Sunday, February 15, 2009

Maulid Rasul Bida'ah?



ulasan: Al-Hafiz al-Sayuti menulis dalam risalah "Husn al-Maqsad Fi Amali al-Maulid"(Tujuan yang baik dalam Amalan Maulid).Di permulaan risalah itu beliau menyebutkan:
Ditimbulkan pertanyaan tentang sambutan maulid Nabi s.a.w pada bulan Rabiul Awal,apakah hukumnya dari sudut syarak?Adakah ia amalan yang terpuji,atau yang tercela?Adakah diberi pahala kepada mereka yang menjalankan amalan itu?

Jawapan Al-Sayuti ialah:

Amalan maulid Nabi s.a.w dilakukan dalam bentuk perkumpulan manusia,membaca sesuatu dari ayat Al-Quran,meriwayatkan kiasah-kisah yang berkaitan dengan perjuangan awal Rasullullah s.a.w, tanda-tanda kebesaran yang berlaku semasa keputeraan baginda.Kemudian diadakan jamuan makanan.Kemudian mereka pun beredar tanpa membuat apa-apa penambahan yang lain.Amalan ini termasuk dalam bida'ah hasanah (bida'ah yang baik), yang diberikan pahala kepada mereka yang menjalankannya.Ini kerana di dalam amalan tersebut terdapat unsur pemghormatan dan pengagungan terhadap taraf Nabi s.a.w,menzahirkan rasa gembira dan dukacita dengan keputeraan Nabi yang mulia.
Oleh itu disunatkan bagi kita menyatakan kesyukuran dengan keputeraan baginda s.a.w,dengan cara berkumpul,berselawat,menjamu makanan dan amalan-amalan yang baik seumpamanya yang mendekatkankan diri kepada Allah swt dan menzahirkan kegembiraan.

2 comments:

Ibn Abdul Taib al-Yusufi said...

Saya bersetuju dengan pendapat Syeikh Yusuf Qaradhawi bahawa Maulid Nabi itu bukan bid'ah... sayangnya mereka yang ghuluw membid'ahkan amalan maulid Nabi.

Cuma saya berpendapat, kita haruslah mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan kesedaran generasi muda tentang sirah perjalanan hidup Nabi SAW, tidak hanya sekadar perarakan dan ceramah.

P/S: Izinkan saya linkkan alamat Saudara di blog saya.

hanifsalleh said...

Salam,keizinan diberi utk. Ibn Abdul Taib al-Yusufi