Saturday, February 28, 2009

Tahniah Jemaah Masjid Senawang.





Ceramah Khas oleh Ustaz Mahfuz Bin Muhammad di Masjid Jamek Senawang pada 27/02/2008 telah dihadiri oleh ratusan jemaah di sekitar Senawang.Ceramah tersebut mengupas permasalahan perkara-perkara bida'ah yang dituduh oleh puak-puak Wahabi sekarang ini.Semoga dengan adanya penganjuran ceramah begini akan memberi satu kesedaran kepada umat Islam khasnya di negara ini agar tidak terpengaruh dengan fahaman-fahaman sempit puak Wahabi yang semakin tidak terkawal sekarang ini.Ceramah tersebut adalah di atas jemputan Jabatan Agama Negeri Sembilan kerana desas-desus menyatakan bahawa tokey Wahabi iaitu Rasul Dahari telah menyelinap masuk secara diam-diam di kawasan Senawang untuk merosakkan aqidah umat Islam.

Wednesday, February 25, 2009

Apa Itu Bida'ah?

Pada 27/02/2009 akan diadakan satu ceramah khas yang lebih membicarakan permasalahan bida'ah.Ceramah akan disampaikan oleh Ust. Mahfuz Bin Muhammad al-Khalil atas jemputan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.
Khabar yang diterima dari beberapa kenalan di Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Negeri Sembilan, pendukung Wahabi tegar iaitu Rasul Bin Dahri telah menyelinap masuk ke Senawang untuk membida'ahkan amalan-amalan umat Islam.Jadi marilah kita pakat ramai-ramai datang untuk kita memahami dengan lebih mendalam lagi tentang bahayanya ajaran dan fahaman Wahabi ini.Al-Fadhil Ustaz Mahfuz akan mengupas satu persatu tentang peranan puak Wahabi ini dengan lebih lanjut.
Selain itu buku "Makna Sebenar Bida'ah" Satu Penjelasan Rapi akan dijual dengan harga RM20.00 bagi meningkatkan kefahaman umat Islam tentang permasalahan bida'ah.
Makna Sebenar Bida'ah dikarang oleh al-Sheikh al-Hafiz Abu al-Fadl Abdullah al-Siddiq al-Ghumari seorang ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, al-Asha'irah telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dan disemak oleh beberapa ulama negara ini.Isi kandung buku ini amatlah baik dengan beberapa kefahaman yang jitu tidak harus dilepaskan begitu sahaja kerana amat sukar untuk kita mendapatkannya di pasaran terbuka.Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku edisi terbaru ini.

Monday, February 23, 2009

Wahabi Serang Masjid KLCC.

Ceramah yang diadakan di Masjid KLCC oleh Ust. Hj. Mahfuz Bin Muhammad pada 22/02/2009 selepas solat Maghrib telah dicemari dengan gangguan 2 orang puak Wahabi.Sesi interaksi soal-jawab diakhir ceramah digunakan oleh 2 orang puak Wahabi untuk mempertahankan fahaman sempit mereka.Soalan yang dikemukakan ialah tentang masalah zikir selepas solat yang dikatakan oleh puak Wahabi ini tidak pernah terdapat di zaman Rasullullah sa.w.
Walaupun penerangan bersertakan bukti dari hadis-hadis Rasullullah s.a.w berkenaan zikir selepas solat dikemukakan, namun kedegilan dan sikap kurang ajar puak Wahabi ini masih tidak mahu menerimanya.
Inilah dia perangai Wahabi yang seorang dari Negara Arab dan seorang lagi dari Mesir tidak beradab mengganggu perjalanan majlis ilmu walaupun mereka ini berada di negara orang.Tidak cukup dengan itu mereka masih tidak berpuashati dan terus mengganggu penceramah setelah selesainya solat Isya'.Ceramah yang diadakan adalah untuk majlis diskusi tentang buku "Makna Sebenar Bida'ah" bagi memberi kefahaman kepada orang ramai yang terlalu terikut-ikut dengan perangai Wahabi.Adalah difahamakan, Pak-Pak Arab ini juga pernah mengganggu Imam-Imam di Masjid tersebut sewaktu berwirid suatu ketika dahulu.Namun demikian, jemaah setempat tidak terpengaruh dengan kebodohan dan ketaksuban puak Wahabi ini yang cuba membawa fahaman sempitnya kepada umat Islam di negara ini.

Wednesday, February 18, 2009

Ulama Mangsa Politik.

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi s.a.w bersabda,"Setiap Muslim wajib patuh dan setia terhadap pemerintah, disukai atau tidak disukainya. kecuali bila dia diperintahkan melakukan maksiat.Jika dia diperintahkan melakukan maksiat maka tidak wajib lagi dipatuhi".-Shahih Muslim.

Akhir-akhir ini ulama sering dijadikan bahan caci-maki sesetengah pihak apabila ulama menyatakan pandangan beliau berdasarkan hadis di atas.Jika pandangan ulama dicaci-maki, apakah sandaran yang kita ada untuk mengukuhkan istitusi agama Islam itu sendiri?
Amat sedih dengan perbuatan pihak yang melemparkan kata-kata kesat kepada ulama sedangkan pihak kafir yang terang-terangan menolak dan membantah hukum-hukum Allah tidak pula diperangi.

Dato' Seri Harussnani bukanlah orang yang berpihak dalam mana-mana pertubuhan politik di negara ini.Banyak kertas-kerja beliau yang dibentangkan menyatakan tidak bersetuju atau menegur pemerintah namun ia hanya sepi begitu sahaja.Dalam perjumpaan bersama NGO-NGO Islam (KUISMA) pada 24/03/2007, beliau sendiri telah mengatakan bahawa Kongres Islam yang ingin beliau adakan digagalkan oleh beberapa pihak.Sebanyak 17 resolusi yang dibawa ke pihak atasan, senyap begitu sahaja namun beliau mahu yang ada di bawah tidak terus diam membisu.Beliau juga pernah diperintahkan mengadap Sultan tentang beberapa isu yang berbangkit, maka beliau mengatakan kepada Sultan bahawa beliau berkata kerana takutkan Allah dan juga mentaati Sultan.Dato' Seri Harussani juga mengatakan apa yang disuarakan oleh beliau bukanlah untuk mencari publisiti, tapi beliau hanya dibenci oleh beberapa pihak.

Disebabkan dengan pergolakan politik, maka ulama dijadikan tohmahan dan cacian sesetengah pihak.Jika bukan ulama yang ingin kita rujuk, apakah kita lebih pandai dalam mentafsirkan hadis Rasulullah s.a.w yang mewajibkan umatnya taat kepada pemerintah selagi dia tidak menyuruh kepada yang mungkar?Inilah akibatnya apabila umat Islam sanggup bersekongkol dengan golongan kafir untuk kepentingan politik, maka apa yang dinasihati oleh para ulama dibalas dengan cacian dan kata-kata kesat.Ingatlah bahawa ulama itu pewaris Nabi, maka ulamalah orang yang paling takut dengan Allah.

Sunday, February 15, 2009

Maulid Rasul Bida'ah?



ulasan: Al-Hafiz al-Sayuti menulis dalam risalah "Husn al-Maqsad Fi Amali al-Maulid"(Tujuan yang baik dalam Amalan Maulid).Di permulaan risalah itu beliau menyebutkan:
Ditimbulkan pertanyaan tentang sambutan maulid Nabi s.a.w pada bulan Rabiul Awal,apakah hukumnya dari sudut syarak?Adakah ia amalan yang terpuji,atau yang tercela?Adakah diberi pahala kepada mereka yang menjalankan amalan itu?

Jawapan Al-Sayuti ialah:

Amalan maulid Nabi s.a.w dilakukan dalam bentuk perkumpulan manusia,membaca sesuatu dari ayat Al-Quran,meriwayatkan kiasah-kisah yang berkaitan dengan perjuangan awal Rasullullah s.a.w, tanda-tanda kebesaran yang berlaku semasa keputeraan baginda.Kemudian diadakan jamuan makanan.Kemudian mereka pun beredar tanpa membuat apa-apa penambahan yang lain.Amalan ini termasuk dalam bida'ah hasanah (bida'ah yang baik), yang diberikan pahala kepada mereka yang menjalankannya.Ini kerana di dalam amalan tersebut terdapat unsur pemghormatan dan pengagungan terhadap taraf Nabi s.a.w,menzahirkan rasa gembira dan dukacita dengan keputeraan Nabi yang mulia.
Oleh itu disunatkan bagi kita menyatakan kesyukuran dengan keputeraan baginda s.a.w,dengan cara berkumpul,berselawat,menjamu makanan dan amalan-amalan yang baik seumpamanya yang mendekatkankan diri kepada Allah swt dan menzahirkan kegembiraan.

Tuesday, February 10, 2009

Derhaka!!!!!!!

Derhaka adalah satu istilah yang sinonim dengan ertikata menentang, melawan, melanggar perintah, tidak taat dan sebagainya.Masyarakat Melayu khasnya amat sensitif dengan perkataan "Derhaka" sejak dahulu kala lagi apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan perbuatan ataupun perkataan yang menyentuh dengan Sultan ataupun Raja.Sejarah mengenai penderhakaan Hang Jebat kepada raja telah mencetuskan pembunuhan yang begitu ramai orang-orang yang tidak berdosa.
Kini saban hari terpampang di dada-dada akhbar dan juga berita telivisyen, menunjukkan orang-orang Melayu berdemo untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap pihak yang dikatakan menderhaka kepada Sultan.Maka berbondong-bondonglah orang-orang Melayu keluar untuk menyertai demo-demo anjuran pihak-pihak tertentu dek sensitifnya mereka dengan perkataan "Derhaka".
Apakah dengan cara begini orang Melayu berasa hebat?Mungkin inilah yang dikatakan budaya yang telah diamalkan sejak turun-temurun dan ianya tidak dapat dihakis lagi.
Jika rakyat mengeluarkan kata-kata mengenai Sultan maka ia dikatakan menderhaka.Jika sianak tidak mendengar cakap ibu-bapa mereka, ia juga satu penderhakaan.Bagaimana pula jika orang Melayu yang beragama Islam tidak menurut arahan Allah swt seperti solat, puasa dan sebagainya, apakah ia bukannya satu penderhakaan?Bagaimana pula jika pemimpin yang diamanahkan tidak mengikut acuan yang telah termaktub di dalam Al-Quran sebagai panduan memerintah negara, apakah itu bukan satu penderhakaan?Menderhaka kepada Allah dan Rasullullah s.a.w lebih besar dosanya tetapi berapa ramaikah orang Melayu Islam ini sedar tentangnya?Inilah dia umat Islam yang ada masakini ibarat buih-buih di lautan, sanggup berkumpul beramai-ramai walaupun di tengah panas untuk orang lain tetapi tidak pula sanggup beramai-ramai datang ke masjid kerana Allah walaupun dijanjikan dengan ganjaran yang amat lumayan di akhirat nanti.

Thursday, February 5, 2009

Undang-Undang Dunia Dan Hukum Allah.


Zuharman MN
Wed | Feb 04, 09 | 12:18:12 pm MYT

KES pelajar pondok disaman kerana menunggang motosikal dengan berserban menarik perhatian umum.

Ahmad Nasir Darus, pelajar Pondok Pasir Tumboh dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 20 September 2007 di Jalan Pasir Tumboh dan dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama. Bagaimanapun Ahmad Nasir membuat pengakuan tidak bersalah. Dan keputusannya dibaca 19 Januari lalu.

Namun melalui prosiding tersebut mahkamah mendapati Ahmad Nasir yang diwakili peguambela, Ahmad Rizal Effandi Zainol, gagal membuktikan keraguan yang munasabah mengesahkan bahawa Ahmad Nasir seorang lebai.

Keadaan itu menyebabkan beliau disabit bersalah dan dikena hukuman dua hari penjara atau denda RM90.

Apa yang menarik Ahmad Nasir sanggup memilih hukuman penjara daripada membayar denda sebanyak RM90 kerana menganggap mempertahankan sunah Rasulullah saw.

Maka apa kaitan lebai dalam kes ini? Lebai merupakan satu perbendaharaan mustahil boleh ditafsir secara objektif apatah jika menjurus pada sifat rohani seseorang.

Dengan kata lain hanya Allah sahaja punya kuasa mengiktiraf sifat itu pada makhluknya.

Berbeza dengan sunah. Sunah adalah amalan, peraturan atau adat yang berdasarkan perbuatan dan perkataan Rasulullah saw. Ia boleh dilihat serta didengar sama ada dalam kontek moral, spiritual dan sosial.

Pun begitu, keputusan mahkamah adalah muktamad. Majistret tidak boleh dipersalahkan. Tanggungjawabnya berdasarkan fakta dan perundangan sedia ada.

Sikh boleh berserban

Sebab itu kita cuba merungkai satu persoalan kenapa masyarakat keturunan Sikh yang memakai serban boleh dikecualikan daripada undang-undang berkenaan?

Dari sudut mana tafsiran lebai dilihat apabila dikaitkan dengan kes ini. Agak keliru pertembungan dua keadaan hampir sama tiba-tiba masyarakat yang cuba mewarisi sunah Rasulullah saw tidak dikecualikan daripada peraturan itu dalam sebuah negara dikatakan Islam.

Justeru amat wajar sekiranya kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk dijadikan bahan akademik dan rujukan memandangkan terdapat kesamaran istilah lebai dalam peruntukan undang-undang.

Dan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk berbincang dengan Jabatan Peguam Negara bagi membuat penafsiran semula undang-undang berkaitan tidak boleh dilengah-lengahkan.

Dalam situasi sekarang agama seperti dipersenda, undang-undang rekaan manusia didaulatkan.- mj _

ulasan: Tidak bertopi keledar akan dikenakan tindakan undang-undang dan ramai yang takut.Jika tidak bertudung menutup aurat bagi wanita, ramai yang tak takut dengan hukum Allah swt.Sesungguhnya manusia lebih takutkan undang-undang dunia ciptaan manusia daripada undang-undang yang termaktub di dalam Al-Quran.

Sunday, February 1, 2009

Seminar Pembinaan Ummah 2009.

Tarikh: 07/02/2009 (Sabtu) bersamaan dengan 11hb. Safar 1430H.

Lokasi: Dewan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Masa: 8.00 a.m-11.45 p.m.

Penceramah:

1) Ustaz Haji Zamihan Bin Hj. Mat Zin.
2) Ustaz Haji Mahfuz Bin Hj. Muhammad al-Khali.
3) Ustaz Ahmad Faidzurrahim.
4) Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaluddin al-Maliki.(Penceramah Jemputan).

Dijemput warga kota menghadiri seminar tersebut beramai-ramai.Beberapa buah kitab dan juga buku-buku agama dijual dengan potongan harga istimewa.