Sunday, March 29, 2009

Jauhi Golongan Salafiyyah Wahhabiyyah.-PENTING!!!!!!



"Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telahpun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba' al-Sunnah yang membawa fahaman seperti Salafiyyah Wahhabiyyah".

Ciri-ciri ini diambil daripada kertas kerja yang diterbitkan oleh:
1) Jabatan Mufti Johor dalam Multaqa Penjelasan Hukum Berkenaan Isu-Isu Aqidah dan Syariat bertajuk "Penafian Dan Jawapan Kepada Tuduhan Semua Bida'ah Itu Dholalah".(2007)
2) Bahagian Dakwah Jabatan Agama Negeri Selangor (2007) bertajuk,"Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Cabarannya Merentasi Abad".

Aqidah.

1) Membahagikan Tauhid Kepada 3 Kategori.

a) Tauhid Rubbubiyyah. Mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tauhid.
b) Tauhid Uluhiyyah. Mereka manafikan tauhid umat Islam yang bertawassul,beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama' Islam khasnya ulama' empat mazhab.
c) Tauhid Asma Wa Sifat. Tauhid versi ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim.
1-Menterjemahkan istiwa sebagai bersemayam/bersila.
2-Menterjemahkan yadd sebagai tangan.
3-Menterjemahkan wajh sebagai muka.
4-Menisbahkan jihah(arah) kepada Allah(arah atas-jihah 'ulya).
5-Menterjemahkan janb sebagi lambung/rusuk.
6-Menterjemahkan nuzul sebagai turun dengan zat.
7-Menterjemahkan saq sebagai betis.
8-Menterjemahkan asabi' sebagai jari-jari dan lain-lain.
9-Menambah bi zatihi haqiqatan (dengan zat secara hakikat) di akhir setiap ayat mutashabihat.

2) Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama' Asha'irah.
3) Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa huraian dari ulama' muktabar.
4) Menolak Asha'irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama' Islam dalam perkara aqidah.
5) Sering mengkritik Asha'irah malah mengkafirkannya.
6) Menyamakan Asha'irah dengan Mu'tazilah dan Jahmiyyah atau Mua'ththilah dalam perkara mutashabihat.
7) Menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek lalu menolak pengajian sifat 20.
8) Berselindung di sebalik mazhab Salaf.
9) Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hashawiyyah,al-Mushabbihah,al-Mujassimah atau al-Jahwiyyah di kalangan ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah.
10) Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash'ari telah kembali ke mazhab salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha'irah.
11) Mendakwa kononnya ulama' Asha'irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha'ri.
12) Menolak ta'wil dalam bab mutashabihat.
13) Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik.
14) Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah s.a.w boleh membawa kepada syirik.
15) Tidak mengambil berat kesan-kesan sejarah para anbiya', ulama dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik.
16) Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik.
17) Menolak tawassul,tabarruk dan istighathah dengan para anbiya' serta solihin.
18) Menganggap tawassul,tabarruk dan istighathah sebagai cabang-cabang syirik.
19) Memandang remeh karamah para awliya'.
20) Menyatakan bahawa ibu-bapa Rasulullah s.a.w dan datuk baginda tidak terselamat dari api neraka.

Bersambung..................................................banyak lagi penyelewengan golongan yang menamakan diri mereka sebagai golongan Salaf yang akan kita ketahui.

Thursday, March 26, 2009

Kesalahan Sifat Solat Wahabi.

Tangan Dibawah Dada Bukan Diatas Dada - The Salafy Error Tangan Dibawah Dada Bukan Diatas Dada - The Salafy Error salafytobat.wordpress.com Tangan Dibawah Dada Bukan Diatas Dada - The Salafy Error
Bongkar kesesatan shalat albany yang bertentangan dgn fiqh ahlusunnah 4 madzab dgn dalil dan scan kitab
http://salafytobat.wordpress.com/2008/09/18/dua-tangan-dibawah-dada-bukan-diatas-dada/

Seminar Pemantapan Aqidah Peringkat Daerah Jempol.

Seminar Pemantapan Aqidah peringkat daerah Jempol telah dihadiri lebih 500 peserta.Rata-rata yang ditemui berpuashati dengan penjelasan kedua-dua penceramah iaitu Ustaz Mahfuz Muhammad dan Ustaz Zaidi Bin Ramli.
Ceramah pertama dibentangkan oleh Ust Mahfuz dengan penerangan secara Ilmiyah tentang apa itu bida'ah hinggakan membuat peserta termanggu kerana secara tidak sedar sudah ada fahaman Wahabi cuba melabuhkan sayapnya di Felda Bandar Sri Jempol.Ini satu penjelasan yang amat berguna kepada peserta seminar.

Ceramah kedua oleh Ustaz Zaidi Ramli membuatkan peserta tak kering gusi dengan loghat Negeri Sembilannya yang kelakar.Ustaz Zaidi telah membuatkan para peserta hilang mengantuk di sebelah tengahari sambil menyelitkan unsur jenaka dalam ceramahnya.

Keseluruhannya seminar ini telah berjaya menyedarkan warga Jempol tentang bahayanya fahaman Wahabi dan ajaran sesat yang semakin menular di negara kita.Tahniah diucapkan kepada Ustaz Ibrahim Kasim dan rakan-rakannya di Jabatan Agama Negeri Sembilan kerana menganjurkan seminar sebegini.

Sunday, March 22, 2009

Gempur Wahabi Di Bandar Seri Jempol.


Tarikh: 25/03/2009.

Masa: 8.00 pagi-1.30 tengahari.

Tempat: Dewan Feldajaya Selatan Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan.

Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Haji Mahfuz Bin Haji Muhammad al-Khalil.

Tajuk: Bida'ah Dhololah Suatu Penjelasan Mengikut Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Penganjur: Jabatan Agama Negeri Sembilan Darul Khusus.

Semua warga Jempol dijemput hadir.Buku-buku agama seperti buku "Makna Sebenar Bida'ah"-Satu Penjelasan Rapi karangan Sheikh Abdullah Al-Ghumari akan dijual pada masa seminar diadakan.

Gerakan memerangi puak Wahabi akan melebarkan sayapnya ke seluruh negara tanpa gentar diugut atau diganggu gugat.

Thursday, March 19, 2009

Artikel Dari Peguam Syarie MAIS

Diari - Mesyuarat Anti Wahabi


Salam semua,

Semalam, saya dijemput untuk hadir bersama di dalam satu mesyuarat yang dibuat bertujuan untuk membincangkan mengenai strategi-strategi mengekang fahaman Wahabi yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita melalui penubuhan satu NGO menentang gerakan ini. Tentunya sahabat-sahabat tertanya-tanya, apa sebenarnya Wahabi itu dan mengapa perlu dikekang. Sedikit sebanyak bolehlah saya kongsikan di sini, fahaman ini dipelopori oleh golongan yang selalu menganggap orang lain yang bermazhab ahli sunnah wal jamaah sebagai ahli bida'ah, kerana melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw semasa hayat baginda, berdasarkan hadis-hadis yang dirujuk oleh mereka. Golongan ini juga sering membidas dan mencela ulamak-ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah dan membida'ahkan orang lain. Golongan ektrimis Wahabi ini juga menghalalkan darah saudara seislam mereka untuk dibunuh disebabkan perselisihan pendapat mengenai perkara-perkara cabangan di dalam Al-Quran. Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin.

Kalau sahabat-sahabat ingat, ada beberapa ulamak besar di negara kita ini yang menganggap sambutan Maulidurrasul sebagai bida'ah, tahlil, talkin, bacaan Yasin malam Jumaat, semuanya sebagai bida'ah. Memanglah mungkin sesetengah ulamak berpandangan bahawa ini hanya pertikaian mengenai perkara cabangan, tetapi setelah mendengar pengalaman tokoh-tokoh agama yang lebih berpengalaman dalam isu ini, golongan Wahabi yang ekstrim boleh mengancam keselamatan sesebuah negara kerana fahaman yang dibawanya menghalalkan saudara seislam mereka dibunuh, kerana mengamalkan bida'ah, sedangkan kalau mengikut ajaran ulamak ahli sunnah wal jamaah, selama mana seseorang itu mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhamad itu pesuruh Allah, bukan sewenang-wenangnya dia boleh dibunuh. Golongan ini juga menentukan Hukum untuk sesuatu perkara secara liberal, sehingga boleh menghalalkan enzim babi, dan nikah tanpa wali!!

Mengikut pengalaman saya sendiri, terdapat beberapa masjid yang mempunyai masalah pengurusan disebabkan AJKnya berfahaman Wahabi. Sebagai contoh, Imam yang dilantik diminta untuk tidak membaca Qunut semasa solat Subuh, sedangkan telah menjadi amalan seluruh umat Islam di Malaysia untuk membaca Qunut semasa rakaat kedua solat Subuh. Di beberapa masjid lain, terdapat juga arahan supaya tidak membuat tahlil, talkin, wirid selepas solat, dengan alasan tiada sunnah atau hadis yang menyokong perbuatan-perbuatan tersebut. Ini tentunya akan menimbulkan pertikaian dan kekeliruan di kalangan jemaah, yang mengakibatkan masjid tidak dapat diimarahkan. Semasa bulan Ramadhan pula, timbul isu mengenai jumlah rakaat tarawih, 20 atau 8 rakaat sahaja.

Apapun, saya 100% bersetuju dengan penubuhan NGO untuk mengekang fahaman Wahabi ini, sebagai salah satu cara untuk menyekat pergerakan fahaman ini, di samping 1001 cara-cara lain. Untuk penyokong-penyokong Wahabi, bersedialah untuk diperangi dari segenap penjuru. Untuk rakan-rakan, demi menjaga agama masing-masing, saya menyeru kepada diri saya dan sahabat-sahabat semua, supaya bersama-sama mencegah fahaman ini daripada terus berkembang. Sebagai langkah permulaan, pencegahan ini hendaklah dibuat dengan bermula di rumah, iaitu keluarga masing-masing. Pastikan tidak berlaku unsur-unsur konflik yang saya nyatakan tadi. Sekiranya di kawasan anda ada berlaku pertikaian atau isu seperti yang saya nyatakan tadi, bolehlah membuat aduan lisan/bertulis kepada Bahagian Pengurusan Masjid JAIS atau Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk diambil tindakan lanjut. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini dapat membantu menjaga agama Islam yang merupakan tujuan utama Syariah.

Tokoh-tokoh ulamak besar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang turut menyertai mesyuarat ini, antaranya Dr Othman El-Muhammady (Pengarah ISTAC, UIAM) Dato' Salleh Ahmad (AJK Fatwa Selangor), Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Abu Bakar Abdul Hamid, OBD Daerah Petaling Selangor, Yusri Mohamed, (Presiden ABIM), wakil JAKIM, wakil masjid-masjid dll.

Ahli-ahli mesyuarat sedang tekun mendengar maklum balas yang disampaikan oleh salah seorang ahli yang hadir.

Saya dan beberapa muslimat yang hadir walaupun duduk di belakang, tetapi masih diberi peluang untuk menyuarakan pandangan dan mendengar penjelasan mengenai kebahayaan fahaman Wahabi ini.

Mudah-mudahan segala keputusan yang diperolehi di dalam Mesyuarat ini berjaya dilaksanakan. Amin..

Artikel di atas dipetik dari blog Norhani Salwa yang juga salah seorang AJK dalam SAFWAH.

Tuesday, March 17, 2009

NGO Ahli Sunnah Wal Jamaah - SAFWAH

Anggota SAFWAH bermesyuarat dengan teliti.

Tuan Haji Md. Shah,Dato' Mohd Khayoom Dan Dr. Fakhruddin.
Puan Jamaliah Dan Cik Hani.

Penubuhan SAFWAH adalah satu perkara yang dianggap mendesak kerana pertumbuhan fahaman sesat yang begitu cepat berlaku di institusi-intitusi pengajian tinggi tanahair dan di kawasan perumahan elit.Pergerakan Wahabiyah pula bermaharajalela mengembangkan sayapnya di surau-surau dan masjid di beberapa tempat di Selangor dengan tidak menghiraukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan akan menjadi lebih buruk yang boleh berakhir dengan perpecahan umat Islam umumnya dan orang-orang Melayu khususnya dan dengan itu amatlah perlu ditubuhkan NGO ini segera untuk menangani isu-isu ini.

Tujuan Dan Matlamat.

1)Menyatupadukan umat Islam dan mempertingkatkan fahaman mereka mengenai hukum syarak berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah tertakluk kepada undang-undang negeri dan persekutuan.
2)Mempertahankan dan memperjuangkan kepentingan umah dari segi aqidah, syariah dan akhlak serta mempertahankan institusi diraja sebagai ketua agama Islam melalui kepelbagaian medium dakwah atau berkaitan dengan masalah ibadat,penerbitan,penyampaian maklumat dan dakwah.

SAFWAH akan bergerak sebagai satu persatuan demi memelihara aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada dicemari oleh aqidah-aqidah yang bercanggah.
SAFWAH juga memelihara amalan umat Islam dengan bermazhab di atas jalan Imam Mazhab Syafie r.a. disamping menggunapakai mezhab tiga yang lain ketika dharurat.
SAFWAH juga mempertahankan tasawuf di atas jalan Imam Ghazali dan Imam-Imam tasawuf yang lain dari ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Wednesday, March 11, 2009

Berhati-Hati Membeli Buku Agama.


Kecenderungan masyarakat kita membeli buku-buku agama tanpa merujuk dahulu kandungan buku-buku tersebut daripada para 'alim ulama amatlah membimbangkan.Para penulis buku-buku agama yang hanya menggunakan kaedah dan pemikiran mereka untuk menulis bahan-bahan mengikut selera mereka akan mengakibatkan umat Islam menjadi umat yang tidak berilmu.
Kedua-dua buku yang saya paparkan ini mempunyai isi kandungan yang ditulis bukan dari kajian yang ilmiyah.Jika kandungannya disemak ia adalah daripada semakan ustaz-ustaz yang sealiran dengan penulis dan bukannya daripada tokoh-tokoh ilmuan yang diiktiraf.Penulisnya juga bukanlah seorang yang berkelayakan mentafsir beberapa permasalahan maka buku seperti ini diterbitkan hanyalah sebagai bahan mencari keuntungan disamping memberi kecelaruan kepada pembacanya yang jahil agama.
Saya mencabar agar penulis memberikan kedua-dua buku ini kepada tokoh agama yang diiktiraf seperti Dr.Uthman Muhamaddiy, Dato' Wan Zahidi Bin Wan Teh(Mufti Wilayah), Dato' Haji Mohd Murtadza Hj. Ahmad (Bekas Mufti N.Sembilan), Dato' Haji Salleh Hj. Ahmad (YDP Persatuan Ulama Malaysia), Datuk Haji Md. Hashim Hj. Yahya (Bekas Mufti Wilayah) dan beberapa tokoh lagi untuk disemak kandungannya.
Pihak berwajib seperti KDN seharusnya peka dengan bahan-bahan seperti ini yang boleh menyebabkan berlakunya perpecahan umat Islam.Jika tidak, semua orang yang suka menulis pun boleh menerbitkan buku-buku seumpama ini untuk mencari sedikit keuntungan tanpa memikirkan apakah layak dirinya menulis seperti ini.Mencari ilmu dengan membaca tanpa guru seumpama kita berguru dengan Syaitan.

Monday, March 9, 2009

Rasullullah s.a.w. Penyelamat Ummah.


Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim Bin Abdu Manaf Bin Qushai Bin Murrah Bin Kilab Bin Lu'ai Bin Ghalib Bin Fihrin Bin Malik Bin Nadhar Bin Kinanah Bin Khuzaimah Bin Bin Mudrikah Bin Ilyas Bin Mudhar Bin Nazar Bin Ma'ad Bin Adnan.

Ibunya Aminah selamat melahirkan anaknya pada waktu subuh hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun 571 Masihi.

Akhlak dan peribadi Rasullullah s.a.w.

1) As-Syaja'rah (Keberanian).
2) Al-Karam (Pemurah).
3) Al-Iffah (Mengawal Diri).
4) As-Sidq (Benar).
5) Amanah (Tidak Khianat).
6) Sabar.
7) Al-Afwu. (Pemaaf).
8) Ar-Rahmah (Kasih Sayang).
9) Itharus-Salam (Cinta Damai).
10)At-Tawadhu' (Rendah Hati).
11)Az-Zuhdu (Zuhud).

Seperti kata Siti Aishah, akhlak Rasullullah s.a.w. ialah Al-Quran.Allah swt menegaskan dalam surah Ahzab ayat 21,"Sesungguhnya pada diri Rasullullah contoh ikutan yang baik bagi siapa yang mematuhi Allah dan mengharapkan ganjarannya di akhirat".

Lain-Lain Akhlak Rasullullah s.a.w.

1) Setia pada janji.
2) Suka berunding.
3) Gemar bekerja.
4) Baik pergaulannya.
5) Gemar bergurau.

Baginda hanya makan sehari dan lapar sehari.Bila baginda lapar baginda bersyukur kepada Allah dan bersabar di atas ujianNya.

Sabda Rasullullah s.a.w.,"Hidupku di dunia umpama seorang musafir yang berteduh sebentar di bawah sepohom kayu rendang.Bila lelahku hilang aku meneruskan perjalanan".

Saturday, March 7, 2009

Kulit Babi Dan Rasul Dahari.



Alahai apa nak jadi dengan Rasul Dahari sampai sanggup nak menggunakan barangan dari kulit babi.Kalau inilah yang diajar oleh Rasul Dahari kepada orang ramai, alamat rosaklah semuanya.Dah jelas babi itu samada daging, darah, kulit atau apa sekalipun adalah haram tapi memandai pula si Rasul Dahari ni tukar-tukar.Yang malangnya pengikut setia Rasul Dahari terima bulat-bulat pemahaman ini.Kan banyak kulit-kulit binatang lain selain babi boleh digunakan, kenapalah Rasul Dahari ni minta siapa yang tak mahu pakai bagi Ana pakai.Rosak mu ni Rasul Dahari!!!!!

Wednesday, March 4, 2009

Menjawab Tuduhan Rasul Dahri Yang Dangkal.



Pendapat yang masyhur dalam mazhab Malik dan al-Syafi'e menyatakan pahala Al-Quran tidak sampai kepada si mati.Menurut mazhab Ahmad Bin Hanbal dan sebahagian besar ulama' terdahulu, pahala Al-Quran sampai kepada si mati.Pendapat ini ditarjihkan oleh para ulama Maliki yang terkemudian serta ulama yang lainnya.

Imam al-Nawawi menyebutkan dalam kitab al-Azkar - setelah berlakunya ijma' bahawa doa untuk si mati sampai kepadanya dan si mati mendapat manafaat dengan pahala doa tersebut mengatakan,para ulama berselisih pendapat tentang adakah sampai pahala membaca Al-Quran kepada si mati.Menurut pendapat yang masyur dalam mazhab al-Syafi'e dan sekumpulan ulama mengatakan pahala membaca Al-Quran tidak sampai kepada si mati sedangkan pendapat Imam Ahmad dan sekumpulan ulama daripada mazhab Syafi'e berpendapat, pahala membaca Al-Quran sampai kepada si mati.Jesteru itu pendapat yang terpilih ialah (dengan mengambil kira kedua-dua pendapat ini) pembaca Al-Quran setelah selesai bacaannya hendaklah berdoa dengan menyebutkan,"Ya Allah, sampaikanlah pahala ayat Al-Quran yang aku bacakan ini kepada si polan (si mati).Pembaca Al-Quran mendapat pahala dan si mati juga mendapat pahala tanpa mengurangkan pahala sipembaca tersebut.

Dalil mengatakan sampainya pahala bacaan Al-Quran kepada si mati.

Al-Tabarani dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya,aku mendengar Rasullullah s.a.w bersabda dengan maksudnya:

Apabila salah seorang dari kamu meninggal dunia,janganlah kamu tahan jenazahnya, dan bersegeralah membawanya ke kubur, serta bacalah di sisi kepalanya fatihal al-kitab.Lafaz riwayat al-Baihaqi menyebutkan,permulaan surah al-Baqarah dan di sisi kakinya penutub surah al-Baqarah di kuburnya.

Dalam hadis-hadis yang sahih telah sabit daripada Rasullullah s.a.w bahawa amalan sedekah,puasa,haji dan umrah sampai pahalanya kepada si mati.Amalan-amalan ini adalah ibadat dan membaca Al-Quran juga satu ibadat.Oleh itu ia juga sampai pahalanya kepada si mati.Ini kerana tiada bezanya antara bacaan Al-Quran dengan ibadat yang disebutkan.Perbandingan ini termasuk dalam qiyas jaliy (qiyas yang terang)tidak diperselisihkan oleh ulama'bahawa ia adalah hujah dan perlu diamalkan.

Para ulama' menggalakan menziarahi kubur kerana bacaan Al-Quran itu sebagai buah tangan untuk si mati oleh penziarah kubur.Hadis Rasullullah s.a.w bermaksud,"Setiap anggota tubuh kamu berpagi dengan ada sedekah ke atasnya.Setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah,setiap tahlil adalah sedekah,setiap takbir adalah sedekah,menyuruh yang makruf adalah sedekah,melarang yang mungkar adalah sedekah.Semua ini dapat diperolehi melalui dua rakaat sembahyang yang dilakukan pada waktu Dhuha".
Hadis ini membawa kefahaman bahawa bacaan Al-Quran juga termasuklah dalam erti sedekah menurut syarak.

Oleh itu Rasul Dahari perlu membaca lebih banyak kitab-kitab yang menyatakan bahawa pahala membaca Al-Quran itu sebenarnya sampai kepada si mati apabila diniatkan sebagai sedekah daripada pembacanya kepada si mati.Insya'allah membaca Al-Quran itu adalah satu-satu amalan yang amat digalakkan dan Allah itu Maha Adil,Pemurah Dan Penyayang.Seumpama kita memberi salam apabila memasuki kawasan perkuburan maka si mati tidak mendengar tetapi Allah akan memperdengarkannya.Agaknya kalau mati Rasul Dahari nanti, sia-sialah sebab tak ada siapa yang akan menghadiahkan apa-apa kepadanya, maka mengharaplah akan dia sesuatu daripada warisnya.Kesian juga dengan Rasul Dahari ini yang berfahaman begini kerana mungkin dia rasakan dirinya dah sempurna dan cukup bekalan untuk dibawa ke alam barzakh, maka tak perlu lagi bacaan Al-Quran dan seumpamanya apabila beliau dijemput oleh Allah nanti.Yang lebih malang sekali bagi pendengar-pendengar ceramahnya terus telan bulat-bulat apa yang disampaikan oleh Rasul Dahari tanpa menyelidik dan menuntut pengajian dari ramai guru.Maka akan lahirlah generasi yang malas beramal disebabkan terlalu taksub dengan Rasul Dahari.Sebenarnya Rasul Dahari hanya mencari populariti dengan menyebarkan pemahaman-pemahaman yang amat jelik dan dangkal.Maka dengan cara begini maka ramailah orang akan bercakap dan menyebut namanya walaupun ajaran yang disampaikannya itu bertentangan dengan pegangan ulama' muktabar.

Tuesday, March 3, 2009

Raja Petra Membela Agama Mana?

Some Malays, PKR and PAS Malays included, are very narrow-minded and ignorant. And this is because they recite the Quran like parrots without understanding what they are reciting -- mainly because they do not speak the language of the Quran.
I met the Imam of the Kwangchow mosque and he spoke to me in Arabic. I replied, “Mafi kalam Arabi.” He was surprised because I just did my prayers in the mosque, which he assumed I would have performed in Arabic.
“You don’t speak Arabic?”
“No,” I replied.
“You can read the Quran?”
“Yes,” I replied.
“You can read the Quran but you can’t speak Arabic? How do you do that?”
“I recite only, not read.”
“So you can’t understand what you recite?”
“No,” I replied.
“What kind of Muslim are you? You recite the Quran but can’t understand what you are reciting.”
“Well, I am the same as 99% other Muslims in Malaysia. We all don’t speak Arabic and can’t understand what we are reciting.”
The Imam shook his head and went off to pray for God to have mercy on me -- and the 99% other Malay Muslims in Malaysia.

ulasan: Siapakah yang ingin dibela oleh Raja Petra? Artikel di atas dipetik dari laman web Raja Petra yang juga menyertakan beberapa ayat berbahasa Arab dari kitab Bible.Apakah tulisan berbahasa Arab di dalam kitab bible itu sama ketinggian darjatnya dengan Al-Quran yang diturunkan kepada Rasullullah s.a.w?

Nampaknya kegigihan Raja Petra mempromosikan kitab Bible berbahasa Arab seolah-olah cuba menjadi wakil dari pihak gereja untuk menggunakan perkataan "Allah" untuk penerbitan dan ucapan-ucapan di gereja-gereja.

Sambil menempelak sebahagian umat Islam kerana membaca Al-Quran tanpa memahami maksudnya adalah satu tuduhan yang amat jahil dan dangkal.Kalau kita solat, kita perlu mempelajari maksud bacaan dalam solat itu.Kalau kita membaca Al-Quran, kita juga perlu membaca terjemahannya jika kita tidak pandai berbahasa Arab.Apakah tidak ada ruang untuk Raja Petra memahami maksud Al-Quran itu sendiri sedangkan pengajian tafsir Al-Quran telah berlambak ada di negara ini.

Raja Petra boleh mempamirkan tulisan Arab kitab Bible dengan maksudnya sekali, maka apakah beliau yang mengatakan beliau tidak faham apa yang dibaca di dalam Al-Quran tidak boleh mempelajarinya?Sepatutnya apabila ditanya soalan "So, you can't understand what you recite?", Raja Petra harus menjawabnya, "I recite the Quran and read the translation to make me more understand with what I am reading".
Namun beliau menjawab "No" maka ini menampakkan kebodohan beliau sendiri.Seumpama ibu-ibu atau anak-anak yang menonton filem Hindustan, maka mereka akan memahami maksud cerita tersebut berdasarkan sarikata yang disediakan.Berapa ramai anak-anak muda pergi menonton wayang gambar Inggeris tetapi memahami jalan cerita tersebut dengan membaca sarikatanya walaupun kebanyakan anak-anak muda ini tidak boleh berbahasa Inggeris.

Perkataan Allah yang terdapat di dalam Al-Quran tidak boleh disamakan dengan apa yang terdapat dalam kitab-kitab Bible berbahasa Arab.Ini jelas kerana di dalam Al-Quran, Allah disembah dan tidak disamakan dengan makhluknya.Kitab Bible berbahasa Arab itu adalah tulisan manusia dan bukannya yang diturunkan oleh Allah.Sedangkan segala perkataan yang terdapat di dalam Al-Quran bukanlah ciptaan manusia tetapi diturunkan oleh Allah kepada Rasullullah s.a.w.Apakah kitab Bible berbahasa Arab ini mengakui bahawa Allah itu adalah Tuhan yang satu, tidak beranak dan diperanakkan?Apakah di dalam kitab Bible berbahasa Arab menyuruh pengikutnya mengEsakan Allah?Apa yang dilihat kebanyakan kitab-kitab Bible mengatakan bahawa Jesus ataupun Nabi Isa adalah tuhan mereka.

Raja Petra yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w dan menyembah Allah yang satu sepatutnya tidak bertindak mempertahankan penggunaan perkataan Allah oleh pihak Kristian.Adalah lebih baik beliau menggunakan kebijaksanaannya dalam berhujah untuk mempromosikan keindahan Islam itu sendiri tanpa mencari-cari kesalahan yang dilakukan oleh umat Islam.Jika ada kepincangan yang dilakukan oleh umat Islam, maka itu bukanlah kelemahan dalam pengajian Islam itu sendiri kerana Islam itu terlalu indah jika kita betul-betul memahami konsep Islam itu sendiri.