Wednesday, March 11, 2009

Berhati-Hati Membeli Buku Agama.


Kecenderungan masyarakat kita membeli buku-buku agama tanpa merujuk dahulu kandungan buku-buku tersebut daripada para 'alim ulama amatlah membimbangkan.Para penulis buku-buku agama yang hanya menggunakan kaedah dan pemikiran mereka untuk menulis bahan-bahan mengikut selera mereka akan mengakibatkan umat Islam menjadi umat yang tidak berilmu.
Kedua-dua buku yang saya paparkan ini mempunyai isi kandungan yang ditulis bukan dari kajian yang ilmiyah.Jika kandungannya disemak ia adalah daripada semakan ustaz-ustaz yang sealiran dengan penulis dan bukannya daripada tokoh-tokoh ilmuan yang diiktiraf.Penulisnya juga bukanlah seorang yang berkelayakan mentafsir beberapa permasalahan maka buku seperti ini diterbitkan hanyalah sebagai bahan mencari keuntungan disamping memberi kecelaruan kepada pembacanya yang jahil agama.
Saya mencabar agar penulis memberikan kedua-dua buku ini kepada tokoh agama yang diiktiraf seperti Dr.Uthman Muhamaddiy, Dato' Wan Zahidi Bin Wan Teh(Mufti Wilayah), Dato' Haji Mohd Murtadza Hj. Ahmad (Bekas Mufti N.Sembilan), Dato' Haji Salleh Hj. Ahmad (YDP Persatuan Ulama Malaysia), Datuk Haji Md. Hashim Hj. Yahya (Bekas Mufti Wilayah) dan beberapa tokoh lagi untuk disemak kandungannya.
Pihak berwajib seperti KDN seharusnya peka dengan bahan-bahan seperti ini yang boleh menyebabkan berlakunya perpecahan umat Islam.Jika tidak, semua orang yang suka menulis pun boleh menerbitkan buku-buku seumpama ini untuk mencari sedikit keuntungan tanpa memikirkan apakah layak dirinya menulis seperti ini.Mencari ilmu dengan membaca tanpa guru seumpama kita berguru dengan Syaitan.

1 comment:

ndsap said...

Memang semua umat isalam takut pada azab Allah.Kecenderungan membeli buku untuk bacaan tak perlulah pada setiap kali membeli kena rujuk pada ulama,kalau ulama tersebut tak bersetuju dengan pendapat yang ada pada buku tersebut memang dia akan kata buku tersebut begitulah beginilah Kita tak dapat menyuruh orang sependapat dengan kita.Jangan kita asyik bertelagah dengan perkara-perkara yang sebegini rupa,segala amalan hanya Allah yang menentukan diterima atau tidak,jangan kita asyik nak melebelkan orang itu begini dan begitu.Islam melarang kita buruk sangka pada orang lain,jangan kita membenci orang itu disebabkan berbeza pendapat,kalaulah ustaz lain menulis buku dan ada ustaz/ulama lain yang mengatakan tak betul sampai bila nak selesai masalah tersebut ,cuba bawa bersemuka cari jalan penyelesaian bukan hanya hentam kat blog saja.Saya ni bukan ahli akedemik agama tapi saya tahu menilai mana yang betul dan mana yang salah walau apa buku dibaca sekali pun.Cuba tumpu perhatian kita sekarang kearah macamana nak membendung orang islam kita yang banyak membuat maksiat di pusat-pusat hiburan.