Wednesday, February 18, 2009

Ulama Mangsa Politik.

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi s.a.w bersabda,"Setiap Muslim wajib patuh dan setia terhadap pemerintah, disukai atau tidak disukainya. kecuali bila dia diperintahkan melakukan maksiat.Jika dia diperintahkan melakukan maksiat maka tidak wajib lagi dipatuhi".-Shahih Muslim.

Akhir-akhir ini ulama sering dijadikan bahan caci-maki sesetengah pihak apabila ulama menyatakan pandangan beliau berdasarkan hadis di atas.Jika pandangan ulama dicaci-maki, apakah sandaran yang kita ada untuk mengukuhkan istitusi agama Islam itu sendiri?
Amat sedih dengan perbuatan pihak yang melemparkan kata-kata kesat kepada ulama sedangkan pihak kafir yang terang-terangan menolak dan membantah hukum-hukum Allah tidak pula diperangi.

Dato' Seri Harussnani bukanlah orang yang berpihak dalam mana-mana pertubuhan politik di negara ini.Banyak kertas-kerja beliau yang dibentangkan menyatakan tidak bersetuju atau menegur pemerintah namun ia hanya sepi begitu sahaja.Dalam perjumpaan bersama NGO-NGO Islam (KUISMA) pada 24/03/2007, beliau sendiri telah mengatakan bahawa Kongres Islam yang ingin beliau adakan digagalkan oleh beberapa pihak.Sebanyak 17 resolusi yang dibawa ke pihak atasan, senyap begitu sahaja namun beliau mahu yang ada di bawah tidak terus diam membisu.Beliau juga pernah diperintahkan mengadap Sultan tentang beberapa isu yang berbangkit, maka beliau mengatakan kepada Sultan bahawa beliau berkata kerana takutkan Allah dan juga mentaati Sultan.Dato' Seri Harussani juga mengatakan apa yang disuarakan oleh beliau bukanlah untuk mencari publisiti, tapi beliau hanya dibenci oleh beberapa pihak.

Disebabkan dengan pergolakan politik, maka ulama dijadikan tohmahan dan cacian sesetengah pihak.Jika bukan ulama yang ingin kita rujuk, apakah kita lebih pandai dalam mentafsirkan hadis Rasulullah s.a.w yang mewajibkan umatnya taat kepada pemerintah selagi dia tidak menyuruh kepada yang mungkar?Inilah akibatnya apabila umat Islam sanggup bersekongkol dengan golongan kafir untuk kepentingan politik, maka apa yang dinasihati oleh para ulama dibalas dengan cacian dan kata-kata kesat.Ingatlah bahawa ulama itu pewaris Nabi, maka ulamalah orang yang paling takut dengan Allah.

No comments: