Sunday, March 29, 2009

Jauhi Golongan Salafiyyah Wahhabiyyah.-PENTING!!!!!!



"Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telahpun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba' al-Sunnah yang membawa fahaman seperti Salafiyyah Wahhabiyyah".

Ciri-ciri ini diambil daripada kertas kerja yang diterbitkan oleh:
1) Jabatan Mufti Johor dalam Multaqa Penjelasan Hukum Berkenaan Isu-Isu Aqidah dan Syariat bertajuk "Penafian Dan Jawapan Kepada Tuduhan Semua Bida'ah Itu Dholalah".(2007)
2) Bahagian Dakwah Jabatan Agama Negeri Selangor (2007) bertajuk,"Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Cabarannya Merentasi Abad".

Aqidah.

1) Membahagikan Tauhid Kepada 3 Kategori.

a) Tauhid Rubbubiyyah. Mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tauhid.
b) Tauhid Uluhiyyah. Mereka manafikan tauhid umat Islam yang bertawassul,beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama' Islam khasnya ulama' empat mazhab.
c) Tauhid Asma Wa Sifat. Tauhid versi ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim.
1-Menterjemahkan istiwa sebagai bersemayam/bersila.
2-Menterjemahkan yadd sebagai tangan.
3-Menterjemahkan wajh sebagai muka.
4-Menisbahkan jihah(arah) kepada Allah(arah atas-jihah 'ulya).
5-Menterjemahkan janb sebagi lambung/rusuk.
6-Menterjemahkan nuzul sebagai turun dengan zat.
7-Menterjemahkan saq sebagai betis.
8-Menterjemahkan asabi' sebagai jari-jari dan lain-lain.
9-Menambah bi zatihi haqiqatan (dengan zat secara hakikat) di akhir setiap ayat mutashabihat.

2) Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama' Asha'irah.
3) Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa huraian dari ulama' muktabar.
4) Menolak Asha'irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama' Islam dalam perkara aqidah.
5) Sering mengkritik Asha'irah malah mengkafirkannya.
6) Menyamakan Asha'irah dengan Mu'tazilah dan Jahmiyyah atau Mua'ththilah dalam perkara mutashabihat.
7) Menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek lalu menolak pengajian sifat 20.
8) Berselindung di sebalik mazhab Salaf.
9) Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hashawiyyah,al-Mushabbihah,al-Mujassimah atau al-Jahwiyyah di kalangan ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah.
10) Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash'ari telah kembali ke mazhab salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha'irah.
11) Mendakwa kononnya ulama' Asha'irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha'ri.
12) Menolak ta'wil dalam bab mutashabihat.
13) Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik.
14) Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah s.a.w boleh membawa kepada syirik.
15) Tidak mengambil berat kesan-kesan sejarah para anbiya', ulama dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik.
16) Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik.
17) Menolak tawassul,tabarruk dan istighathah dengan para anbiya' serta solihin.
18) Menganggap tawassul,tabarruk dan istighathah sebagai cabang-cabang syirik.
19) Memandang remeh karamah para awliya'.
20) Menyatakan bahawa ibu-bapa Rasulullah s.a.w dan datuk baginda tidak terselamat dari api neraka.

Bersambung..................................................banyak lagi penyelewengan golongan yang menamakan diri mereka sebagai golongan Salaf yang akan kita ketahui.

No comments: