Tuesday, March 17, 2009

NGO Ahli Sunnah Wal Jamaah - SAFWAH

Anggota SAFWAH bermesyuarat dengan teliti.

Tuan Haji Md. Shah,Dato' Mohd Khayoom Dan Dr. Fakhruddin.
Puan Jamaliah Dan Cik Hani.

Penubuhan SAFWAH adalah satu perkara yang dianggap mendesak kerana pertumbuhan fahaman sesat yang begitu cepat berlaku di institusi-intitusi pengajian tinggi tanahair dan di kawasan perumahan elit.Pergerakan Wahabiyah pula bermaharajalela mengembangkan sayapnya di surau-surau dan masjid di beberapa tempat di Selangor dengan tidak menghiraukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan akan menjadi lebih buruk yang boleh berakhir dengan perpecahan umat Islam umumnya dan orang-orang Melayu khususnya dan dengan itu amatlah perlu ditubuhkan NGO ini segera untuk menangani isu-isu ini.

Tujuan Dan Matlamat.

1)Menyatupadukan umat Islam dan mempertingkatkan fahaman mereka mengenai hukum syarak berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah tertakluk kepada undang-undang negeri dan persekutuan.
2)Mempertahankan dan memperjuangkan kepentingan umah dari segi aqidah, syariah dan akhlak serta mempertahankan institusi diraja sebagai ketua agama Islam melalui kepelbagaian medium dakwah atau berkaitan dengan masalah ibadat,penerbitan,penyampaian maklumat dan dakwah.

SAFWAH akan bergerak sebagai satu persatuan demi memelihara aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada dicemari oleh aqidah-aqidah yang bercanggah.
SAFWAH juga memelihara amalan umat Islam dengan bermazhab di atas jalan Imam Mazhab Syafie r.a. disamping menggunapakai mezhab tiga yang lain ketika dharurat.
SAFWAH juga mempertahankan tasawuf di atas jalan Imam Ghazali dan Imam-Imam tasawuf yang lain dari ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

1 comment:

Edy hafiez said...

salam asy,ariyah waal maturidiyah..