Tuesday, January 6, 2009

Perlukah Kita Berdiam Diri!!!!!!!!!!!




Setiap hari dipaparkan kekejaman Israel terhadap umat Islam di Palestine.Bagimana rasanya jika kita berada di sana dan diganyang tanpa belas kasihan oleh Yahudi?Bagaimana perasaan kita jika gambar kanak-kanak yang dipaparkan adalah anak-anak kita?Tidak terdetikkah di dalam hati kita rasa marah,geram dan insaf dengan apa yang dilakukan oleh puak Yahudi kepada umat Islam di Palestine?
Ayuh kita bangkit menentang kekejaman Zionis ini dengan menggunakan kekuatan yang kita ada.Semua tahu bahawa kekejaman Israel ini ialah kerana direstui oleh Amerika dan sekutu-sekutunya yang pernah juga mengganyang rakyat Iraq suatu masa dahulu.Kini kiblat umat Islam yang pertama menjadi tawanan dan kita masih lagi berhibur tanpa sempadan.Apakah kekuatan yang kita ada?
Hanya satu kekuatan yang boleh melemahkan mereka-mereka ini iaitu bersatu-padu dalam memboikot segala bentuk hiburan yang ditaja untuk melemahkan pemikiran umat Islam.Sebenarnya kita juga adalah penyumbang kepada dana Amerika apabila kita secara terang-terangan membantu menguatkan ekonomi mereka.Jadi dengan memboikot segala barangan mereka, kita masih mampu melemahkan kekuatan ekonomi mereka.Mungkin ada yang berkata ia payah dilakukan tetapi apakah kita pernah mencubanya?Janganlah hanya di mulut mengatakan kasihan dan marah tetapi kita sebenarnya tidak berani bertindak kerana masih menggunakan produk-produk Amerika dan sekutunya untuk kemegahan diri.Apakah kita tidak boleh hidup tanpa menggunakan produk-produk mereka?Carilah alternatif lain untuk kita gunakan sebagai keperluan kehidupan seharian dan kita mampu untuk mengubahnya.
Umat Islam juga digesa agar mempertingkatkan doa agar Allah swt akan menurunkan balaNya ke atas negara-negara yang menyokong tindakan Yahudi ini.Doa adalah satu-satunya senjata umat Islam tetapi malangnya ketika seorang Imam Mekah iaitu Syeikh Muhammad Al-Mohaisani berdoa ketika qunut solat sunat Tarawikh pada 1422H, meminta Allah menghancurkan Yahudi dan Amerika, beliau telah ditangkap oleh pemerintah Arab Saudi yang rata-rata adalah dari golongan Wahabiy yang senantiasa berdamping rapat dengan pihak Amerika.Di mana lagi kekuatan umat Islam jika bumi Mekah dan Madinah telah diperintah oleh golongan Wahabiy yang bersekongkol dengan Amerika dan sekutunya?Inilah sebenarnya telah melemahkan umat Islam itu sendiri dan tidak hairanlah jika pemerintah Arab Saudi senantiasa tunduk dengan kemahuan pihak Amerika.Saksikanlah paparan di bawah. video

No comments: