Friday, November 14, 2008

Kitab Yang Tak Sampai.

Rasul Bin Dahri seorang pendukung Wahabi pekat sering memberi kuliah atau ceramahnya di premis kediaman dan bukannya di masjid-masjid ataupun surau-surau.Dalam kuliahnya beliau membentangkan beberapa hujah yang mengatakan bacaan Yasin,tahlil arwah,mengaji Al-Quran kepada si mati sebagai bida'ah yang sesat.Amalan yang telah lama dilakukan oleh umat Islam di negara ini adalah satu amalan yang sesat mengikut pemahaman Rasul Dahri padahal amalan-amalan ini telah diajar dan disusun dengan baik oleh ulama-ulama muktabar untuk dipraktikkan.Mengikut kata Ustaz Haji Idris Bin Haji Ibrahim, seorang penceramah bebas mengajar ilmu tasawuf,puak-puak ini hanya mempelajari kitab-kitab yang mana apa jua amalan-amalan yang kita lakukan untuk dihadiahkan kepada si mati semuanya tak sampai.Puak-puak ini masih belum jumpa kitab yang amalan umat Islam akan sampai kepada si mati.Oleh itu katanya jika ada puak yang membacakan' kitab tak sampai' ini di masjid-masjid atau surau-surau, cepat-cepatlah bagi dia duit dan suruh dia pulang dan jangan datang lagi.
Seharusnya pihak Ahli Jawatankuasa Masjid dan surau perlu berhati-hati kerana kecenderungan puak-puak wahabi ini cuba menyampaikan fahaman mereka kepada kita semua.Jika puak-puak wahabi ini dibiarkan menyebar fahaman mereka maka adalah amat rugi sekali kerana fadhilat-fadhilat amalan yang telah diperturunkan oleh para ulama-ulama terdahulu akan lenyap begitu sahaja.Kita takut generasi yang akan datang seperti anak-anak kita akan diracun pemikirannya oleh puak-puak wahabi seperti ini. Di negara kita fahaman puak-puak ini telah menular dan merebak dengan agak agresif di Instutusi Pengajian Tinggi dan membida'ahkan segala amalan-amalan yang kita lakukan.Sebelum barah ini menjadi semakin parah adalah lebih baik para ibu-bapa memantau pergerakan anak kita kerana jika pemikiran mereka diracun oleh puak-puak wahabi ini, maka anak-anak kita akan mengatakan kita melakukan perkara yang bida'ah pula.Akibatnya sangat buruk apabila kita mati, maka anak-anak kita tidak akan membenarkan talqin,tahlil dan membaca Al-Quran untuk dihadiahkan kepada kita.Sia-sialah kita mengharapkan pahala yang disedekahkan oleh anak-anak kita nanti.Sama-samalah kita membendung dakyah yang disampaikan oleh puak-puak wahabi ini demi agama Islam yang tercinta.
Di antara sikap puak-puak wahabi yang semakin menular ini ialah:
1) Sering membida'ahkan amalan umat Islam bahkan sampai tahap mengkafirkan.
2) Menganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya walaupun tidak layak.
3) Sering mengambil hukum secara langsung dari Al-Quran dan hadis walaupun tak layak.
4) Sering memperlekehkan ulama pondok dan golongan agama yang lain.
5) Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6) Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz(janggal).
Dalam penulisan yang akan datang saya akan menghuraikan satu persatu fahaman puak-puak wahabi ini seperti bab Solat,Doa,Zikir,Bacaan Al-Quran,Pengurusan Jenazah dan sebagainya.Di bawah ini adalah salah satu bukti fahaman yang dibawa oleh Rasul Bin Dahri. video

3 comments:

sUpEr bUnNy said...

salam...

syeikh, boleh x anta beritahu ana:

1)nas yg menunjukkan nabi saw atau sahabat pernah menyedekahkan PAHALA bacaan al-quran pada si mati.

2)nas yg menunjukkan PAHALA yg disedekahkan oleh org yg hidup sampai kepada si mati.

asal ibadat itu adalah TAWAQQUF (terhenti) kecuali jika ada nas pensyariatannya.

hanifsalleh said...

Salam Tuan yg. bertanya.
Kalau nak dihuraikan terlalu panjang,mungkin dalam posting yg. akan datang.Untuk memudahkan Tuan rujuklah kitab Al-Tabarani (al-Mu'jam al-Kabir),Al-Haithami(Majma'al-Zawa'id),Riwayat Muslim (al-Musafirin)dan(al-Zakah),Al-Baihaqi(al-Sunan al-Kubra) dan banyak lagi.Amalan ini telah dipersepakat oleh para ulama.Selain dari Al-Quran & Al-Sunnah, berpeganglah kepada ijma'ulama.Rasullullah s.a.w membenarkan ibadah haji,puasa dan sedekah untuk simati.Insya'allah ana akan bentangkan dgn. lebih luas lagi pada posting yg. akan datang.

aryna said...

salam...

jika benar apa saja amalan kita buat si mati tidak sampai kepada si mati, apakah yang perlu dibacakan apabila mendapat berita kematian saudara2 kita?
maka, tak gunalah sedekahkan Al-Fatihah dan beri salam bila melalui tanah perkuburan.. kerana bukankah salam itu doa?!

hmm...