Tuesday, October 28, 2008

Ciri-Ciri Orang Munafik.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. katanya Nabi s.a.w bersabda,"Ada 4 perkara sekiranya terdapat pada setiap orang, itulah orang munafik.Jika terdapat salah satu darinya juga dikatakan seorang yang munafik sehingga dia meninggalkan yang satu itu."-Shahih Bukhari.
1) Apabila dipercayai dia khianat.
2) Apabila berbicara dia berdusta.
3) Apabila berjanji dia memungkiri.
4) Apabila bermusuhan dia sangat jahat.

Berdasarkan hadis di atas penulis rasa terpanggil untuk menulis sikap yang ditunjukkan oleh beberapa pihak sewaktu menghadiri "Majlis Sambutan Idilfitri" anjuran Persatuan Penduduk-Penduduk Blok E yang diadakan pada 27/10/08 di perkarangan padang yang terletak bersebelahan Restoran Fatihah.Ada pihak yang memberi ucapan yang mengajak para hadirin bermaaf-maafan tanpa ada dendam di hati.Ucapan berikut hanya sebagai mengaburi mata para hadirin kerana pihak tersebut yang berucap sendiri bermusuhan dengan ramai orang sehingga sanggup memfitnah pihak yang lain.Inilah yang dikatakan "cakap tak serupa bikin" dan adakah pihak ini tergolong dalam kalangan yang dinyatakan dalan hadis di atas?

Majlis sambutan Hari Raya tersebut juga telah mengundang Ahli Parlimen Titiwangsa iaitu Dr Lolo' untuk memberikan ucapan.Ucapan Dr. Lolo' adalah mengajak semua hadirin mengimarahkan masjid sepertimana yang di lakukan pada bulan Ramadhan.Namun di sini barisan hadapan yang ada pada majlis tersebut gagal berbuat demikian maka apakah maknanya ucapan Dr.Lolo' tersebut?Sewaktu satu mesyuarat untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Ar-Rahimah pada tahun 2007, Dr.Lolo' juga diundang oleh pihak jabatan dan masjid untuk hadir ke majlis yang akan diadakan.Namun ada pihak yang mempertikaikannya kerana semasa itu Ahli Parlimen ini belum lagi mengangkat sumpah sebagai MP maka belumlah secara rasminya menjadi MP.Namun pada majlis sambutan Hari Raya anjuran Persatuan Penduduk Blok E, pihak inilah yang terhegeh-hegeh berlari-lari anak mengiringi Dr. Lolo' ke kereta.Begitulah sikap pura-pura yang ditunjukkan oleh pihak ini sehingga menjadi bualan para hadirin yang menyaksikannya.

Di sini bukanlah tujuan kita untuk mengaibkan sesiapa tetapi jika ada pihak yang terasa maka adalah lebih baik dia muhasabah diri dengan tingkah lakunya.Menonjolkan diri di khalayak ramai sebagai seorang yang baik tidak perlu jika perbuatan kita sendiri yang suka mengadu domba melaga-lagakan orang lain telah diketahui oleh masyarakat sekian lama.Jika benarlah ucapan kita untuk bermaaf-maafan tanpa dendam maka adalah lebih baik kita sendiri yang memulakannya dengan rasa rendah hati.Disebabkan ego yang tinggi maka kita merasakan diri kita terlalu hebat namun disebaliknya kita tahu bahawa ramai masyarakat telah menyampah dengan sikap pura-pura kita itu.

1 comment:

hj shaari said...

"Jika benarlah ucapan kita untuk bermaaf-maafan tanpa dendam maka adalah lebih baik kita sendiri yang memulakannya dengan rasa rendah hati.Disebabkan ego yang tinggi maka kita merasakan diri kita terlalu hebat namun disebaliknya kita tahu bahawa ramai masyarakat telah menyampah dengan sikap pura-pura kita itu."

Apa yang berlaku, apabila penulis blog menghulurkan tangan untuk bermaafan dengan MC (Mat Sampah, sebagaimana gelaran diberi oleh orang2 di Blok E15 & E16 ) tidak disambut. Apakah ini yang dikatakan tokoh yang patut dipuji??

Kejadian ini disaksikan oleh Bilal masjid Ust. Rizal, Haji Rahman dan isteri penulis.

Sekali lagi orang ramai di perdaya!

Kepada En Alfikri saya masih menunggu untuk bertemu dan berkenalan dgn Tn.

Shaari