Friday, November 28, 2008

Konsert Inul Lagi!!!!!!!!!

Pengarah Urusan IMS iaitu Saudara Nasir Abu Bakar masih cuba untuk kali ke 3 membawa penyanyi kontrovesi Inul Daratista mengadakan konsertnya di Bukit Jalil pada 29/11/08.Namun usahanya gagal kerana pihak DBKL tidak membenarkan konsert tersebut diadakan dan Saudara Nasir gagal mendapatkan permit untuk konsert tersebut.
Saudara Nasir mengatakan beliau tidak memaksa orang ramai untuk hadir ke konsert tersebut tetapi ia diadakan adalah sebagai hidangan untuk warga Indonesia yang berada di Malaysia sebagaimana yang dilakukannya sebelum ini.
Ulasan saya mengenai pembatalan konsert tersebut amatlah wajar sekali kerana dengan beraksinya Inul di pentas maka akan bercambahlah Iblis-Iblis laknatullah bertepuk gembira.
Apakah ini budaya yang ingin kita tonjolkan di waktu umat Islam seluruh dunia berlumba-lumba mendaftarkan diri menyahut panggilan Illahi ke Mekah?Kita tidak hairan jika penganjurnya bukan beragama Islam tetapi mengapakah masih ada umat Islam yang berusaha ke arah kemaksiatan?
Negara kita telah dilambakkan dengan berbagai-bagai rancangan hiburan yang rata-rata melalaikan umat Islam.Rancangan seperti Akedemi Fantasia,Sehati Berdansa,Geng Starz,Konsert Jom Heboh,Malaysian Idol dan macam-macam lagi yang dihadiri majoritinya umat Islam.Apakah masih tidak cukup lagi sehinggakan penganjur yang beragama Islam ini masih mencari jalan untuk membawa Inul berkonsert?
Sebenarnya inilah caranya golongan Yahudi dan Nasrani melemahkan umat Islam iaitu melalui hiburan tak sudah-sudah.Cara yang amat halus dan paling berkesan ini telah lama dimainkan oleh musuh-musuh Islam bagi melalaikan umat Islam mengingati Allah swt.Mereka akan menaja dengan lumayan sekali bagi setiap hiburan yang diadakan tetapi malangnya disebabkan ganjaran dunia yang lumayan telah membuatkan para penganjur hiburan tertutup pintu hatinya.
Saya pernah ditanya oleh beberapa sahabat tentang kurangnya umat Islam berjemaah di Masjid.Jawapan saya ialah kerana Allah telah memekakkan telinga mereka dari mendengar azan hinggakan laungan azan pada penafsiran meraka hanyalah penanda masuknya waktu solat sahaja dan tidak lebih dari itu.
Umat Islam yang tinggal berhampiran dengan Masjid tidak menghiraukan laungan azan tetapi lebih peka kepada hiburan walaupun ia diadakan jauh sehingga terpaksa menaiki kereta menempuh kesesakan jalanraya dan membayar tol.Namun begitu saya meminta sahabat-sahabat yang sama-sama berjemaah di Masjid tidak memandang sinis kepada mereka malah kita doakan semoga Allah akan memberi taufiq dan hidayah kepada mereka semua.
Sebenarnya banyak hiburan alternatif yang berteraskan cara Islam boleh kita tonton.Ini tidak bermakna Islam melarang hiburan tetapi biarlah diterjemahkan dengan konsep Islam seperti lagu-lagu Nasyid yang dinyanyikan oleh beberapa artis kita.Lagu-lagu daripada Akil Hayy,Hijaz,Rabbani,Raihan,Now See Heart,Intim,Saujana dan banyak lagi perlu diberi keutamaan.Namun keghairahan penganjur Islam membawa Inul yang banyak membawa lagu "double meaning"telah mencemarkan anak-anak muda Islam.Semoga penganjur ini diberikan petunjuk oleh Allah yang mana baik dan yang mana buruk dalam melaksanakan sesuatu konsert.

1 comment:

Afif said...

Salam saudara..=)
Sy ada 2 komen utk tajuk ini..
alhamdulillah..wa astaghfirullah..=)
jgn terkejut ok..sy hrp komen sy tidak membuatkan saudara mrh..=)
yg pertama alhamdulillah..sbb penulisan saudara jelas menunjukkan yg saudara sayangkn islam dan tidak mahu islam diperlekehkan..sy juga sependapat dgn saudara..ttp yg kedua sy mengucapkan astaghfirullah..kerana sy terlihat gambar inul itu..boleh tak saudara buangkan gmbr tersebut?bygkn brp ramai yg telah melihat gmbr tsbt hnya dr blog saudara dan saya serta saudara terpaksa menanggung dosanya..sy tau mungkin saudara tidak sedar..=) insyallah,sama2lah kita saling menasihati..salam..