Thursday, December 11, 2008

Selawat Syifa Syirik!!!!!!!!!


Buletin Jabatan Mufti Negeri Perlis Bil 1, April 2007 memberitakan tentang kesalahan dan kesyirikan Selawat Syifa.Kemudian diikuti pula oleh Nawawi Subandi dalam blognya tentang kesyirikan Selawat Syifa.Akibatnya terpaksalah TG Professor Dato' Haron Din menjelaskan tentang pengertian Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiyah yang digunapakai dalam perubatan Islam.Umum mengetahui bahawa Nawawi Subandi adalah orang yang senantiasa bersama Rasul Dahri menyampaikan fahamannya untuk memecah-belahkan umat Islam.Nampaknya puak-puak Wahabi yang menamakan diri mereka sebagai golongan Salaf semakin galak meletakkan hukum bida'ah dan syirik kepada umat Islam.Antara tudahan lain yang dilemparkan oleh golongan yang dinamakan golongan Salaf ini adalah:

1)Menganggap lafaz usolli sebagai bida'ah.
2)Menganggap bacaan qunut Subuh sebagai bida'ah.
3)Tahlil / talqin/kenduri arwah sebagai bida'ah.
4)Penambahan bacaan "wa bihamdihi" pada ruku' dan sujud sebagai bida'ah.
5)Menyapu muka selepas salam bida'ah.
6)Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Juma'at.
7)Menganggap lafaz sayyidina (taswid) dalam solat bida'ah.
8)Tidak ada qadha' dalam solat yang sengaja ditinggalkan.
9)Boleh jamak dan qasar walaupun kurang dari 2 marhalah.
10) Membaca Yassin malam Juma'at bida'ah.
11)Barzanji dan Marhaban bida'ah.
12)Membaca Al-Quran di kubur haram.
13)Membaca Selawat Syifa dan Tafrijiyah syirik.
14)Bacaan Yassin malam Nisfu Sya'aban bida'ah yang haram.
15)Azan Juma'at sekali sahaja dan yang kedua ditolak.
16)Penggunaan tasbih sebagai bida'ah.
17)Solat Tarawikh hanya 8 raka'at sahaja.
18)Mengangkat tangan sewaktu berdoa bida'ah.
19)Menyamakan Sambutan Maulidur Rasul dengan Sambutan Nasrani / Kristian.
20)Menolak sifat 20 Allah.
21)Menganggap ziarah makam Rasullullah s.a.w dan para sahabat sebagai bida'ah.
22)Menganggap kubur bersebelahan masjid sebagai bida'ah yang haram.
23)Menolak zikir isim mufrad, Allah,Allah.
24)Mengatakan bacaan "Sodaqallahul-'azim' selepas bacaan Al-Quran sebagai bida'ah.
25)Meletakkan tempat bagi Allah dengan memahami ayat Mutashabihat secara zahir.

Ada banyak lagi kecelaruan puak-puak ini berfahaman dan jika hanya perkara-perkara furu' tidaklah terlalu berat tetapi apabila berakidah Allah di langit maka ini yang perlu ditentang dengan sungguh-sungguh.Tuduhan yang dilemparkan oleh puak-puak ini amat berat kerana ia melibatkan majoriti umat Islam di seluruh dunia.

3 comments:

almukminun said...

Assalammualaikum
Salam ziarah Tuan.
Muga terus-terusan di dalam rahmat dan kasihnya ALLAH SWT kepada Tuan.
Muga terus usaha membungkam akidah tajsim dan tasybih...
ALLAHU ALLAH

leftfoot said...

Sebenarnya sebahagian claim di atas tu pon dilarang dalam kitab imam syafie, (tahlil kenduri arwah) ramai orang yang claim bermazhab syafie tapi sebenarnya mereka hanya bermazhab tok nenek mereka. Dan kebanyakan claim di atas tidak benar pon. Klu nak tau, nak ambil kira Hadith sahih, mmg kebanyakan perkara yang kita buat dalam ibadat ni byk tidak ada. Ikutlah Alquran dan Hadith2 sahih. Jgn ikut tanpa dalil

Affan Ruslan said...

@leftfoot.

Apa mksud anda tidak ada dalil.
adalah berat tuduhan terhadap ulama tidak ada dalil. sbhgn besar yg disenaraikan ada khilaf, jgn bljrlah adab dlm perkara khilafiyyah.