Wednesday, October 8, 2008

Bukti Kehebatan Berzikir.

Zikir boleh merubah segala-galanya dengan kuasa Allah swt.Begitulah yang terjadi di sebuah masjid di Indonesia di mana pada malam harinya diberitakan seorang Kiai di kawasan tersebut telah bermimpi agar dia menyeliputi kubah masjid yang hendak dipasang itu dengan kain putih dan berzikir.Pesanan di dalam mimpi itu tidak diendahkan tetapi dia bermimpi lagi dengan pesanan yang sama.Maka keesokan harinya Kiai tersebut melakukannya dan mengajak semua penduduk hadir untuk melakukan Zikirullah.Hanya dengan kalimah "La Illahhaillallah" kubah masjid yang telah diselimuti kain putih itu naik sendiri dan terletak di atas menara masjid tersebut.Perkara aneh ini telah diberitakan dalam satu slot "Berita Transtv Indonesia".Beberapa wanita yang hadir telah pengsan dan terkena histeria apabila melihat perkara ajaib ini berlaku di depan mata.Begitupun masih ada suara-suara yang mempertikaikan video yang dipaparkan walaupun ia disaksikan oleh ramai penduduk di kawasan tersebut.Inilah satu kebesaran Allah yang boleh mengubah sesuatu yang tak dapat difikirkan oleh akal hambaNya yang cetek ilmu.Seandainya perkara beginipun masih menjadi persoalan orang kita tentang kebenarannya, agaknya bagaimana pula orang kita akan menerima keajaiban Rasullullah s.a.w melakukan "Isra' Dan Mikraj'.Tidak keterlaluan dikatakan betapa nipisnya iman kita untuk menerima sesuatu yang telah ditunjukkan oleh Allah swt.Maka dengan itu kita akan termasuk bersama-sama umat yang hidup dizaman Rasullullah s.a.w apabila mendengar berita "Isra' & Mikraj", terus saja mereka murtad.Inilah yang kita takut akan berlaku kepada umatnya kini.Sesungguhnya kita ucapkanlah "Subhanallah" kerana kebesaran dan kekuasaan Allah itu tidak terbatas dan akal kita tidak dapat menjangkau betapa Agungnya Allah. video

3 comments:

Mohd Samsuddin Harun said...

Saya pernah menyiasat seorang dari group2 parang terbang peristiwa 13 Mei yang diceritakan. Saya sempat pegang pedang tu, dan semak zikir-zikir mereka. memang ada seruan kepada rijal al-ghaib (jin) dan khadam. Aku x pelik peristiwa macam2 ni sekali pun zikir ni disebut betul tapi dengan niat yang menyeleweng jadi lah perkara menyeleweng. Setahu saya jika benarlah dengan zikir boleh angkat Kubah ke atas nescaya sia-sianya luka-luka yang ada pada tubuh2 sahabat nabi bersusuah payah berperang dengan kuffar zaman nabi dahulu. Kan baik daripada duk berperang berzikir je sampai musush dibunuh ke semuanya. Cerita karut dalam video ni sengaja nak dikaitakan degan agama kita yang sentiasa menggalakkan usaha dengan sedaya upaya. Mustahil kat indon tu x ade sebuah pun krn nak angkat kubah tu. Dah la tu sampai histeria-histeria mengapa? Adakah jin-jin telah merasuk mereka? Jangan bawa perkara sesat ni dalam agama. Khurafat! Zikir adalah untuk mencari redha Allah bukan sebagai cara menunjukkan kepada orang ramai kesan zikir. Puak2 sufi tarekat ni sukalah pangggil jin. saya tidak pernah mendengar sahabat histeria bila tengok bulan terbelah atau air keluar dari jari nabi s.a.w tak tahu lah kot ini semua kerja-kerja si pemanggiol jin disamping sebut nama Allah. Bodoh betul orang mempercayai cerita ni.

Anonymous said...

zikir ada macam-macam zikir.yg. dipaparkan dlm. video tu mungkin tak betul tapi paparan tu sebagai bahan meyakinkan kebesaran Allah, apa-apa pun boleh jadi.tak kiralah jin tolong angkat ke tapi semuanya kehendak Allah jua.cuma nak percaya ke tidak itu perkara lain.hanya kita yakin Allah itu berkuasa nak buat apa saja.contohnya banyak masjid di Indon selamat masa tsunami.kan hebat tu tapi banyak juga komen-komen mengatakan air tak sampai ke masjid lah,foundation masjid kukuhlah dan kurang sangat yg. bertasbih melihat keajaiban itu.Ust.Haroon Din pulak dikatakan berkawan dgn. jin sampai ada pemimpin perlekehkan dia tawarkan pesakit pakai air jampi.bukan air tu yg. menyembuhkan tapi semuanya kuasa Allah.

ahli fikir.

Mohd Samsuddin Harun said...

Masjid selamat dengan kehendak Allah sebagaii bukti kekuasaan Allah jika masjid runtuh pun menunjukkan Allah betapa berkuasanya dengan Dzat yang maha berkuasa, angkat kubah dengan seruan jin tu syirik. Kan kita di larang letak perantaraan kita dengan Allah.. Quran dah sebut kekufuran orang atau sesetengah kaum mendekakatkan diri dengan Allah dengan mengambil 'zulfa' (perantaraan). Saya meyakini ruqyah ada sebagai mana tercatat pada hadis ruqyah dala al-Bhukhari. Tentang haron Din berkawan dengan Jin x betul, jika di katakan Haron Din tahu alam Jin sangat betul kerana dia buat kajian.. Saya cadangkan kita fokus zikir ni sebagai mana gesaan al-Quran, Wahai Orang beriman berzikirlah (ingatlah) kamu kepada Allah banyak2, dan bertasbihlah pada pagi dan petang (Surah al-Ahzab).. SUFI ke tak tak de cara lain cari keredhaan Allah. Firman Allah lagi : Siapa yang berpaling dari mengingatiku maka baginya kehidupan yang sempit, dan hari kiamat dia dibangkit dalam keadaan buta (Surah Taha). jika dalam kesempitan kita ada diajarakn zikir-zikirnya oleh baginda SAW serta doa-doanya dalam hadis. Memanggil Jin adalah syirik. Nyata sekali kita mengangkat Jin setanding dengan Allah. Kita ni kena fikir zikir bukan ni bukan untuk dikhusukan untuk apa ia adalah ibadat demi mencari keredhaan. Setengah orang target zikir untuk cari keramat dan kita pulak menceritakannya dengan tokoh tambah berjela-jela. Sebagai contohnya saya dan kami dari lapis keturunan Syeikh Pulau Manis (Sheikh Abdul Malek) tidak boleh menerima sebahagian besar cerita-cerita keramat tentang moyang kami yang sebenarnya kata-kata orang ramai bukan dari ahli keluarga kami.. Kami benci kubur-kubur beliau disembah dan dijadikan tempat memohon kepada Allah, sekalipun dengan doa-doa yang baik tapi niatnya dan caranya menyeleweng. Semoga ini menjadi pengajaran kepada kita semua.