi ahli kariah suka sebab boleh tidur tak payah solat subuh.Bila nak masuk waktu baru terdengar suara bilal mengucapkan "Shada'qallah-hul'azim" dan terus azan.Tidak hairanlah apabila bacaan selawat sewaktu solat sunat Terawikh dibuat cara "short-cut" aja.Bagi mereka yang baru nak berjinak dengan solat sunat Terawikh mungkin keliru sebab ada bilal yang baca dan ada yang tak baca.Yang ambil jalan "short-cut' pula satu hal, sebab baru kita duduk tak sampai seminit dah bangun semula menyambung solat.Lafaz tarawikh dalam bahasa Arab adalah bentuk jamak dari mufrad tarawihah yang bererti istirehat.Tapi di Masjid Ar-Rahimah tarawikh dah ditukar ke "TARAWIKELIK".Ertinya cepat tarawikh cepat kita balik.Maklumlah rumah Imam jauh dari masjid jadi kenalah kayuh tarawikh laju-laju.Imam nak kelik oh......Kelik mano weh.......Putrajayo rumah hambo...............

Selain dari amalan-amalan yang baik semakin terhakis timbul pula satu lagi trend di Masjid Ar-Rahimah iaitu "tak ada kontrak sorrylah aku nak ke masjid".Ini mana punya mahzablah kita pun tak faham.Kontrak buat bubur,juadah buka puasa dan more pun satu isu juga di Masjid Ar-Rahimah.Lain kali pihak masjid jangan buka tender tapi buat pengumuman sesiapa nak buka puasa di masjid bawa bekal sendiri.Kalau ada lebih tu sedekah-sedekahlah pada orang lain, kan besar pahalanya.Bila berlaku perkara begini maka wujudlah satu perpecahan di antara pemburu kontrak dengan pihak masjid.Maka bertepuklah Iblis laknatullah sebab belumpun sempat Iblis ditambat di bulan Ramadhan dah berjaya kenakan mangsa.Terror punya Iblis memang kita tak boleh lawan.

Kalau kita nak tegur Tok-Tok Bilal ataupun Imam-Imam ni pun susah jugak sebab maklumlah mereka tu semua ustaz-ustaz.Kita yang tak bertauliah ni jadi ajalah jemaah bodoh-bodoh.Tak apalah dapat pahala berjemaah pun jadilah.Nak buat macammana sebab yang handle masjid pun kira geng muda-muda jadi main cincai sudahlah.Kalau kita lihat masjid lain yang dipimpin oleh golongan "orang lama"(kira tualah tu) maka rohnya atau semangat beribadat itu dapat kita rasakan perbezaannya.Contohnya cuba letak Ustaz Halim jadi ketua, maka semangat beribadat itu akan kita rasa lebih berkesan.Tapi JAWI pulak satu hal, sebab bila dah tua dak tak nak dah.Kalau JAIS boleh kenapalah JAWI nak yang muda aja.Memanglah yang muda tu kuat tapi bukan kuat beribadat tapi kuat tidur dan ponteng.Itu bezanya antara orang lama dengan yang baru.

Kita tidak tahu entah bilakah Masjid Ar-Rahimah ini akan sunyi dari segala pergolakan.Entah apa yang tak kena kita pun tak tahu.Mungkin kena tukar semua Imam dan bilal, lepas tu buat renovation baru, maka Masjid Ar-Rahimah akan kembali gemilang sebagaimana orang lama dulu pegang iaitu Allahyarham Tok Ayah @ Imam Shafie.Carilah mereka yang berpengalaman lebih untuk menerajui tugas ketua Imam barulah semangat beribadat akan kembali menyinari Masjid Ar-Rahimah.

Cuma yang saya amat hargai ialah Imam-Imam dan bilal-bilal semuanya baik-baik belaka.Sayang seribu kali sayang sebab seorang bilal nak berhijrah ke tempat lain mungkin nak tarbiah mat-mat polis kut.Bilal sorang ni kuat kerja tak kira langsung sebab dia ni agak sempoi sikit.Jadi tak hairanlah semua ahli kariah sukakan dia termasuk saya.Semoga dia sucess dengan Jakim dan kalau dah sucess baliklah semula ke Masjid Ar-Rahimah.Pak-Pak Imam sepatutnya kena contohi cara kerja bilal yang sorang ni sebab walaupun cuma agak 2-3 tahun sahaja di Masjid Ar-Rahimah tapi jasa yang dia taburkan tak boleh kita pertikaikan lagi.Shahrul Ridzal seorang bilal yang punya tubuh kecil tapi bersemangat besar bila bekerja.Jadi yang badan besar kenalah lawan cara kerja dia barulah seimbang.Untuk beliau Selamat Maju Jaya.

2 comments:

Anonymous said...

Tidak dinafikan bahawa Bilal Shahrul Rizal merupakan seorang yang rajin, saya ingin memperbetulkan fakta berkaitan Bilal badan besar. Sebelum Bilal Rizal menyertai MAR, Bilal Nazri merupakan seorang yang aktif terutama pada setiap aktiviti yang dijalankan oleh MAR. Beliau tidak mengira waktu, samada pagi-petang atau siang-malam, beliau akan membawa para remaja-remaja masjid melakukan apa jua tugas yang diamanahkan. Segala-galanya berubah apabila beliau diserang penyakit yang kritikal, yang mana boleh mengakibatkan stroke. Beliau mengidap kencing manis dan darah tinggi yang serius. Segala pergerakannya terbatas. Atas nasihat para doctor, Bilal tersebut terpaksa meninggalkan segala aktiviti-aktiviti masjid. Apa pun semangat nya masih tinggi.

Anonymous said...

banyak komen pasal masjid bang?saya dah lama menyampah sebab tak serah2 lagi,lepas tu tak ada yg. berubah.Imam-Imam pulak baca entah apa2 macammana jadi Imam.Yg. Zubir pulak mendayu-dayu sampai kaki naik layu.Jadi kalau macam tu baik sembahyang kat rumah dari dok kata kat Imam yg. dah tentu tak betul bila baca.Bila tegur tak nak berubah.Jadi bilal pun fail macammana nak jadi Imam?Lu pikirlah sendiri........

Jemaah Silam.