Saturday, October 25, 2008

Fitrah Diri.


Bulan Syawal hampir ke penghujungnya tanpa kita sedari kerana sibuk merayakannya.Itulah dinamakan Hari Raya Fitrah kerana kita membersihkan diri meminta ampun dari Allah sewaktu menjalani ibadat puasa dan bermaaf-maafan pula di hari raya.
Namun belum pun Syawal melabuhkan tirainya masih ada lagi suara-suara sumbang yang kedengaran disebalik insiden seorang Imam ditamatkan perkhidmatannya.Pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab menuding jari kepada orang lain seperti Ketua Imam,Pembantu Bilal dan mereka-mereka yang dirasakan tidak mahu membantah pemecatan jawatan tersebut.Maka bertebaranlah surat-surat kepada ahli kariah masjid termasuk beberapa pertubuhan dan badan politik.Persatuan Penduduk Blok E, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga Ahli Parlimen Titiwangsa dimaklumkan mengenai insiden pemecatan tersebut sebagai mencari satu kebenaran.Pertemuan demi pertemuan diadakan sebagai membantah tindakan yang telah diambil oleh pihak berwajib.

Beberapa hari yang lalu, penulis dihujani dengan panggilan talipon dari berbagai pihak yang mempertikaikan tindakan pemecatan Imam yang berlaku di Masjid Ar-Rahimah.Ada yang berhujah dengan mengatakan tanpa Imam tersebut maka kesusahan akan berlaku seperti membaca doa tahlil,talqin kubur,solat jenazah dan lain-lain lagi.Sebenarnya hujah-hujah begini tidak sepatutnya dibangkitkan kerana Masjid Ar-Rahimah juga mempunyai bilal-bilal yang tarafnya sama seperti Imam.Yang membezakan mereka hanyalah jawatan jadi tidak timbul dengan beberapa perkara yang dibangkitkan.Malangnya kebolehan bilal-bilal yang ada tidak pernah diketengahkan dan tidak juga diberi peluang.Bagi saya hujah-hujah seperti ini amat dangkal kerana seandainya kita yang berugama Islam tidak pernah untuk mencari ilmu untuk mempelajari apa-apa jua amalan maka kita sendiri yang rugi.Adalah lebih baik kita tidak terlalu bergantung kepada Imam untuk melaksanakan sesuatu tetapi kita sendiri yang melaksanakannya apabila contohnya berlaku kematian saudara sendiri, maka kita sendiri yang mengimaminya dan membacakan talqin untuknya.Begitu juga apabila kita mengadakan kenduri, maka adalah lebih afdhal sebagai tuan rumah, kita sendiri mendoakan roh-roh ibu-bapa dan saudara-saudara kita.

Penulis juga dihujani dengan panggilan yang menuduh penulis berpihak kepada Ketua Imam dan Bilal-Bilal apabila dilihat bersama-sama mereka melakukan perbincangan.Sebenarnya perkara yang dibincangkan tidak pernah menyentuh tentang pemecatan Imam tersebut.Perkara yang dibincangkan adalah mengenai "Seminar Kemurniaan Aqidah 2008" yang akan diadakan pada 1hb. November 08 di Masjid Wilayah Persekutuan.Maka berlakulah fitnah apabila kita dilihat bersembang dengan orang yang tidak membantah pemecatan tersebut.Tidak ketinggalan juga sahabat penulis yang bertugas sebagai bilal menjadi mangsa tohmahan dan fitnah.Adalah lebih baik bagi pihak yang dipecat mendiamkan diri dan redha dengan apa yang terjadi.Semakin kita menghebahkan cerita begini maka secara tak langsung kita telah mengajak ahli kariah membenci dan menjauhi masjid.Adakah kita mahu Masjid Ar-Rahimah kosong tanpa jemaah dan selepas itu kita gembira kerana ahli kariah tidak ke masjid kerana tidak sehaluan dengan Ketua Imam dan bilal-bilalnya.Sebaiknya kita muhasabah diri di mana silapnya hinggakan kita tidak diperlukan lagi berkhidmat.

3 comments:

jul said...

Saya ingin menyarankan kepada semua, biarlah kita terima sahaja keputusan AJK Masjid dari JAWI. Mereka lebih arif berhubung keputusan tersebut. Mesti ada sesuatu sebab yang betul-betul serius yang kita sendiri tak tahu, kemungkinan kalau diberi tahu alasan sebenar, akan mendatangkan aib kepada orang berkenaan.
Ini merupakan takdir dan ujian Allah kepada HambaNya. Kita kena redha. Ada hikmah disebalik kejadian ini.

Jul

alfikri said...

Penulis mengatakan "adalah lebih baik kita tidak terlalu bergantung kepada Imam.......
Selama ini sapa dia yg. selalu baca doa,baca talqin utk. kita semua?harapkan yg. lain selain dari ayah Hj. Lan tak nampak pun batang hidung ketua Imam.masjid dah lama kosong sebab pentadbiran huru-hara waktu ajk dulu pegang.penulis ni tak tahu kisah sebenar sebab geng ajk dulu dendam kat Lan lepas tu fitnah dia macam2.si zahid kena tukar marahlah geng ni jadi kenakan pulak hj.Lan.lepas ni diaorang nak kenakan ayah dia pulak.jahanam punya orang!!!!!hj lan ada hak nak pertahankan diri dia salah ke?siapa penulis ni saya nak tanya hj. lan sendiri sebab nampak berat sebelah.

jul said...

Saya cuma salah seorang jemaah biasa, yang tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dari kacamata saya En Alfikri menampakkan seorang yang taksub kepada Hj Hoslan.
Apa yang dapat saya simpulkan, Bilal Nazri dan Bilal Rizal mempunyai pendidikan yang tinggi didalam bidang Agama, mereka ini lebih layak, berbanding dengan Hj Lan yang tidak mempunyai pendidikan asas langsung, walaupun Sekolah Al Watan.
Saya percaya Sdr Alfitri pernah melihat bagaimana Hj Lan membaca doa, dan cuba bezakan dgn cara imam/bilal yang lain membaca.

Itu baru salah satu, banyak lagi yang lain-lain sekiranya En Alfikri prihatin ketika berjemaah.

Selamat berjemaah di masjid.

Zakaria