Thursday, February 5, 2009

Undang-Undang Dunia Dan Hukum Allah.


Zuharman MN
Wed | Feb 04, 09 | 12:18:12 pm MYT

KES pelajar pondok disaman kerana menunggang motosikal dengan berserban menarik perhatian umum.

Ahmad Nasir Darus, pelajar Pondok Pasir Tumboh dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 20 September 2007 di Jalan Pasir Tumboh dan dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama. Bagaimanapun Ahmad Nasir membuat pengakuan tidak bersalah. Dan keputusannya dibaca 19 Januari lalu.

Namun melalui prosiding tersebut mahkamah mendapati Ahmad Nasir yang diwakili peguambela, Ahmad Rizal Effandi Zainol, gagal membuktikan keraguan yang munasabah mengesahkan bahawa Ahmad Nasir seorang lebai.

Keadaan itu menyebabkan beliau disabit bersalah dan dikena hukuman dua hari penjara atau denda RM90.

Apa yang menarik Ahmad Nasir sanggup memilih hukuman penjara daripada membayar denda sebanyak RM90 kerana menganggap mempertahankan sunah Rasulullah saw.

Maka apa kaitan lebai dalam kes ini? Lebai merupakan satu perbendaharaan mustahil boleh ditafsir secara objektif apatah jika menjurus pada sifat rohani seseorang.

Dengan kata lain hanya Allah sahaja punya kuasa mengiktiraf sifat itu pada makhluknya.

Berbeza dengan sunah. Sunah adalah amalan, peraturan atau adat yang berdasarkan perbuatan dan perkataan Rasulullah saw. Ia boleh dilihat serta didengar sama ada dalam kontek moral, spiritual dan sosial.

Pun begitu, keputusan mahkamah adalah muktamad. Majistret tidak boleh dipersalahkan. Tanggungjawabnya berdasarkan fakta dan perundangan sedia ada.

Sikh boleh berserban

Sebab itu kita cuba merungkai satu persoalan kenapa masyarakat keturunan Sikh yang memakai serban boleh dikecualikan daripada undang-undang berkenaan?

Dari sudut mana tafsiran lebai dilihat apabila dikaitkan dengan kes ini. Agak keliru pertembungan dua keadaan hampir sama tiba-tiba masyarakat yang cuba mewarisi sunah Rasulullah saw tidak dikecualikan daripada peraturan itu dalam sebuah negara dikatakan Islam.

Justeru amat wajar sekiranya kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk dijadikan bahan akademik dan rujukan memandangkan terdapat kesamaran istilah lebai dalam peruntukan undang-undang.

Dan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk berbincang dengan Jabatan Peguam Negara bagi membuat penafsiran semula undang-undang berkaitan tidak boleh dilengah-lengahkan.

Dalam situasi sekarang agama seperti dipersenda, undang-undang rekaan manusia didaulatkan.- mj _

ulasan: Tidak bertopi keledar akan dikenakan tindakan undang-undang dan ramai yang takut.Jika tidak bertudung menutup aurat bagi wanita, ramai yang tak takut dengan hukum Allah swt.Sesungguhnya manusia lebih takutkan undang-undang dunia ciptaan manusia daripada undang-undang yang termaktub di dalam Al-Quran.

No comments: