Thursday, November 6, 2008

Amalan Rasuah.

Bersabda Rasullullah s.a.w "Laknat Allah swt ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah"-Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Bersabda Rasullullah s.a.w"Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan dimasukkan ke dalam Neraka"-Hadis Riwayat Ath-Thabrani.
Terlalu banyak peringatan Rasullullah s.a.w tentang ancaman Allah swt kepada pemberi dan penerima rasuah, namun demi kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mengikut kehendak nafsu Syaitan.
Penulis ingin memaparkan satu rakaman yang penulis sendiri lakukan, di mana perlakuan rasuah ini terjadi pada 4/11/2008 di Jalan Kancil,Pudu.Kebetulan ketika itu penulis sedang melihat gelagat manusia dari atas bangunan pejabat selepas menunaikan solat Zuhur.Agak terkejut juga melihatkan gelagat seorang lelaki Cina sedang berurusan dengan seorang pegawai DBKL lantas adengan mereka sempat dirakam.Dalam rakaman tersebut pegawai DBKL tersebut telah mengambil habuan rasuah secara tersembunyi daripada lelaki Cina tersebut.
Pada 4/11/2008 iaitu Hari Selasa, berkumandang di radio tentang persoalan DBKL dan Anda yang dikendalikan oleh sebuah stesyen radio kerajaan.Untuk tujuan pengaduan, penulis dapat menghubungi DJ radio tersebut dan mengadukan hal ini.DJ radio tersebut meminta nombor telephone untuk diberikan kepada pegawai DBKL dan tidak akan mengudarakan aduan tersebut kerana dikatakan kurang manis.Malangnya tiada siapa yang menghubungi penulis dan DJ tersebut juga seolah-olah cuba menyembunyikan perkara mungkar yang berlaku disekeliling kita.Maka tidak hairanlah kita kenapa gejala rasuah ini terus berlaku kerana terlalu ramai yang bersekongkol dengan gejala jijik ini.
Ulasan penulis hanyalah, apakah akibatnya apabila duit rasuah itu dibawa pulang ke rumah untuk dibelikan makanan isteri dan anak-anak.Kesihan kepada isteri dan anak-anak kerana punca duit yang haram itu telah menjadi daging dalam tubuh mereka.Maka tidak hairanlah apabila doa kita tidak dimakbulkan kerana terlalu banyak membesar tubuh dengan duit haram.
video video

1 comment:

aryna said...

Salam...
Tuan, menyentuh tentang amalan rasuah, saya juga ingin berkongsi pengalaman.. tentu tuan perasan saya pernah menyatakan kekesalan saya berhubung hal ini di ruangan komen ust. Z.

bismillahhirrahmaannirrohiim.. moga hal ini tidak menjadi fitnah bila diceritakan, tapi untuk iktibar bersama...

kami sebagai perunding professional menjalankan banyak projek2 kerajaan tentulah termasuk dbkl sendiri..
saya ceritakan beberapa kes:-

1. pegawai kerajaan (maaf saya tak dapat menyebut jbtn beliau.) bersetuju memberi projek dgn syarat beliau diberikan imbuhan yg disebut beliau sebagai "duit broker" dgn % tertentu..
setiap duit bayaran kami terima, maka kami kena bayar % pd dia..

2. projek besar yg kami jalankan di mana tiada wang/hadiah yang diminta tetapi, disebabkan ingin dapat bayaran segera & segala urusan menjalankan projek berjalan dgn mudah, maka majikan berikan wang berupa "hadiah terimakasih" yang sangat besar jumlahnya kepada pegawai2 kerajaan tersebut. maka, mereka sangat ringan tangan dan murah serta mudah kerja2 untuk kami..

3. pegawai yang menawarkan projek besar tanpa syarat tetapi mengatakan bahawa kerana dialah maka kami mendapat projek tersebut.. dan kerana beliau jugalah kami akan mendapat projek baru yang juga besar..dengan ini, dia juga diberikan ganjaran "saguhati" sebagai tanda penghargaan dan terimakasih..

4. seorang bergelar Dato', ahli parlimen yang menjanjikan untuk senaraikan sebagai panel sebuah perbadanan yang sangat besar yang sudah tentu mendapat banyak projek sepanjang tahun.. maka, 2 ratus ribu dikorbankan kepada beliau.

sebenarnya, dahulunya majikan yang bijak tentang agama ini tidak mengamalkan rasuah meskipun sekotak rokok.. namun, setelah datang saudaranya yang "pakar ilmu agama" mengatakan bahawa, wang seperti yang dalam kes 1-4 itu bukan riba.. bukan rasuah, tetapi adalah wang hadiah. Ia adalah halal, hukumnya sunat, tetapi hendaklah diakadkan dengan bersalaman terlebih dahulu barulah mendapat pahala sunat itu..
maka, terjadilah kes 1-4 itu..

natijahnya,

kes 1. kes 2. sejak berlaku hal ini, banyak sangat halangan yg berlaku buat kami menerima bayaran walaupun kerja-kerja telah lama disiapkan..
kes 3. lain2 pegawai juga mencari pasal dengan menyusahkan pihak perunding kerana mereka juga menuntut imbuhan sama.
Kes 4. kami pekerja tidak bergaji 4 bulan lamanya dan tanpa bonus/duit raya.. namun janji dato' hanya tinggal janji..

Sebagai seorang yang diamanahkan menjaga dan mengurus hal ehwal kewangan syarikat, sudah tentu saya menentang hal ini dan pernah berperang besar dengan majikan dan saudaranya yang “pakar ilmu agama” itu.. sehingga saya meminta beliau memberikan surat pemberhentian kerja kepada saya.. bahkan wang yang saya kira untuk membayar zakat kepada pusat zakat juga dikatakan tidak valid , maka tidak pernah kami membayar zakat walaupun untuk beratus ribu setahun.. hal ini juga menimbulkan pergaduhan besar antara saya dan majikan..

Alternative mereka guna sekarang adalah, meminta wang daripada saya untuk tujuan ambilan kegunaan peribadi majikan agar saya tidak dapat membuka mulut

Moga majikan dan sekutunya diberikan hidayah ALLAH… amiin..

Wallahualam..