Wednesday, January 14, 2009

Hukum Allah Dipermain-mainkan.

DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh ketika menyatakan perkara itu karpal singhmengulangi pendirian bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar DAP dan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

"Sewajarnya PAS mengambil kira pandangan DAP sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat dan menghormati pendirian kami," katanya kepada pemberita di luar perkarangan Istana Negara di sini hari ini, lapor Bernama.

Artikel yang dipetik dari Malaysiakini amat jelas apabila hukum Allah dijadikan satu taruhan dan ugutan oleh musuh Islam.Jika DAP mengatakan bahawa hukum hudud dan qisas bukan dasarnya, nyatalah mereka telah secara terang-terangan menolak hukum dari Al-Quran.Apakah parti yang selama ini yang mencanangkan satu kerajaan Islam harus tunduk kepada ugutan Karpal Singh?Atau parti yang kononnya memperjuangkan Islam masih lagi berkompromi dengan mereka-mereka yang terang-terangan menolak hukum Allah?
Ternyata apabila permainan politik memperalatkan Islam, akan terus hanyut seandainya Islam itu tidak dimartabatkan sebagai satu perundangan yang mulia.Inilah akibatnya jika kepentingan duniawi didahulukan maka berlakulah di mana hukum-hukum Allah sanggup dijadikan alat bagi kepentingan parti.Seharusnya semua pihak yang beragama Islam baik dari parti kerajaan ataupun pembangkang harus memandang berat tentang penentangan Karpal Singh terhadap hukum Allah.Adalah lebih baik hukum hudud dan qisas ini tidak dijadikan bahan dalam politik tetapi dikaji dan difahami secara ilmiah cara pelaksanaannya.Bagi parti kerajaan yang diterajui oleh orang Islam dan parti pembangkang yang dipimpin oleh orang Islam seharusnya menggunakan instrumen yang boleh menggariskan cara pelaksanaan hukum Islam itu sendiri.Negara ini mempunyai Majlis Agama, Mufti-Mufti, Mahkamah Syariah, Majlis Fatwa dan sebagainya yang lebih layak untuk menentukan arah tuju hukum Islam dalam pentadbiran masa kini.Perlukah kita menghormati pendirian seseorang yang menolak hukum dari Al-Quran?Tepuk dada dan tanyalah Iman.

No comments: