Sunday, January 11, 2009

Tokoh Maal Hijrah USM 1430 Mengarut......

Ini adalah petikan kata-kata Dr.Asri dalam blognya yang menempelak Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Saya terharu ketika berjumpa dengan sekumpulan wanita British yang tidak beragama Islam, mengikat serban Palestin di tengkok mereka dan memberitahu kami mereka akan mengambil cuti seminggu untuk menyertai bantahan terhadap Israel. Mereka mengedarkan risalah tentang kekejaman Israel.

Malanglah, jika yang mereka yang seperti ini membantah Israel, tetapi golongan yang diberikan amanah menjaga agama tenggelam dalam keempukan takhta dan membisu seribu bahasa. Di mana pula Majlis Fatwa Kebangsaan ketika ini? Tidak adakah fatwa tentang apakah kewajiban umat Islam dalam isu Palestin? Setelah berletihan dengan isu yoga dan pengkid, tidakkah mahu difikirkan isu Palestin pula?"

Petikan lain dari Asri memperlekehkan golongan agama atau tokoh agama.

"Masalah paling besar dalam kalangan sesetengah yang memakai gelaran ‘agamawan’ atau tokoh agama adalah apabila mereka tidak memiliki manhaj atau method yang betul dalam memahami sesuatu fakta yang dikaitkan dengan Islam ini.

Lalu, atas kurang teliti, atau ‘kurang fikir’ atau ‘memang tak fikir’ mereka menelan semua perkara yang dikaitkan dengan agama samada hasil percakapan orang atau bahan bacaan. Dari situlah lahirnya khurafat, karut marut, tokok tambah, kekartunan pemikiran yang diberikan lebel agama."

Melihat kepada tulisan Dr.Asri yang semakin melampau dalam memperlekehkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan tokoh agamawan yang lain, pihak majlis agama seharusnya menasihati USM kerana menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah USM kepada beliau.Sepatutnya Asri menempelak ulama-ulama ikutannya di Arab Saudi kerana tidak mengajak Arab Saudi berjihad bagi menentukan keselamatan penduduk Palestine.Malangnya ulama-ulama Wahabi yang berada di sana tidak pula bersuara kerana ternyata sering bersekongkol dengan pihak Amerika dan Yahudi.

Asri sering membidaahkan amalan umat Islam dengan menyatakan kekarutan Selawat Syifa',berzanji dan marhaban,tahlil tetapi sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa boleh menjawab salam orang kafir,boleh memberikan daging korban dan aqiqah kepada orang kafir.Siapakah sebenarnya pembela orang kafir ini?Orang kafir dimuliakan tetapi orang Islam yang melakukan amalan-amalan sunat dikatakan bidaah dan masuk neraka.Apakah orang seperti ini nak kita anugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah?Amat berbeza sekali dengan anugerah yang telah diberikan kepada Dato' Seri SS Harussani yang secara jelas telah banyak berjasa dalam menegakkan syiar Islam di negara kita.Kasihan kepada warga USM kerana mendapat tokoh seumpama Asri.


No comments: