Thursday, January 15, 2009

Wahabiy Somalia Mengganas.

Wahabiy Somalia telah mengganas dengan menghancurkan kubur-kubur umat Islam yang didakwa oleh mereka sebagai bida'ah yang sesat.Sikap melampau puak Wahabiy ini sebenarnya adalah ulangan daripada peristiwa di mana pada akhir bulan Zulkaedah 1220 Hijrah, pelampau Wahabiy telah berjaya menakluki Mekah dan Madinah dan menghancurkan qubah-qubah perkuburan baqe' Ahli Bait, isteri-isteri nabi dan anak-anak nabi.Apakah ianya akan terjadi juga di negara kita suatu hari nanti sekiranya perkembangan fahaman Wahabiy dewasa ini yang semakin ekstrim tidak dibendung dari sekarang?Apakah kita masih mahu membisu dengan perkembangan Wahabiy di negara ini tanpa kita sama-sama berjuang menentangnya?Sudah ada tanda bahawa fahaman Wahabiy di negara kita ini semakin menular.Apabila seseorang yang berfahaman Wahabiy diberi kebebasan bersuara dan diletakkan sebagai Mufti maka negara kita semakin terancam.Pihak berwajib juga harus peka dengan perkembangan ini kerana beberapa jawatan telah diberikan kepada mereka dalam jabatan keagamaan.Seharusnya mereka-mereka yang berpendidikan dari Mekah dan Madinah sekarang ini seharusnya diselidiki kerana unsur-unsur Wahabiy yang dipelajari dari sana telah cuba diterapkan di negara kita.Mereka menggelar diri mereka sebagai Al-Salafi sedangkan fahaman mereka ialah Wahabiy.
video

No comments: