Thursday, October 23, 2008

Penamatan Khidmat Imam Ratib Ar-Rahimah.


Pihak AJK Masjid Ar-Rahimah telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat Imam Ratib iaitu Haji Hoslan Bin Hj. Husin.Beliau dikatakan kurang memberi kerjasama dengan pihak pentadbiran dan tidak mematuhi peraturan yang digariskan oleh pihak Jabatan.

Ulasan saya setelah ditanya oleh beberapa pihak termasuk Imam yang ditamatkan perkhidmatannya:
Tiada jawatan yang kekal dalam sesuatu pentadbiran dan ini adalah lumrah dan perkara biasa.Kita pernah mendengar Syeikh Mohammad Al-Mohaisany, Imam Masjid Mekah telah disumbat ke dalam penjara selepas beliau membaca doa qunut mengutuk pihak Amerika dan Israel.Kita juga pernah mendengar seorang timbalan Perdana Menteri dipecat atas beberapa alasan.Jadi perkara begini janganlah kita mengambil terlalu emotional dan mungkin ada hikmahnya perkara ini berlaku.Yang kekal hanyalah Allah swt dan sebagai hambaNya kita harus redha dengan setiap apa yang berlaku.

Perkara begini akan senantiasa berlaku selagi kita bernama manusia.Imam dipecat,Ulama digam,AJK dibubarkan,pemimpin negara dijatuhkan dan macam-macam lagi akan berlaku.Ada kalanya ia adalah di atas kesalahan kita sendiri dan ada kalanya disebabkan fitnah.Bagi yang berakal kita sama-samalah membuka minda kita untuk menilainya.Mungkin kita akan mendapat pengganti yang lebih baik kerana segala-galanya yang berlaku adalah atas kuasa Allah.Ada juga berpendapat "baik dibalas baik dan buruk dibalas buruk".Ada masanya kita mentertawakan orang lain dan ada masanya kita pula ditertawakan.Sebagai Imam ataupun makmum, teruskanlah dengan beribadat kepada Allah dan itulah sebaik-baik pekerjaan yang harus kita lakukan.

5 comments:

hj shaari said...

Sebaiknya, sebagai seorang Imam beliau hendaklah menerima Qada' dan Qadar. Redha akan ujian Tuhan. Kalau kami bolih menerima penamatan khidmat dengan hati terbuka, saya tidak nampak, kenapa beliau terpaksa berjumpa dengan pihak-pihak lain untuk mendapat pertolongan dan sokongan.
Dulu beliau sibuk kehulu-kehilir untuk mendapat tanda-tangan untuk menyingkirkan kami. Tapi, sekarang masih sibuk juga kehulu kehilir untuk mendapatkan tanda-tangan......... Kesian!!!!!!!
Cermin-cerminlah diri tu sekarang! Kalau tak ada cermin, kat rumah saya ada cermin dinding besar!!!!!!Bertaubatlah!!!
Jadikan ini satu pengajaran kepada kita semua.

alfikri said...

hj shaari ni nampak gayanya suka Hj Lan kena pecat.awak tu baik sangat ke?semua orang kat masjid tahu perangai awak lagi teruk masa jadi setiausaha dulu.siapa nak tahu kisah si songkok tinggi ni tanyalah kat abang shawal.dia duduk kat rumah sewa bawah masjid Ar-Rahimah.nama aja haji tapi hati dengki tak sudah2.

alfikri said...

Oh lupa pulak!penulis blog ni asyik ambil comment pak aji songkok tinggi aja,satu geng ke?Tak payahlah geng dgn. dia nanti kena badi dia.sorry saya kurang mengenali anda tapi kenal sangat dgn. pak aji songkok tinggi yg. kena balun dek mejar mat.

hanifsalleh said...

Saudara alfikri tak mengenali saya.mungkin kerana saudara tidak pernah berjemaah di masjid maka kita tidak kenal mengenali.Masjid tempat umat Islam mengeratkan silatulrahim jadi dijemput saudara datang sama2 kita berjemaah.Nama yg. saudara paparkan juga diharap datang berjemaah.Saya berkawan dgn. semua orang tanpa pra-sangka.Jadi tak timbul geng siapa atau menyokong siapa.

hj shaari said...

Terima kasih saya ucapkan kepada Sdr. Alfikri di atas komen tuan.

Saya ingin sekali bertemu dengan tuan agar saya dapat memberi penjelasan supaya tuan tidak terpedaya berterusan.

Tuan hanya mendengar cerita sebelah pihak saja. Dengar penjelasan saya pula, lepas tu, fikirlah secara terbuka.

Sila lah datang kerumah saya bila-bila masa sahaja. Rumah saya sentiasa terbuka.

Dengan segala hormatnya tuan di jemput.