Wednesday, March 4, 2009

Menjawab Tuduhan Rasul Dahri Yang Dangkal.



Pendapat yang masyhur dalam mazhab Malik dan al-Syafi'e menyatakan pahala Al-Quran tidak sampai kepada si mati.Menurut mazhab Ahmad Bin Hanbal dan sebahagian besar ulama' terdahulu, pahala Al-Quran sampai kepada si mati.Pendapat ini ditarjihkan oleh para ulama Maliki yang terkemudian serta ulama yang lainnya.

Imam al-Nawawi menyebutkan dalam kitab al-Azkar - setelah berlakunya ijma' bahawa doa untuk si mati sampai kepadanya dan si mati mendapat manafaat dengan pahala doa tersebut mengatakan,para ulama berselisih pendapat tentang adakah sampai pahala membaca Al-Quran kepada si mati.Menurut pendapat yang masyur dalam mazhab al-Syafi'e dan sekumpulan ulama mengatakan pahala membaca Al-Quran tidak sampai kepada si mati sedangkan pendapat Imam Ahmad dan sekumpulan ulama daripada mazhab Syafi'e berpendapat, pahala membaca Al-Quran sampai kepada si mati.Jesteru itu pendapat yang terpilih ialah (dengan mengambil kira kedua-dua pendapat ini) pembaca Al-Quran setelah selesai bacaannya hendaklah berdoa dengan menyebutkan,"Ya Allah, sampaikanlah pahala ayat Al-Quran yang aku bacakan ini kepada si polan (si mati).Pembaca Al-Quran mendapat pahala dan si mati juga mendapat pahala tanpa mengurangkan pahala sipembaca tersebut.

Dalil mengatakan sampainya pahala bacaan Al-Quran kepada si mati.

Al-Tabarani dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya,aku mendengar Rasullullah s.a.w bersabda dengan maksudnya:

Apabila salah seorang dari kamu meninggal dunia,janganlah kamu tahan jenazahnya, dan bersegeralah membawanya ke kubur, serta bacalah di sisi kepalanya fatihal al-kitab.Lafaz riwayat al-Baihaqi menyebutkan,permulaan surah al-Baqarah dan di sisi kakinya penutub surah al-Baqarah di kuburnya.

Dalam hadis-hadis yang sahih telah sabit daripada Rasullullah s.a.w bahawa amalan sedekah,puasa,haji dan umrah sampai pahalanya kepada si mati.Amalan-amalan ini adalah ibadat dan membaca Al-Quran juga satu ibadat.Oleh itu ia juga sampai pahalanya kepada si mati.Ini kerana tiada bezanya antara bacaan Al-Quran dengan ibadat yang disebutkan.Perbandingan ini termasuk dalam qiyas jaliy (qiyas yang terang)tidak diperselisihkan oleh ulama'bahawa ia adalah hujah dan perlu diamalkan.

Para ulama' menggalakan menziarahi kubur kerana bacaan Al-Quran itu sebagai buah tangan untuk si mati oleh penziarah kubur.Hadis Rasullullah s.a.w bermaksud,"Setiap anggota tubuh kamu berpagi dengan ada sedekah ke atasnya.Setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah,setiap tahlil adalah sedekah,setiap takbir adalah sedekah,menyuruh yang makruf adalah sedekah,melarang yang mungkar adalah sedekah.Semua ini dapat diperolehi melalui dua rakaat sembahyang yang dilakukan pada waktu Dhuha".
Hadis ini membawa kefahaman bahawa bacaan Al-Quran juga termasuklah dalam erti sedekah menurut syarak.

Oleh itu Rasul Dahari perlu membaca lebih banyak kitab-kitab yang menyatakan bahawa pahala membaca Al-Quran itu sebenarnya sampai kepada si mati apabila diniatkan sebagai sedekah daripada pembacanya kepada si mati.Insya'allah membaca Al-Quran itu adalah satu-satu amalan yang amat digalakkan dan Allah itu Maha Adil,Pemurah Dan Penyayang.Seumpama kita memberi salam apabila memasuki kawasan perkuburan maka si mati tidak mendengar tetapi Allah akan memperdengarkannya.Agaknya kalau mati Rasul Dahari nanti, sia-sialah sebab tak ada siapa yang akan menghadiahkan apa-apa kepadanya, maka mengharaplah akan dia sesuatu daripada warisnya.Kesian juga dengan Rasul Dahari ini yang berfahaman begini kerana mungkin dia rasakan dirinya dah sempurna dan cukup bekalan untuk dibawa ke alam barzakh, maka tak perlu lagi bacaan Al-Quran dan seumpamanya apabila beliau dijemput oleh Allah nanti.Yang lebih malang sekali bagi pendengar-pendengar ceramahnya terus telan bulat-bulat apa yang disampaikan oleh Rasul Dahari tanpa menyelidik dan menuntut pengajian dari ramai guru.Maka akan lahirlah generasi yang malas beramal disebabkan terlalu taksub dengan Rasul Dahari.Sebenarnya Rasul Dahari hanya mencari populariti dengan menyebarkan pemahaman-pemahaman yang amat jelik dan dangkal.Maka dengan cara begini maka ramailah orang akan bercakap dan menyebut namanya walaupun ajaran yang disampaikannya itu bertentangan dengan pegangan ulama' muktabar.

1 comment:

SOCCER FANATIC said...

Great blog with nice pictures.

For more info on soccer, pls visit http://aptconnections.blogspot.com/

For more links on technology, pls visit www.yasthirah.com

For more info on Singapore Housing Rentals, pls visit www.yaspower.com

HAPPY BLOGGING!