Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru.

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua rakyat Malaysia.Uniknya tahun baru kali ini adalah kerana pada Hari Isnin yang lepas kita menyambut tahun baru Hijrah dan disusuli pula dengan tahun baru Masihi.
Saban tahun rakyat Malaysia disuapkan dengan beberapa rancangan hiburan yang melalaikan sambil berteriak melolong-lolong dengan kemeriahan tahun baru.Tidak ketinggalan juga dengan penyanyi-penyanyi baik dari kaum Adam ataupun Hawa terkinja-kinja di atas pentas kerana meriahnya tahun baru.
Sebenarnya kemeriahan tahun baru ini boleh diisi dengan hiburan yang lebih berteraskan prinsip Islam.Ada negeri yang menyambutnya begitu sambil mengajak umat Islam sama-sama berjemaah di kawasan yang diadakan sambutan.Antara muslimin dan muslimat diasingkan agar tidak bergaul dengan bebas tanpa batasan.Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan pemerintah Islam untuk menentukannya.Bukanlah Islam itu terlalu jumud hingga tidak membenarkan sebarang bentuk hiburan tetapi ia biarlah menurut syariat Islam dan tidak tersasar dari landasannya.
Apabila diadakan sambutan yang melalalikan dengan konsert yang entah apa-apa hingga 1 pagi maka keesokan harinya ramailah umat Islam yang terlepas untuk solat Subuh.Inilah satu kemenangan pihak Iblis kerana di malam hari dapat melalaikan umat Islam dan di Subuh hari terus menepuk umat Islam untuk tidur lena.Apa pun biarlah sambutan tahun baru diraikan dengan konsep berteraskan Islam kerana bumi yang kita pijak sudah tidak tahan lagi menanggung dosa-dosa yang semakin banyak kita lakukan.

No comments: