Tuesday, February 10, 2009

Derhaka!!!!!!!

Derhaka adalah satu istilah yang sinonim dengan ertikata menentang, melawan, melanggar perintah, tidak taat dan sebagainya.Masyarakat Melayu khasnya amat sensitif dengan perkataan "Derhaka" sejak dahulu kala lagi apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan perbuatan ataupun perkataan yang menyentuh dengan Sultan ataupun Raja.Sejarah mengenai penderhakaan Hang Jebat kepada raja telah mencetuskan pembunuhan yang begitu ramai orang-orang yang tidak berdosa.
Kini saban hari terpampang di dada-dada akhbar dan juga berita telivisyen, menunjukkan orang-orang Melayu berdemo untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap pihak yang dikatakan menderhaka kepada Sultan.Maka berbondong-bondonglah orang-orang Melayu keluar untuk menyertai demo-demo anjuran pihak-pihak tertentu dek sensitifnya mereka dengan perkataan "Derhaka".
Apakah dengan cara begini orang Melayu berasa hebat?Mungkin inilah yang dikatakan budaya yang telah diamalkan sejak turun-temurun dan ianya tidak dapat dihakis lagi.
Jika rakyat mengeluarkan kata-kata mengenai Sultan maka ia dikatakan menderhaka.Jika sianak tidak mendengar cakap ibu-bapa mereka, ia juga satu penderhakaan.Bagaimana pula jika orang Melayu yang beragama Islam tidak menurut arahan Allah swt seperti solat, puasa dan sebagainya, apakah ia bukannya satu penderhakaan?Bagaimana pula jika pemimpin yang diamanahkan tidak mengikut acuan yang telah termaktub di dalam Al-Quran sebagai panduan memerintah negara, apakah itu bukan satu penderhakaan?Menderhaka kepada Allah dan Rasullullah s.a.w lebih besar dosanya tetapi berapa ramaikah orang Melayu Islam ini sedar tentangnya?Inilah dia umat Islam yang ada masakini ibarat buih-buih di lautan, sanggup berkumpul beramai-ramai walaupun di tengah panas untuk orang lain tetapi tidak pula sanggup beramai-ramai datang ke masjid kerana Allah walaupun dijanjikan dengan ganjaran yang amat lumayan di akhirat nanti.

No comments: