Thursday, January 29, 2009

Wahabi Kuala Pilah Perlu Dibendung.





Pergerakan Wahabi sebenarnya sudah lama bertapak di negara ini dan semakin merebak bagai virus yang merbahaya.Berbagai-bagai nama yang digunakan oleh kumpulan ini demi untuk mengaburi mata umat Islam agar mengikut fahaman mereka.Nama seperti Ittiba' Assunah yang sudah lama bertapak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan seharusnya tidak dipandang ringan oleh pihak berwajib.
Dalam risalahnya mereka meletakkan tempat bagi Allah dan mengatakan bahawa sesiapa yang mengatakan Allah itu tidak bertempat akan menjadi golongan musyrik.Kenyataan mereka sebenarnya telah menyamakan Allah dengan makhluknya sedangkan Allah itu bersalahan dengan makhluknya.Mereka juga mendakwa Allah itu tidak wujud jika tidak bertempat.
Fahaman aqidah yang merbahaya ini telah cuba disebarkan kepada anak-anak kita dan ini harus dipandang serius oleh pihak berwajib Negeri Sembilan.Ayuh, sahabat-sahabat yang memperjuangkan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar, harus menentang kenyataan risalah puak Wahabi Kuala Pilah ini.

1 comment:

mamah said...

Puak wahabi yang dibimbangkan itu kini sudah benar-benar merebak dimana-mana, sehingga membimbang kaum tarikat yang beriman dengan syeikh-syeikh dan wali2 keramat yang sudah mati yang banyak mengamalkan syiorik dan bid'ah dalam beragama. faham wahabi tidak dapat disekat-sekat lagi! Kerana manusia menuju fahaman Al-Qur'an dan Sunnah sekarang.