Friday, October 10, 2008

Mufti Perlis Bersuara Lagi.




2 buah buku yang telah diharamkan oleh KDN dan disemak oleh pakar-pakar agama mendapat ulasan dan kritikan dari Dr. Asri, Mufti Perlis.Sememangnya kandungan buku yang diharamkan oleh KDN itu banyak mengelirukan umat Islam apabila membacanya.Adakan bahan ilmiah yang mengelirukan itu harus dikembangkan sebagaimana ulasan Dr.Asri?Nampaknya fahaman wahabi yang cuba dikembangkan dalam buku tersebut telah tersekat kurang disenangi oleh Dr.Asri.

Sebagai umat Islam yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita tidak seharusnya memegang kepada fahaman yang pelik-pelik seperti mana yang selalu difatwakan oleh Dr.Asri.Islam itu satu ajaran yang jelas dan dalam solat, kenapa perlu ditimbulkan perkara-perkara pelik?Yang Dr.Asri kuat sangat nak bantu Sister In Islam tu buat apa?Kita di Malaysia ada Majlis Fatwa yang berkeliber tetapi apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa dan juga JAKIM, hanya Dr.Asri seorang saja yang tak senang hati.Inilah geng-geng wahabi yang selalu keluarkan fahaman yang mengelirukan umat Islam.Ingatkan dah nak bersara Dr.Asri cuba muhasabah diri dan berfahaman seperti Mufti-Mufti yang lain, tapi makin hebat pula dia pertahankan buku-buku wahabi.Susah kalau dah terlebih pandai sampaikan Mufti senior Dato' Harussani yang hebat tu pun dia tak nak ikut.

Buku Makna Sebenar Bida'ah, Satu Penjelasan Rapi yang ditulis oleh al-Syeikh al-Hafiz Abu al-Fadl Abdullah al-Siddiq al-Ghumari, seorang ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah telah diperlekehkan oleh geng-geng wahabi.Buku yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Us.Mahfuz dan disemak oleh Dato' Hj. Mohd Murtadza Hj. Ahmad(Mufti N.Sembilan),Dato' Hj.Md. Hashim Yahya(Bekas Mufti Wilayah/Pensyarah UIAM),Dato' Hj. Saleh Hj. Ahmad(YDP Persatuan Ulama Malaysia/Pensyarah UIAM) dan Dato' Dr. Wan Zahidi Wan Teh(Mufti Wilayah) amat digeruni oleh geng-geng wahabi.Sewaktu seorang sahabat mempamerkan buku tersebut dikaunters bayaran zakat fitrah di masjid, salah seorang geng wahabi telah menuduh Ustaz Mahfuz sebagai sesat dan mengatakan sahabat tersebut telah munafik kerana membaca buku tersebut.Begitu hebat sekali bila geng-geng wahabi melebelkan orang lain.Mereka marah apabila disentuh sedangkan perbuatan mereka mengatakan kita sesat dibolehkan.

Sebagai pengamal fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah, kita tidak pula mengatakan mereka sesat walaupun berbagai fahaman pelik yang dilakukan.Mereka mengatakan wuduk tidak batal apabila bersalaman dengan isteri kerana memetik satu hadis di mana Rasullullah s.a.w terpaksa mengalihkan kaki Syadatina Aishah sewaktu sedang solat.Tak tahukah mereka perumpamaan itu adalah untuk menunjukkan betapa sempit dan kecilnya rumah Rasullullah s.a.w.Bagi geng-geng wahabi, bersentuh dengan isteri tak batal wuduk malah ada seorang Imam yang mana sebelum menghadirkan diri ke masjid terlebih dulu mencium isterinya tanpa berwuduk selepas itu.Selepas solat puak-puak ini akan terus bangun tanpa berwirid dan berdoa.Itu tak apalah, mereka punya pasal tapi mereka akan menegur dan marahkan kita bila berwirid dan berdoa.Bagi golongan ini mengangkat tangan sewaktu berdoa juga bida'ah seolah-olah mereka hidup zaman Rasullullah s.a.w kerana mendakwa perbuatan itu tidak dilakukan oleh Nabi.Maka bercambahlah dan semakin berleluasalah puak-puak ini membida'ahkan umat Islam yang beramal dengan wirid dan doa.Kalau tahlil tak boleh, mengaji untuk simati tak boleh,berzanji dan marhaban tak boleh,baca Yassin malam Jumaat tak boleh, menyambut Maulidur Rasul tak boleh, agaknya apakah yang boleh disisi pembida'ah ini.Tapi bila kita sentuh bab Mufti Perlis ni ada juga penyokongnya yang melenting kat kita.Dr.Asri seorang yang berilmu tapi fahaman yang dibawanya amat bertentangan dengan apa yang kita amalkan.Kalau dia boleh mengatakan guru pondok berfikiran lama apakah kita tak boleh mempertahankannya?Inilah susahnya berdiskusi dengan orang yang terlalu dalam pengajiannya.

3 comments:

Anonymous said...

Merapu betul tulisan ni.

Perlis pun ada Majlis Fatwa juga. Tak cukup berwibawa ke Majlis Fatwa Perlis?

Adakah yang kata tak batal wuduk bila bersentuh kulit lelaki dan perempuan bukan dari Ahli Sunnah wal Jamaah.

JAKIM pun seperti yang dikatakan oleh Zahid Hamidi tak berani nak kata Wahabi tu menyeleweng.

aryna said...

yg saya hairan, bila kata dr.asri wahabi, dia marah dan menafikan sekeras-kerasnya.. tapi, bila ust.zamihan tulis tentang wahabi dan pengharaman buku2 wahabi, dia juga marah dan menentang sekeras-kerasnya...

memang pelik tapi benar lah..
wallahu'alam..

hanifsalleh said...

Perlis punya Majlis Fatwa cuma Dr.Asri yg. keluarkan bukan dari Ijma' Mufti-Mufti yg. lain.Itu sebab kena ada Majlis Fatwa sebab tak nak Asri keluarkan fatwa sesuka hati dia aja.JAKIM tak berani mengatakan wahabi menyeleweng sebab ramai geng-geng wahabi kat JAKIM sendiri.Tak percaya cuba siasat.