Thursday, January 29, 2009

Wahabi Kuala Pilah Perlu Dibendung.





Pergerakan Wahabi sebenarnya sudah lama bertapak di negara ini dan semakin merebak bagai virus yang merbahaya.Berbagai-bagai nama yang digunakan oleh kumpulan ini demi untuk mengaburi mata umat Islam agar mengikut fahaman mereka.Nama seperti Ittiba' Assunah yang sudah lama bertapak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan seharusnya tidak dipandang ringan oleh pihak berwajib.
Dalam risalahnya mereka meletakkan tempat bagi Allah dan mengatakan bahawa sesiapa yang mengatakan Allah itu tidak bertempat akan menjadi golongan musyrik.Kenyataan mereka sebenarnya telah menyamakan Allah dengan makhluknya sedangkan Allah itu bersalahan dengan makhluknya.Mereka juga mendakwa Allah itu tidak wujud jika tidak bertempat.
Fahaman aqidah yang merbahaya ini telah cuba disebarkan kepada anak-anak kita dan ini harus dipandang serius oleh pihak berwajib Negeri Sembilan.Ayuh, sahabat-sahabat yang memperjuangkan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar, harus menentang kenyataan risalah puak Wahabi Kuala Pilah ini.

Sunday, January 25, 2009

Serban, Jubah Dan Janggut.

Gambar Hiasan Sahaja.

Pemakaian jubah, berserban dan menyimpan janggut adalah mengikut sunnah Rasullullah s.a.w kerana ia adalah pakaian yang digunakan oleh Rasullullah s.a.w.Namun begitu ia bukanlah menjadi satu pemakaian yang wajib sepanjang hari maka tidak pula berdosa bagi mereka yang tidak memakainya.Jika ia dipakai dengan niat ingin mencontohi pemakaian Rasullullah s.a.w dan bukan untuk kelihatan seperti seorang yang 'alim maka pahala mengikut sunnah itu akan dikira sebagai menghidupkan sunnah Rasullullah s.a.w.
Yang menjadi persoalan dan agak menyedihkan, kerana persepsi masyarakat kita memandang seseorang yang berpakaian sedemikian sebagai seorang yang 'alim,warak dan hebat walaupun sipemakainya bukanlah dari kalangan yang hebat keilmuannya.Inilah yang terjadi kepada pemahaman masyarakat kita kerana beranggapan seseorang yang berjubah, berserban dan berjanggut itu adalah orang yang tinggi ketakwaannya dan ilmunya.Nilai sebenar takwa itu bukanlah terletak pada jubah, serban atau janggut.Malah ada di antara mereka yang hanya berseluar, berbaju Melayu dan bersongkok hitam lebih tinggi keilmuannya dan pemahamannya tentang amalan-amalan dalam agama.
Ini pernah terjadi kepada diri penulis sendiri di mana penulis pergi mengejakan solat Subuh di salah sebuah masjid di Ampang, Selangor. (nama masjid dirahsiakan).Memang menjadi kelaziman penulis memakai jubah dan membawa serban sewaktu solat Subuh.Jubah tersebut adalah hadiah daripada kenalan yang pulang dari mengerjakan haji dan serban tersebut pula adalah peninggalan arwah ayah penulis.Untuk memenafaatkan pemberian seseorang maka penulis pun memakainya kerana ia akan memberi pahala kepada kenalan yang menghadiahkannya.Tambahan pula waktu itu ialah hari Juma'at, penghulu segala hari.Malangnya Imam yang bertugas pada waktu itu tidak hadir mungkin atas sebab-sebab tertentu maka bilal dan seorang lagi jemaah meminta penulis mengimami solat Subuh Juma'at pada hari itu.Alhamdullillah, atas kuasa Allah jua penulis dapat melakukannya kerana pada hari itu sebagaimana lazimnya, Surah As-Sajadah dan Al-Insan sememangnya menjadi amalan setiap Imam pada waktu Subuh, Juma'at.
Sebenarnya, penulis bukanlah seorang Imam ataupun yang tinggi ilmunya.Penulis hanyalah seorang yang pernah mengaji di pondok-pondok sahaja tetapi disebabkan sudah menjadi kelaziman membaca Surah As-Sajadah dan Al-Insan maka permintaan tersebut kita tunaikan.Yang ingin dipersoalkan ialah disebabkan pemakaian jubah dan membawa serban, maka persepsi masyarakat memandangnya sebagai seorang yang hebat.Dengan itu janganlah kita hanya memandang seseorang dari luaran sahaja sedangkan pada masa yang sama, kita menganggap mereka-mereka yang berseluar panjang, berbaju Melayu dan bersongkok hitam bukanlah di kalangan yang berilmu.Sebaiknya kita harus menukar persepsi kita dalam menilai seseorang dan tidak semestinya bila berjubah, berserban dan berjanggut panjang itu hebat dan berilmu.Inilah pengajaran yang perlu kita renungi bersama agar tidak cepat mengukur keupayaan seseorang melalui pemakaian sahaja.

Saturday, January 24, 2009

Jangan Politikkan Nama "Allah".


The Word 'Allah' is not a monopoly of UMNO

Arabic speakers of all Abrahamic faith, including Christians and Jews use the word "Allah" to mean God. Abrahamic faith denotes any or all the religions including Islam, Christianity and Judaism that revere Abraham, the Biblical patriarch.

The Christian Arabs of today have no other word for God than Allah. Even today's Christians' Arabic bibles use the word Allah for God and in the Middle East, Christians sometimes name their children "Abdallah".

According to Wikipedia, the Arabic-descended Maltese language of Malta, whose population is almost entirely Roman Catholic, uses Allah for God. The only difference is that they spell it Alla.

That is not all. The Arab Jews in Medina used the word Allah for God in their holy scriptures.

Therefore, since when did the word Allah become the monopoly of ruling UMNO and the Muslim world? Instead of prohibiting Catholic weekly "Herald" from using the word Allah, Home Minister Syed Hamid Albar should learn to google for facts and information.

Issuing subtle threats to ban the weekly altogether would not go down well in multi-religious Malaysia. Neither would Syed Hamid's snappy remarks about being tolerant towards other religions in the country as he makes it out to mean non-Muslims should be grateful to be allowed to practice their respective faiths.

The senior cabinet minister must also refrain from making an issue out of a non-issue especially since Herald's editor Father Lawrence Andrew has clearly said that the word Allah has been used as a translation for God, for centuries in Malaysia.

It was not meant to hurt the sensitivities of Muslims.

But it is clear that Syed Hamid is using this dispute to score brownie points with the Malays, who have shunned the ruling government. This was evident at last year's general election which saw the ruling coalition's worst ever performance and at the weekend by-election in Kuala Terengganu which was won by PAS.

Further attempts to manipulate the issue for political gains would, inevitably, create a backlash from the public and especially the Malay community who are fed-up with populist measures undertaken by the government and UMNO.

Charles Santiago
Member of Parliament, Klang

Ulasan: Sememangnya pihak berwajib di negara ini harus menidakkan penggunaan nama "Allah" daripada digunakan oleh penganut ugama lain dari Islam.Perkara ini tidak pernah timbul waktu dulu tetapi keghairahan golongan Kristian untuk menggunakannya dilihat mempunyai agendanya tersendiri.

Apakah agenda yang tersembunyi yang mahu dipertontonkan oleh golongan Kristian ini?Sedangkan mereka terang-terangan menganggap Nabi Isa a.s sebagai Tuhan tetapi kini beralih pula untuk menggunakan nama "Allah".Apabila pihak berwajib melarang mereka, maka mereka menggunakan pendekatan politik untuk menuntut agar dibenarkan nama "Allah" digunakan.Jika penggunaan nama "Allah" itu dibenarkan maka akan timbul kekeliruan, maka mudahlah fahaman dan ajaran Kristian itu diperluaskan kepada remaja-remaja ataupun mereka-mereka yang jahil tentang agama.

Sesungguhnya nama "Allah" itu amat besar pengertiannya dan ia bukanlah sekadar nama sahaja.Di dalam Al-Quran telah diperjelaskan tentang kebesaran,kekuasaan,sifat-sifat dan macam-macam lagi tentang Allah swt.Apakah mereka boleh menerima apa yang telah dirakamkan oleh Allah di dalam kitab suci Al-Quran?Seandainya nama "Allah" itu dibenarkan penggunaannya oleh musuh Islam maka akan berlaku satu pendustaan terhadap firman-firman Allah.Di dalam kitab Bible Kristian, segala-galanya adalah ditulis sebagai "according to John, according to Matthew, according to Mark dan berbagai-bagai lagi.Sedangkan segala yang terkandung di dalam Al-Quran adalah jelas daripada Allah swt dan Rasullullah s.a.w hanyalah menyampaikannya setiap apa yang telah diwahyukan kepadanya.

Penyekatan penggunaan nama "Allah" itu bukanlah keputusan ahli politik yang memerintah.Setiap umat Islam yang ada di negara ini seharusnya bangkit untuk mempertahankannya kerana kesucian kalimah Allah itu tidak boleh sewenang-wenangnya dipermainkan sebagai bahan politik.Apakah parti pembangkang yang seringkali mengutarakan untuk melaksanakan hukum Allah sanggup membenarkan musuh Islam menggunakan nama "Allah" demi untuk mengaburi mata umat Islam yang lain?Di sini tidak ada kompromi kerana nama "Allah" itu selayaknya diucapkan oleh mereka-mereka yang beriman kepadaNya.

Monday, January 19, 2009

Bukti Kebesaran Allah-Hajar Aswad.


Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet
Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika
Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa
dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : "Planet Bumi ternyata
menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?."

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam
radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya
21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalan
tersembunyi di balik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut
berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan
adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini
terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut
masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini
memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di planet Bumi
dengan Ka'bah di alam akhirat.


Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area
yang bernama 'Zero Magnetism Area', artinya adalah apabila kita
mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak
akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara
kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih
lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan
gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka
seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan
ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu
tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di
negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka'Bah) dan
pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan
berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu
diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa
anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)


sumber email daripada Saudara Haji Hisham Bin Dato' Haji Zainal.

Thursday, January 15, 2009

Wahabiy Somalia Mengganas.

Wahabiy Somalia telah mengganas dengan menghancurkan kubur-kubur umat Islam yang didakwa oleh mereka sebagai bida'ah yang sesat.Sikap melampau puak Wahabiy ini sebenarnya adalah ulangan daripada peristiwa di mana pada akhir bulan Zulkaedah 1220 Hijrah, pelampau Wahabiy telah berjaya menakluki Mekah dan Madinah dan menghancurkan qubah-qubah perkuburan baqe' Ahli Bait, isteri-isteri nabi dan anak-anak nabi.Apakah ianya akan terjadi juga di negara kita suatu hari nanti sekiranya perkembangan fahaman Wahabiy dewasa ini yang semakin ekstrim tidak dibendung dari sekarang?Apakah kita masih mahu membisu dengan perkembangan Wahabiy di negara ini tanpa kita sama-sama berjuang menentangnya?Sudah ada tanda bahawa fahaman Wahabiy di negara kita ini semakin menular.Apabila seseorang yang berfahaman Wahabiy diberi kebebasan bersuara dan diletakkan sebagai Mufti maka negara kita semakin terancam.Pihak berwajib juga harus peka dengan perkembangan ini kerana beberapa jawatan telah diberikan kepada mereka dalam jabatan keagamaan.Seharusnya mereka-mereka yang berpendidikan dari Mekah dan Madinah sekarang ini seharusnya diselidiki kerana unsur-unsur Wahabiy yang dipelajari dari sana telah cuba diterapkan di negara kita.Mereka menggelar diri mereka sebagai Al-Salafi sedangkan fahaman mereka ialah Wahabiy.

Kutukan Syiah Terhadap Sahabat.

Sahabat Rasullullah s.a.w iaitu Syaidina Abu Bakar,Syaidina Omar,Syaidina Usman dan juga isteri Rasullullah s.a.w Syadatina Aishah telah dijanjikan syurga oleh Allah swt.Namun begitu sikap ahli Syiah yang terlalu taksub dengan fahaman mereka sanggup mengutuk para sahabat Rasullullah s.a.w sewaktu berdoa.Semua Ahli Sunnah Wal Jamaah mengiktiraf ke empat-empat khalifah yang telah dijanjikan syurga oleh Allah swt.Sikap melampau golongan Syiah ini telah mendurhakai pesanan Rasullullah s.a.w agar mengikut para sahabat Baginda setelah kewafatannya.Apakah kita boleh berdiam dengan sikap melampau golongan Syiah ini?Amatlah merunsingkan kerana pengaruh Syiah ini telah cuba pula dikembangkan di negara kita.Pihak berwajib perlu memantau golongan yang cuba mengembangkan pengaruh Syiah sebelum terlambat.Adalah dipercayai golongan ini yang datang sebagai peniaga dari Timur Tengah telah cuba mempengaruhi beberapa umat Islam dengan fahaman mereka.

Wednesday, January 14, 2009

Hukum Allah Dipermain-mainkan.

DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh ketika menyatakan perkara itu karpal singhmengulangi pendirian bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar DAP dan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

"Sewajarnya PAS mengambil kira pandangan DAP sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat dan menghormati pendirian kami," katanya kepada pemberita di luar perkarangan Istana Negara di sini hari ini, lapor Bernama.

Artikel yang dipetik dari Malaysiakini amat jelas apabila hukum Allah dijadikan satu taruhan dan ugutan oleh musuh Islam.Jika DAP mengatakan bahawa hukum hudud dan qisas bukan dasarnya, nyatalah mereka telah secara terang-terangan menolak hukum dari Al-Quran.Apakah parti yang selama ini yang mencanangkan satu kerajaan Islam harus tunduk kepada ugutan Karpal Singh?Atau parti yang kononnya memperjuangkan Islam masih lagi berkompromi dengan mereka-mereka yang terang-terangan menolak hukum Allah?
Ternyata apabila permainan politik memperalatkan Islam, akan terus hanyut seandainya Islam itu tidak dimartabatkan sebagai satu perundangan yang mulia.Inilah akibatnya jika kepentingan duniawi didahulukan maka berlakulah di mana hukum-hukum Allah sanggup dijadikan alat bagi kepentingan parti.Seharusnya semua pihak yang beragama Islam baik dari parti kerajaan ataupun pembangkang harus memandang berat tentang penentangan Karpal Singh terhadap hukum Allah.Adalah lebih baik hukum hudud dan qisas ini tidak dijadikan bahan dalam politik tetapi dikaji dan difahami secara ilmiah cara pelaksanaannya.Bagi parti kerajaan yang diterajui oleh orang Islam dan parti pembangkang yang dipimpin oleh orang Islam seharusnya menggunakan instrumen yang boleh menggariskan cara pelaksanaan hukum Islam itu sendiri.Negara ini mempunyai Majlis Agama, Mufti-Mufti, Mahkamah Syariah, Majlis Fatwa dan sebagainya yang lebih layak untuk menentukan arah tuju hukum Islam dalam pentadbiran masa kini.Perlukah kita menghormati pendirian seseorang yang menolak hukum dari Al-Quran?Tepuk dada dan tanyalah Iman.

Tuesday, January 13, 2009

Perlaksanaan Hukum Yang Terpuji.

KUANTAN 12 Jan. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan sebatan enam kali mengikut syariah ke atas seorang lelaki dan seorang wanita yang mengaku bersalah meminum arak.

Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh, Mohd. Nasir Mohamad @ Sulaiman, 38, dan Noorazah Baharuddin, 22, mengaku melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama Islam itu.

Mohd. Nasir dituduh meminum arak jenama Tiger Beer di Fun Pub, Holliday Villa, Cherating, pada kira-kira pukul 11.37 malam, 11 Julai 2008. Dia telah berkeluarga dan mempunyai empat orang anak, bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan di Kemaman, Terengganu.

Sementara Noorazah yang bekerja sebagai seorang pelayan di sini, dituduh meminum arak jenama Heineken di Black Forest Pub, Jalan Gambut dekat sini kira-kira jam 1.20 pagi pada 12 Julai 2008.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.

Enakmen tersebut turut memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Pelaksanaan hukuman sebat dibuat mengikut Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Rahman berkata, sungguhpun kedua-dua tertuduh tidak dikenakan hukuman penjara, namun jumlah denda yang tinggi dan sebatan yang dikenakan diharap dapat menginsafkan mereka mengenai kesalahan yang dilakukan.

Mengenai hukuman sebat pula, Hakim Abdul Rahman berkata, ia bertujuan bukan untuk menyeksa, tetapi hendak memberi pengajaran dan perasaan malu kepada diri tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Pahang, Saiful Idham Sahimi. (petikan dari Utusan Malaysia)

Ulasan: Seandainya hukuman sedemikian dilaksanakan di beberapa negeri lain, alangkah bagusnya.Lihat saja di Kuala Lumpur seperti beberapa tempat di Bukit Bintang,Bangsar dan lain-lain, berapa ramai umat Islam hanyut dengan pengaruh meneguk air syaitan ini.Tanpa segan silu umat Islam secara terbuka meminum arak di pusat-pusat hiburan dengan diapit oleh perempuan-perempuan GRO yang juga beragama Islam.Apakah perlaksanaan undang-undang seperti yang dilaksanakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan tidak boleh di laksanakan di negeri-negeri lain?Ini adalah tuntutan agama yang wajib dipatuhi oleh semua yang beragama Islam tanpa persoalan.

Sunday, January 11, 2009

Tokoh Maal Hijrah USM 1430 Mengarut......

Ini adalah petikan kata-kata Dr.Asri dalam blognya yang menempelak Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Saya terharu ketika berjumpa dengan sekumpulan wanita British yang tidak beragama Islam, mengikat serban Palestin di tengkok mereka dan memberitahu kami mereka akan mengambil cuti seminggu untuk menyertai bantahan terhadap Israel. Mereka mengedarkan risalah tentang kekejaman Israel.

Malanglah, jika yang mereka yang seperti ini membantah Israel, tetapi golongan yang diberikan amanah menjaga agama tenggelam dalam keempukan takhta dan membisu seribu bahasa. Di mana pula Majlis Fatwa Kebangsaan ketika ini? Tidak adakah fatwa tentang apakah kewajiban umat Islam dalam isu Palestin? Setelah berletihan dengan isu yoga dan pengkid, tidakkah mahu difikirkan isu Palestin pula?"

Petikan lain dari Asri memperlekehkan golongan agama atau tokoh agama.

"Masalah paling besar dalam kalangan sesetengah yang memakai gelaran ‘agamawan’ atau tokoh agama adalah apabila mereka tidak memiliki manhaj atau method yang betul dalam memahami sesuatu fakta yang dikaitkan dengan Islam ini.

Lalu, atas kurang teliti, atau ‘kurang fikir’ atau ‘memang tak fikir’ mereka menelan semua perkara yang dikaitkan dengan agama samada hasil percakapan orang atau bahan bacaan. Dari situlah lahirnya khurafat, karut marut, tokok tambah, kekartunan pemikiran yang diberikan lebel agama."

Melihat kepada tulisan Dr.Asri yang semakin melampau dalam memperlekehkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan tokoh agamawan yang lain, pihak majlis agama seharusnya menasihati USM kerana menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah USM kepada beliau.Sepatutnya Asri menempelak ulama-ulama ikutannya di Arab Saudi kerana tidak mengajak Arab Saudi berjihad bagi menentukan keselamatan penduduk Palestine.Malangnya ulama-ulama Wahabi yang berada di sana tidak pula bersuara kerana ternyata sering bersekongkol dengan pihak Amerika dan Yahudi.

Asri sering membidaahkan amalan umat Islam dengan menyatakan kekarutan Selawat Syifa',berzanji dan marhaban,tahlil tetapi sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa boleh menjawab salam orang kafir,boleh memberikan daging korban dan aqiqah kepada orang kafir.Siapakah sebenarnya pembela orang kafir ini?Orang kafir dimuliakan tetapi orang Islam yang melakukan amalan-amalan sunat dikatakan bidaah dan masuk neraka.Apakah orang seperti ini nak kita anugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah?Amat berbeza sekali dengan anugerah yang telah diberikan kepada Dato' Seri SS Harussani yang secara jelas telah banyak berjasa dalam menegakkan syiar Islam di negara kita.Kasihan kepada warga USM kerana mendapat tokoh seumpama Asri.


Friday, January 9, 2009

Protes Kekejaman Yahudi.





Tidak kira siapa kita samada berlainan ideologi politik, sama-samalah kita bersatu memprotes kekejaman Israel yang dibantu Amerika menginaya umat Islam di Palestine.Di bawah disenaraikan beberapa produk yang perlu diboikot demi menghalang perkembangan ekonomi Yahudi dan Amerika.
1) Coca cola.
2) Huggies.
3) River Island.
4) Mc Donald.
5) Kentucky Fried Chicken.
6) Clinique.
7) Disney.
8) Donna Karan.
9) Starbucks.
10) GAP.
11) Garnier.
12) Perrier.
13) Kotex.
14) Sanex.
15) Jo Malone.
16) Lancome.
17) Libbys.
18) Tchibo.
19) Loreal.
20) Marks & Spencer.
21) Kleenex.
22) Maybelline.
23) Nestle.
24) Vittel.
25) Revlon.
26) Wonderba.

Elakkan daripada menggunakan produk-produk yang membantu kepada kepesatan ekonomi Yahudi.

Wednesday, January 7, 2009

Stop Buying This Product.

To All Muslim.....Stop supporting all this product!!!!!!!!!!

1. Dunia ternampak mengutuk Israel kerana serangan tidak berperikemanusiaannya ke atas Gaza. Tetapi seperti biasa dunia tidak membuat apa-apa. Kenapa tidak? Kerana Amerika Syarikat berada di belakang Israel.

2. Dunia seharusnya juga mengutuk Amerika Syarikat. Pesawat pejuang dan bom yang digunakan adalah buatan Amerika. Jika ada kehilangan senjata, Amerika akan menggantikannya. Dan Amerika juga akan membiayai Israel bagi meneruskan keganasannya.

3. Selagi Amerika menyokong Israel kita akan lihat kebiadaban Israel membelakangkan pendapat dunia dan mereka akan terus membunuh orang Arab Palestin dan menghancurkan penempatan dan bandar mereka.

4. Apabila saya katakan yang Israel menguasai dunia secara proksi, media dan Kerajaan Amerika mengutuk saya. Tetapi hakikatnya ialah hanya calon yang direstui Israel sahaja yang boleh menang pilihanraya di Amerika. Tunggu sahajalah pendirian Presiden baru Amerika.

5. Sementara itu kita harus sedar secara kecil-kecilan kita juga bantu Israel. Buah pisang kaki (persimmon) dari Israel ada dijual di pasaraya Kuala Lumpur.

6. Singapura adalah saluran bagi Israel menembusi pasaran Malaysia.

sumber dari Tun Dr. Mahathir Blog.

Tuesday, January 6, 2009

Perlukah Kita Berdiam Diri!!!!!!!!!!!




Setiap hari dipaparkan kekejaman Israel terhadap umat Islam di Palestine.Bagimana rasanya jika kita berada di sana dan diganyang tanpa belas kasihan oleh Yahudi?Bagaimana perasaan kita jika gambar kanak-kanak yang dipaparkan adalah anak-anak kita?Tidak terdetikkah di dalam hati kita rasa marah,geram dan insaf dengan apa yang dilakukan oleh puak Yahudi kepada umat Islam di Palestine?
Ayuh kita bangkit menentang kekejaman Zionis ini dengan menggunakan kekuatan yang kita ada.Semua tahu bahawa kekejaman Israel ini ialah kerana direstui oleh Amerika dan sekutu-sekutunya yang pernah juga mengganyang rakyat Iraq suatu masa dahulu.Kini kiblat umat Islam yang pertama menjadi tawanan dan kita masih lagi berhibur tanpa sempadan.Apakah kekuatan yang kita ada?
Hanya satu kekuatan yang boleh melemahkan mereka-mereka ini iaitu bersatu-padu dalam memboikot segala bentuk hiburan yang ditaja untuk melemahkan pemikiran umat Islam.Sebenarnya kita juga adalah penyumbang kepada dana Amerika apabila kita secara terang-terangan membantu menguatkan ekonomi mereka.Jadi dengan memboikot segala barangan mereka, kita masih mampu melemahkan kekuatan ekonomi mereka.Mungkin ada yang berkata ia payah dilakukan tetapi apakah kita pernah mencubanya?Janganlah hanya di mulut mengatakan kasihan dan marah tetapi kita sebenarnya tidak berani bertindak kerana masih menggunakan produk-produk Amerika dan sekutunya untuk kemegahan diri.Apakah kita tidak boleh hidup tanpa menggunakan produk-produk mereka?Carilah alternatif lain untuk kita gunakan sebagai keperluan kehidupan seharian dan kita mampu untuk mengubahnya.
Umat Islam juga digesa agar mempertingkatkan doa agar Allah swt akan menurunkan balaNya ke atas negara-negara yang menyokong tindakan Yahudi ini.Doa adalah satu-satunya senjata umat Islam tetapi malangnya ketika seorang Imam Mekah iaitu Syeikh Muhammad Al-Mohaisani berdoa ketika qunut solat sunat Tarawikh pada 1422H, meminta Allah menghancurkan Yahudi dan Amerika, beliau telah ditangkap oleh pemerintah Arab Saudi yang rata-rata adalah dari golongan Wahabiy yang senantiasa berdamping rapat dengan pihak Amerika.Di mana lagi kekuatan umat Islam jika bumi Mekah dan Madinah telah diperintah oleh golongan Wahabiy yang bersekongkol dengan Amerika dan sekutunya?Inilah sebenarnya telah melemahkan umat Islam itu sendiri dan tidak hairanlah jika pemerintah Arab Saudi senantiasa tunduk dengan kemahuan pihak Amerika.Saksikanlah paparan di bawah.

Sunday, January 4, 2009

Tidak Bermahzab Lebih Bahaya Dari Tidak Berparti.

Akhir-akhir ini telah muncul golongan yang menolak untuk tidak bermahzab dengan mana-mana Imam yang 4 kerana terlalu taksub dengan gelaran Salafi.Mereka mendakwa hanya ingin mengikut sebagaimana zaman Rasullullah s.a.w dan para sahabat kerana di zaman tersebut tiada mahzab yang diikuti.Maka timbullah dengan berbagai tindakan golongan ini dengan membida'ahkan amalan-amalan umat Islam yang tidak pernah dilakukan di zaman Rasullullah s.a.w.Mereka mempertikaikan ajaran sifat 20,amalan bacaan Yassin pada malam Juma'at,amalan bertahlil,amalan bertalqin,amalan berzanji, marhaban,sambutan Maulidur Rasul dan macam-macam lagi dengan mendakwa segala amalan ini tidak pernah terdapat di zaman Rasullullah s.a.w.Maka segala amalan-amalan ini dihukum bida'ah yang sesat walaupun ia adalah amalan yang diajar oleh para ulama-ulama Muktabar pada masa dulu.
Lain pula jadinya dengan fenomena hari ini di mana ada golongan-golongan yang lebih taksub kepada kepimpinan parti politik dalam menentukan arah tuju kepimpinan negara.Ada parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam,ada parti yang lebih cenderung kepada keduniaan dan Islam hanya sebagai satu landasan,ada parti yang memperjuangkan keadilan sejagat dan ada parti yang secara terang-terangan menentang Islam walaupun tidak dizahirkan secara terbuka.Fenomena inilah yang sedang melanda negara kita kerana Islam hanyalah sebagai penampal untuk dijadikan sesebuah parti diterima pakai.Maka lahirlah sebuah parti Islam yang memperjuangkan Islam pada asalnya tetapi akhirnya mengenepikan prinsip asalnya untuk berjaya.Dengan itu mereka sanggup bersekongkol dengan golongan kafir agar perjuangan mereka diterima.
Apabila ini terjadi, maka golongan kafir semakin berani menentang hukum Allah secara terang-terangan dan parti yang kononnya Islam pada asalnya terpaksa akur dengan kehendak golongan kafir ini.
Bagi parti yang secara terang-terangan yang bukan dari umat Islam pula menjadikan pemerintah Islam seperti Khalifah Umar Abd Aziz sebagai ikutannya untuk memerintah.Apakah ini caranya golongan ini mengaburi mata rakyat agar partinya diterima?Begitu juga dengan parti yang diterajui oleh orang Islam, tetapi membiarkan segala jenis kemaksiatan berleluasa tanpa apa-apa tindakan.Apakah kesemua parti yang ada di negara kita ini boleh kita jadikan wadah untuk menegakkan syiar Islam?Kesimpulannya tiada satu pun yang boleh diikuti kerana Islam itu dijadikan satu iklan sahaja untuk menarik umat Islam menyertainya.Oleh itu tidak berparti bukanlah sesuatu yang haram dan berdosa tetapi jika tidak bermahzab, maka umat Islam akan terumbang ambing dalam menentukan kehidupan sebagai seorang Muslim yang sejati.
Ulama-ulama Muktabar terdahulu telah menggali segala isi kandungan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan amalan umat Islam masa kini.Mereka-mereka ini diibaratkan sebagai seorang penyelam mutiara yang bersusah-payah menaikkan mutiara tersebut dari dasar laut tetapi diperlekehkan oleh golongan-golongan yang mendakwa sebagai hanya mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w.

Friday, January 2, 2009

Dari Mimbar Jumaat Masjid Nurul Hidayah.

Tanggal 5 Muharam 1430 Hijrah bersamaan dengan 2hb. January 2009, mimbar Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan digegarkan oleh khutbah yang amat bermutu dan bernilai yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Raihan Bin Abd. Aziz daripada Bank Islam Malaysia.Ustaz Raihan yang dikenali dengan kelantangannya memulakan bicara pada sesi tazkirah Juma'at yang menyentuh bab hidayah.Beliau membahagikan hidayah itu kepada 3 bahagian iaitu hidayah semulajadi,hidayah akal dan hidayah daripada Al-Quran.Dengan huraian yang cukup teliti beliau bertazkirah serta menempelak mereka-mereka yang suka mengatakan bahawa dirinya belum sampai seru untuk mengikut ajaran Islam sepenuhnya.
Selepas azan kedua dilaungkan oleh Ustaz Anas, maka tugas Ustaz Raihan pula menyampaikan khutbah Juma'at di atas mimbar.
Kandungan khutbah yang dibaca oleh Ustaz Raihan ialah berkenaan hukum Allah yang termaktub di dalam Al-Quran iaitu hukum hudud yang hangat diperkatakan.Penjelasan yang cukup rapi daripada beliau kerana ada pihak yang tidak faham dengan hukuman hudud lantas mempersoalkannya malah ada yang berani menentang.Sesungguhnya hukuman yang dicipta oleh manusia di dunia ini tidak dapat mengekang jenayah yang semakin berleluasa dewasa ini.Beliau juga menempelak sikap beberapa wartawan akhbar dan televisyen yang menerima pakai pandangan beberapa pihak dari bukan Islam tentang hukuman hudud.
Dengan nada yang tegas Ustaz Raihan berkata, apakan soal solat,puasa,zakat,haji dan lain-lain hukuman yang disyariatkan oleh Islam mesti dirujuk terlebih dahulu daripada golongan kafir?
Ustaz Raihan juga menyentuh tentang permasalahan remaja yang semakin tidak dapat dibendung dengan hukuman dunia ciptaan manusia.Masalah seks bebas,meminum arak,melahirkan anak luar nikah,murtad semakin menjadi-jadi kerana hukum Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya.Sambil memberi contoh di zaman Rasullullah s.a.w di mana peminum arak akan disebat sebanyak 40 kali rotan dan ini juga dilaksanakan semasa pemerintahan Syaidina Abu Bakar r.a.Syaidina Umar r.a pula melaksanakan hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak dan Syaidina Ali kwj suka kepada 40 kali rotan.Namun kini peminum arak bebas tanpa hukuman kerana Al-Quran bukan lagi dijadikan rujukan untuk mendidik umat Islam masa kini.
Selain itu Ustaz Raihan juga menyentuh tentang gejala murtad yang mana gejala ini pernah disuarakan oleh SS Dato' Seri Harussani, Mufti Perak tetapi dipandang sepi oleh pihak berwajib.
Malah Ustaz Raihan membawa jemaah semua melihat kepada gejala seks bebas yang berlaku sepanjang sambutan tahun baru 2 hari yang lepas.Maka dengan itu jadilah negara ini sebuah negara yang semakin hancur kerana hukum Al-Quran diperlekehkan oleh beberapa pihak.Akibatnya yang beriman pada awalnya menjadi kafir di penghujung hidupnya kerana tidak menggunakan akal yang sihat menggunakan Al-Quran sebagai rujukan.Ustaz Raihan juga menyentuh tentang sikap individu yang suka menuduh orang yang beriman dengan kes liwat tanpa membawa saksi dan bukti.Maka sepatutnya orang itu dihukum 80 sebatan namun undang-undang dunia ciptaan manusia menyebabkan perkara begini semakin menjadi-jadi.
Akhir sekali Ustaz Raihan memberi contoh tentang kehancuran Islam di Turki,Sepanyol dan akibat dari kelemahan itu, umat Islam diganyang di Palestine,Iraq dan lain-lain lagi.
Khutbah yang dibaca oleh Ustaz Raihan berlarutan dan jemaah mengakhiri solat Jumaat pada jam 2.30 petang.Ramai yang berpuashati dengan khutbah tersebut kerana sebelum ini teks khutbah yang dibaca hanyalah sekadar ucapan yang tidak memberi kesan kepada sidang jemaah.Penulis sempat berjumpa dengan Ustaz Raihan dan alhamdullillah kerana beliau masih lagi mengenali penulis kerana pernah berceramah di Masjid Ar-Rahimah.Mungkin disebabkan kelantangan beliau menyampaikan kebenaran maka Ustaz Raihan tidak lagi dibenarkan berceramah di Masjid Ar-Rahimah.Maka yang tinggal hanya para penceramah yang menyentuh bab wuduk,membaca kitab tafsir,bab solat dan bab fardhu 'ain sahaja.Bukannya bab ini tidak baik diperkatakan tetapi sekali-sekala biarlah para jemaah diberi kesedaran tentang hukum remaja murtad,hukum hudud dan bab yang boleh membuatkan umat Islam sedar dan bangun untuk memuliakan hukuman dari Al-Quran.Semoga Allah s.w.t. memberkati Ustaz Raihan dalam penyampaiannya yang lebih berani tanpa berselindung.

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru.

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua rakyat Malaysia.Uniknya tahun baru kali ini adalah kerana pada Hari Isnin yang lepas kita menyambut tahun baru Hijrah dan disusuli pula dengan tahun baru Masihi.
Saban tahun rakyat Malaysia disuapkan dengan beberapa rancangan hiburan yang melalaikan sambil berteriak melolong-lolong dengan kemeriahan tahun baru.Tidak ketinggalan juga dengan penyanyi-penyanyi baik dari kaum Adam ataupun Hawa terkinja-kinja di atas pentas kerana meriahnya tahun baru.
Sebenarnya kemeriahan tahun baru ini boleh diisi dengan hiburan yang lebih berteraskan prinsip Islam.Ada negeri yang menyambutnya begitu sambil mengajak umat Islam sama-sama berjemaah di kawasan yang diadakan sambutan.Antara muslimin dan muslimat diasingkan agar tidak bergaul dengan bebas tanpa batasan.Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan pemerintah Islam untuk menentukannya.Bukanlah Islam itu terlalu jumud hingga tidak membenarkan sebarang bentuk hiburan tetapi ia biarlah menurut syariat Islam dan tidak tersasar dari landasannya.
Apabila diadakan sambutan yang melalalikan dengan konsert yang entah apa-apa hingga 1 pagi maka keesokan harinya ramailah umat Islam yang terlepas untuk solat Subuh.Inilah satu kemenangan pihak Iblis kerana di malam hari dapat melalaikan umat Islam dan di Subuh hari terus menepuk umat Islam untuk tidur lena.Apa pun biarlah sambutan tahun baru diraikan dengan konsep berteraskan Islam kerana bumi yang kita pijak sudah tidak tahan lagi menanggung dosa-dosa yang semakin banyak kita lakukan.