Wednesday, September 10, 2008

Tarawikh Masjid Ar-Rahimah Kg. Pandan.

Alhamdullillah Masjid Ar-Rahimah Kg. Pandan bergema dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dilagukan oleh 2 orang Imam Al-Hafiz sewaktu memimpin solat sunat tarawikh.Kedua-dua Imam ini baru berusia 24 tahun namun bacaan mereka boleh membuatkan bulu roma kita naik jika dihayati pada bacaan-bacaannya.Difahamkan salah seorang darinya berasal dari Muar Johor bernama Alif dan seorang lagi berasal dari Sungai Buloh bernama Faizal.Sungguh beruntung ayah-dan ibu kedua-duanya kerana melahirkan anak seorang penghafaz Al-Quran.

Solat sunat tarawikh didirikan sebanyak 20 rakaat dan 3 witir di Masjid Ar-Rahimah.Namun trend berhenti dirakaat kelapan masih lagi menjadi amalan umat Islam yang hadir.Kan bulan Ramadhan tu bulan ibadah maka pulunlah cukup-cukup untuk sebulan ni.Adakalanya Imam akan terlupa sesuatu ayat sewaktu solat maka pandai pula puak-puak ni bagi komen.Apa dia orang ingat senang ke nak simpan enam ribu lebih ayat dalam dada dengan menjaga segala pantang larang.Kalau kita disuruh baca 10 ayat pun dengan melihat pada Al-Quran pun masih tersasul apa lagi nak menghafaz dengan baik.Itulah masa'alah orang kita, kalau komen bagilah kat dia.

Walaupun kita berbangga dapat berimamkan seorang hafiz yang baik namun apa jadi dengan Imam-Imam Masjid yang ada?Sepatutnya semua Imam-Imam Masjid Ar-Rahimah bersama-sama mengimarahkan masjid tempat mereka bertugas sewaktu solat sunat tarawikh diadakan.Ini tidak, kadang-kadang ada kadang-kadang lesap entah ke mana.Sepatutnya Imam-Imam ini belajar dengan mendengar bacaan adik-adik hafiz ini dan kemudian dipraktikkan sewaktu bertugas.Tak malukah kita sebagai Imam tapi bacaan kita banyak diperkatakan orang kerana kita sendiri tidak pernah melatih diri untuk mengubahnya.Sebagai Imam, suara dan bacaan yang baik adalah satu kemestian dan keutamaan sebelum kita layak menjadi Imam.Pihak berwajib seharusnya peka dalam memilih seorang Imam dan bukannya buat pekak aja bila dengar Imam baca fatihah dan ayat dengan teruk.Semoga Tarawikh kali ini menyedarkan kita semua betapa pentingnya ilmu Al-Quran untuk dipelajari.

1 comment:

Anonymous said...

Solat sunat tarawikh didirikan sebanyak 20 rakaat dan 3 witir di Masjid Ar-Rahimah.Namun trend berhenti dirakaat kelapan masih lagi menjadi amalan umat Islam yang hadir.

Ini fenomena biasa bagi masjid-masjid di Malaysia ni, habis saja rakaat ke8, tinggal 4 saf saja, tapi penulis blog ni mungkin terlupa bahawa, di Masjid Ar-Rahimah ni yang luar biasa ada terdapat jemaah yang memulai solat sunat tarawih pada rakaat yang ke 11 atau ke 13, Saban tahun inilah cara dia. Entahlah! Jemaah ni pengikut ajaran mazhab apa ye?

Sepatutnya semua Imam-Imam Masjid Ar-Rahimah bersama-sama mengimarahkan masjid tempat mereka bertugas sewaktu solat sunat tarawikh diadakan.Ini tidak, kadang-kadang ada kadang-kadang lesap entah ke mana.

Bukan semuanya yang ponteng. Cuma mereka ini berkemungkinan dapat jemputan dari masjid-masjid atau surau-surau lain. Yang tinggal ltu adalah kerana tak dapat jemputan!