Thursday, April 30, 2009

Syeikh Habib Ali al-Jifri - Dedah Perangai Wahabi.



Syeikh Habib Ali al-Jifri mendedahkan sikap melampau puak Wahabi dalam ceramahnya.Di antara tuduhan Wahabi ialah tentang isu kedua-dua ibu-bapa Rasulullah s.a.w,sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w,menziarahi kubur Rasulullah s.a.w dan berbagai-bagai lagi.Wahabi sememangnya amat gemar menuduh umat Islam yang lain sebagai pelaku bidaah,syirik,kafir,sesat dan banyak lagi tuduhan mereka ke atas umat Islam.Gerakan ini semakin dibimbangi kerana telah menular di negara kita Malaysia sedikit demi sedikit.Jika tidak dibendung maka virus ini akan menular dengan cepat dan akhirnya negara kita akan menjadi sebagai satu negara yang mana jatuhnya kerajaan empayar Uthmaniah yang telah dihancurkan oleh puak-puak Wahabi yang bersekongkol dengan kerajaan British yang diterajui oleh T E Lawrence ataupun dikenali sebagai Lawrence The Arabia.

Saturday, April 25, 2009

Bahaya Tauhid Fahaman Wahabi.



Dr. Uthman Muhammadiy menjelaskan sikap golongan Wahabi yang menuduh di sini-sana sebagai bidaah,syirik dan sebagainya.Tauhid 3 yang dipromosikan oleh puak Wahabi ada dalil dan nas ke?Ini disebabkan setiap amalan kita yang dibidaahkan oleh golongan ini dituduh mungkar dan dimintakan dalil dan nas.Pegangan Ijma' Ulama' langsung tak diambil kira oleh golongan Wahabi ini.

“Dan pembahagian Tauhid kepada Uluhiyyah dan Rububiyyah adalah daripada pembahagian yang baru yang tidak datang daripada generasi Salafus Soleh. Dan orang pertama yang menciptanya – mengikut pendapat yang masyhur – ialah Sheikh Ibnu Taymiyyah (semoga Allah merahmati beliau),…

Melainkan beliau membawanya kepada had yang melampau sehingga menyangkakan bahawa Tauhid Rububiyyah semata-mata tidak cukup untuk beriman, dan bahawa sesungguhnya golongan Musyrikin itu bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan sesungguhnya ramai daripada golongan umat Islam daripada Mutakallimin (ulama’ tauhid yang menggabungkan naqal dan aqal) dan selain daripada mereka hanyalah bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan mengabaikan Tauhid Uluhiyyah.

Dan pendapat yang menyatakan bahawa sesungguhnya Tauhid Rububiyyah sahaja tidak mencukupi untuk menentukan keimanan adalah pendapat yang bid’ah dan bertentangan dengan ijma’ umat Islam sebelum Ibnu Taymiyyah…

Dan pemikiran-pemikiran takfir ini sebenarnya bersembunyi dengan pendapat-pendapat yang rosak ini dan menjadikannya sebagai jalan untuk menuduh umat Islam dengan syirik dan kufur dengan menyandarkan setiap kefahaman yang salah ini kepada Sheikh Ibnu Taymiyyah (semoga Allah merahmatinya) adalah daripada tipu daya dan usaha menakutkan yang dijalankan oleh pendokong-pendokong pendapat luar (yang bukan daripada Islam ini) untuk mereka memburuk-burukkan kehormatan umat Islam.

Dan inilah sebenarnya hakikat mazhab golongan Khawarij dan telah banyak nas-nas Syariat menyuruh agar kita berhati-hati daripada terjebak ke dalam kebathilannya.”

Pembahasan :

1. Syirik dan Tauhid (Iman) tidak mungkin bersatu. Hal ini adalah 2 perkara yang berlawanan bagai siang dengan malam.

“Tidak boleh berkumpul antara iman dan kikir di dalam hati orang yang beriman selama-lamanya” [HR Ibn Adiy].

lihatlah : iman dan bakhil saja tidak akan bercampur!
apalagi iman dengan KUfur!!!!
TIDAK ADA SEBUTAN UMMAT BERTAUHID BAGI YANG TAUHIDNYA BERCAMPUR DGN KUFUR, YANG ADA ADALAH “MUSYRIK” SECARA MUTLAK!

2. Orang kafir di nash kafir tidak layak disebut bertauhid (dengan tauhid apapun) bahkan orang yang telah masuk islam tapi melakukan perbuatan yang membuat mereka kufur, itupun tak layak mendapat sebutan bertauhid dan di nash sebagai KAFIR SECARA MUTLAK!

Dalil Kufur Fi’li:

Maknanya: “Janganlah kalian bersujud kepada matahari dan janganlah (pula) kepada bulan…” (Q.S. Fushshilat: 37)

Dalil Kufur Qauli:

Maknanya: “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka katakan) tentulah mereka akan menjawab sesungguhnya
kami hanyalah bersendagurau dan bermain-main saja. Katakanlah apakah terhadap Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu berolok-olok , tidak usah kamu minta maaf, karena kamu telah kafir sesudah beriman …” (Q.S. at-Tubah 65-66)

Maknanya: “Mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahwa mereka telah mengatakan (sesuatu yang menyakitimu). Sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kufur dan menjadi kafir sesudah mereka sebelumnya muslim …” (Q.S. at-Taubah: 74)

3. Iman itu yakin sepenuhnya dalam hati, diucapkan dgn lisan dan diamalkan dengan lisan. Orang hanya ucapannya saja itu tak layak disebut beriman/bertauhid!

Maknanya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka
tidak ragu-ragu…” (Q.S. al Hujurat: 15)

4. Tidak ada pembagaian Tauhid rububiyah dan uluhiyah. Tauhid uluhiyah ialah tauhid rububiyah dan tidak bisa dipisah.

Dari abu dzar ra. berkata, rasulullah saw bersabda : “Tidaklah seorang hamba Allah yang mengucapkan Laa ilaha illallah kemudian mati dengan kalimat itu melainkan ia pasti masuk sorga”, saya berkata : “walaupun ia berzina dan mencuri?”, Beliau menjawab :” walaupun ia berzina dan mencuri”, saya berkata lagi : “walaupun ia berzina dan mencuri?” Beliau menjawab :” walaupun ia berzina dan mencuri, walaupun abu dzar tidak suka” (HR imam bukhary, bab pakaian putih, Hadis no. 5827). Lihat ratusan hadis ttg kalimat tauhid laa ilaha illah dalam kutubushitah!

Kalimat “laailaha illalllah” mencakup rububiyah dan uluhiyah, kalau saja uluhiayah tak mencukupi, maka syahadat ditambah : “laa ilaha wa rabba illallah”
tapi nyatanya begitu!!

hadis tentang pertanyaan malaikat munkar nakir di kubur : “Man rabbuka?”
kalaulah tauhid rububiyah tak mencukupi, pastilah akan ditanya : Man rabbuka wa ilahauka?, tapi nyatanya tidak!!

5. WAHABY MENGGELARI ORANG YANG DI NASH KAFIR SECARA MUTLAK OLEH ALLAH DAN RASUL-NYA DENGAN GELAR “UMAT BERTAUHID RUBUBIYAH”


- orang kafir tetap di sebut kafir secara mutlak, tak ada satupun gelaran “tauhid” bagi mereka! lihat QS. Az Zukhruf ayat 88


وَلَا يَمْلِكُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِ الشَّفَاعَةَ إِلَّا مَن شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

وَقِيلِهِ يَارَبِّ إِنَّ هَؤُلَاء قَوْمٌ لَّا يُؤْمِنُونَ

فَاصْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلَامٌ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

86. Dan sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memberi syafa’at; akan tetapi (orang yang dapat memberi syafa’at ialah) orang yang mengakui yang hak (tauhid) dan mereka meyakini(nya)1368.

87.Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab: “Allah”, maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)?,

88.dan (Allah mengetabui) ucapan Muhammad: “Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman (tidak bertauhid DI NASH KAFIR SECARA MUTLAK!!)”.

89.Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: “Salam (selamat tinggal).” Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).
(QS. Az Zukhruf : 86-89)

Orang kafir menurut tauhid rububiyah wahaby sendiri tidak yakin 100% kerububiyahan Allah
MEREKA MASIH MENYAKINI BERHALA-BERHALA BISA MEMBERI MANFAAT!!! Mereka telah di nash kafir atau tidak ada iman oleh Allah dan rasulnya!, tak ada satupun gelaran “tauhid” bagi mereka! lihat QS. Az Zukhruf ayat 88

Sedangkan “seorang kafir tidak mungkin muslim apalagi mu’min (beriman/bertauhid)

dan “seorang mu’min itu pasti muslim, tetapi seorang muslim belum tentu mu’min” sesuai dengan firman Allah :

Surat alHujurat : 14
Jadi , muslim = orang islam (secara hukum) sudah syhadatain
munafiq = muslim (secara hukum) yang bukan mu’min, dhahirnya muslim tapi aqidahnya belum betul
mu’min = orang yang iman betul dan kuat dan pasti muslim
kafir = bukan bukan muslim apalagi mu’min

‘Orang-orang Arab Badui berkata, “kami telah beriman.” Katakanlah (kepada mereka), “kamu belum beriman, tetapi katakanlah ‘kami telah tunduk (Islam),’ karena iman belum masuk ke dalam hatimu … ”

kenapa wahaby menghukumi orang kafir sebagai “umat bertauhid/beriman rububiyah”????

Kesimpulan (silahkan rujuk pusat fatwa al-azhar mesir):

orang Wahabi mengatakan : orang kafir mengakui adanya Allah tetapi mereka menyembah selain Allah.
Jadi, kata mereka, ada orang yang mengakui adanya Tuhan tetapi menyembah selain Tuhan adalah bertauhid Rububiyah iaitu Tauhidnya orang yang mempersekutukan Allah. Adapun Tauhid Uluhiyah ialah tauhid yang sebenar-benarnya iaitu mengesakan Tuhan sehingga tidak ada yang disembah selain Allah.

Demikian pengajian Wahabi.Pengajian seperti ini tidak pernah ada sejak dahulu. hairan kita melihat falsafahnya. Orang kafir yang mempersekutukan Tuhan digelar kaum Tauhid. Adakah Sahabat-sahabat Nabi menamakan orang musyrik sebagai ummat Tauhid? Tidak!

Syirik dan Tauhid tidak mungkin bersatu. Hal ini adalah 2 perkara yang berlawanan bagai siang dengan malam. Mungkinkah bersatu siang dengan malam serentak?Begitulah juga tidak adanya syirik dan tauhid bersatu dalam diri seseorang. Sama ada dia Tauhid atau Musyrik. Tidak ada kedua-duanya sekali. Jelas ini adalah ajaran sesat dan bidaah yang dipelopori oleh puak Wahabi & kini telah merebak ke dalam pengajian Islam teruatamnya di Timur Tengah. Kaum Wahabi yang sesat ini menciptakan pengajian baru dengan maksud untuk menggolongkan manusia yang datang menziarahi makam Nabi di Madinah, bertawasul dan amalan Ahlussunnah wal Jamaah yang lain sebagai orang “kafir” yang bertauhid Rububiyah dan yang mengikuti mereka sahaja adalah tergolong dalam Tauhid Uluhiyah.


Wednesday, April 22, 2009

Murtad - Jangan Pandang Sebelah Mata.

SS Dato' Seri Harussani Bin Zakaria ( Mufti Perak).
Pelancaran Buku "Murtad - Jangan Pandang Sebelah Mata" tulisan Sdr. Ann Wan Seng.
Bersama Dato' Mufti Perak.


Berbincang Dengan Dato' Mufti Perak.

Buku tulisan Saudara Ann Wan Seng bertajuk "Murtad - Jangan Pandang Sebelah Mata" telah dilancarkan oleh Dato' Seri Harussani Bin Zakaria, Mufti Negeri Perak.Majlis pelancaran buku ini diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra sewaktu belangsungnya Pesta Buku Antarabangsa 2009.Dato' Mufti seringkali mengutarakan permasalahan murtad yang semakin membimbangkan umat Islam.Namun kekecewaan terpancar di hati Dato' Mufti kerana isu murtad ini dipandang remeh oleh beberapa agensi kerajaan termasuklah dari jabatan-jabatan agama.
Dato' Mufti menggesa agar peranan membenteras isu murtad ini harus dipikul oleh semua umat Islam yang sayangkan agama Islam.Selain itu Dato' Mufti juga mengulas mengenai isu orang yang bukan beragama Islam membaca surah Al-Quran sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil.Perkara itu amatlah tidak wajar memandangkan golongan kafir ini menolak kebenaran Al-Quran, maka tujuannya membaca adalah bertujuan untuk kepentingan parti.Ini berlainan sekali jika tujuannya untuk mendalami Islam maka ia diharuskan.
Ketegasan Dato' Mufti ini harus dipuji dan sepatutnya menjadi dorongan kepada semua Mufti-Mufti yang lain untuk berkata benar tanpa berselindung demi menegakkan agama Islam tercinta.Apa yang dikesalkan ialah beberapa kenyataan Dato' Mufti diperlekehkan oleh beberapa umat Islam sendiri sehingga institusi ulama di negara ini semakin tidak dihormati.
Saudara Ann Wan Seng yang menulis buku ini harus mendapat pujian kerana telah berdakwah dalam penulisan walaupun baru memeluk agama Islam.Umat Islam sepatutnya merasa malu kerana permasalahan murtad ini mendapat perhatian Saudara Ann Wan Seng sedangkan umat Islam masih lagi dilalaikan dengan perkara-perkara yang tidak bermanafaat seperti penulisan dalam hiburan,novel cinta,penulisan politik murahan dan sebagainya.Dalam wawancara bersama Saudara Ann Wan Seng, penulis merasa tersentak kerana beliau memberitahu masih ada lagi umat Islam yang tidak boleh membaca surah Al-Fatihah dengan betul.Aduh malunya kita.........
Tahniah kepada Saudara Ann Wan Seng kerana berjaya membawa isu sebegini untuk membuka mata hati umat Islam.

Monday, April 20, 2009

Buku Aliran Wahabi DiPromosikan.


Antara sedar atau tidak berbagai-bagai jenis buku yang nyata beraliran Wahabi dipamerkan dan dipromosikan oleh beberapa pengedar buku sewaktu berjalannya Pesta Buku Antarabangsa 2009 di PWTC.Di antara buku-buku tersebut ialah tulisan cucu kepada Muhammad Ibn Wahab yang mengagung-agungkan datuknya.Selain itu juga kitab-kitab hadis yang ditulis oleh Syeikh Nasaruddin al-Bani berlambak dipamerkan.Tidak ketinggalan dengan buku tulisan Hafiz Firdaus seorang pilot yang bukan ahli agama dipromosikan yang menyentuh tentang pegangan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Banyak lagi buku-buku yang nyata berselisihan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dipromosikan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.
Apa dah jadi?Kenapa tidak ada pihak yang memantau dan menasihati pengedar-pengedar buku ini dari terus bermaharajalela mempromosikan buku-buku ini?Mana dia ulama-ulama yang berjuang di atas tiket pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah?Kalau beginilah berterusan maka orang-orang awam yang tidak mengerti akan terjebak kerana tiada tindakan pemantauan dari mereka-mereka yang sepatutnya bertidak menasihati pembekal-pembekal ini.

Thursday, April 16, 2009

Ciri-Ciri Golongan Salafiyah Wahhabiyyah.

Rasul Dahri ( Tokoh Wahabi Tegar).

Golongan yang menamakan diri mereka sebagai golongan Salafi sering bersikap berlawanan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Di antara sikap-sikap mereka ialah:

1) Sering membida'ahkan amalan umat Islam bahkan sampai mengkafirkan mereka.
2) Menganggap diri sebagai Mujtahid atau berlagak sepertinya (Walaupun tidak layak).
3) Sering mengambil hukum secara langsung dari Al-Quran dan Hadith. (Walaupun tak layak).
4) Sering memperlekehkan ulama' pondok dan golongan agama yang lain.
5) Ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsirkan kepada orang Islam.
6) Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal).
7) Menolak dengan beramal dengan Hadith dhaif.
8) Penilaian hadith yang tidak sama dengan ulama hadith yang lain.
9) Mengagung-agungkan Nasiruddin Al-Bani di dalam bidang hadith sedangkan beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-gurunya dalam bidang hadith.Umum mengetahui Nasiruddin al-Albani tidak mempunyai guru dalam bidang hadith tetapi belajar secara sendiri dan ilmu jarh dan ta'dil adalah mengikut Imam al-Dhahabi.
10) Sering menganggap hadith dhaif sebagai hadith mawdhu'.(palsu).
11) Perbahasan hanyalah kepada sanad dan matan hadith dan bukan pada maknanya.Maka itu perbincangan syawahid tidak diambil berat.
12) Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukannya dirayah.
13) Menganggap tajwid menyusahkan dan tidak perlu.
14) Mempertikaikan kedudukan babi sebagai najis mughallazah.
15) Mengatakan syirik terhadap amalan berzanji.
16) Mengharamkan wanita menziarahi kubur.
17) Sering mengkritik amalan kelebihan Nisfu Sya'aban.
18) Manganggap talqin sebagai bida'ah.
19) Menolak amalan ruqiyyah shar'iyyah dalam perubatan Islam seperti Selawat Syifa dan lain-lain.
20) Menganggap penggunaan tasbih sebagai bida'ah.

Banyak lagi sikap-sikap melampau yang dipromosikan oleh golongan ini.Ulama yang sering menjadi rujukan mereka ialah:

1) Ibnu Taimiyyah.
2) Ibnu al-Qayyim.
3) Muhammad Ibn Wahab.
4) Sheikh Abdul Aziz Bin Baz.
5) Nasiruddin al-Albani.
6) Syeikh Soleh Ibn Uthaimin.
7) Syekh Soleh Fawzan al-Fawzan.

Jauhilah golongan seperti ini dan berpeganglah kepada Ijma' Ulama dengan bersandarkan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Saturday, April 11, 2009

Majlis Gaza Palestine Masjid Ar-Rahimah, Kg. Pandan.


Ucapan Puan Hajjah Samiah Bte. Haji Mukhtar.





Nazri (Bekas Vokalis Raihan)






Ustaz Nasir Dan Rakannya.



Juara Nasyid Kumpulan Imaniah.

Antara Tetamu Yang Hadir.

Nazri, Bekas Penyanyi Raihan Membuka Tirai Persembahan.
Pelajar Yayasan Selangor.
Ust. Asri Bin Him sibuk menyediakan peralatan.
Pengerusi Majlis.
Tetamu Kehormat.
Tuan Haji Zakariah Bin Isa, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan.
Perasmian Oleh Puan Hajjah Saimah Binti Mukhtar.







Penyampaian Hadiah Pertandingan.

Majlis Simbolik Tabung Untuk Palestin.

Tetamu Kehormat Beransur Pulang.
Pertunjukan Slide Kesengsaraan Rakyat Palestin.

Malam Imarah Masjid Di Ar-Rahimah Kg. Pandan.

Pengerusi Majlis, Ust. Mohammad Nasir.

Peserta Nasyid.
Johan Nasyid, Kumpulan Nur Imaniah, Kuarters Kerajaan Desa Pandan.
Hakim Pertandingan Nasyid.
Kumpulan Blok E16, Pimpinan Tuan Hj. Shaari.


Silingan Lagu-Lagu Selawat.

Friday, April 10, 2009

Maulidur Rasul Terus Segar.

Rasul Bin Dahri mengatakan sambutan perayaan Maulidur Rasul sebagai perbuatan yang mungkar dan sesat.Mari kita lihat di bawah siapakah mereka-mereka yang dikatogerikan sebagai melakukan perbuatan mungkar oleh Rasul Dahri.Apakah mereka-mereka ini begitu jahil pada pandangan Rasul Dahri?Atau apakah Rasul Dahri yang tak diiktiraf ini merasakan dirinya lebih hebat dari para alim ulama' di bawah ini?
Bagi mereka yang taksub dengan Rasul Dahri, bukalah pintu hati anda agar tidak dibutakan oleh Rasul Dahri yang menyeleweng itu.

p/s email jemputan dari seorang sahabat kepada penulis.

al-Fanshuri - Hebahan Majlis Ilmu
عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر
Majlis Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم dan Haul Syaikh Abdul Qadir al-Gailani
Tarikh: 15 Rabiulakhir 1430H/ 11 April 2009
Tempat: Masjid Negara, Kuala Lumpur
Majlis bermula: 4.30 petang – 9.30 malam
Antara jemputan khas:
•Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Negara Iraq)
•Al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Ulama Makkah)
•Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Ulama Makkah) - membacakan Qasidah Burdah
•Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Mesir)
•Shohibus Samahah Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Besar Mesir)
•Al-Habib Hassan bin Muhammed bin Salim al-Athtas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
•Maulana Afeefuddin al-Gailani (Syaikh Tariqah Qadiriah)
•Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC)
•Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi
Aturcara Majlis
4.30pm -- Sholat ‘Ashar Berjemaah
4.45pm -- Persembahan Audio Visual Sirah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
5.15pm -- Pembukaan Pengaraca Majlis
5.30pm -- Ceramah 1 - Prof. Dr. Rafi' al-Ani (Mufti Iraq)
6.00pm -- Ceramah 2 – al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Makkah)
6.30pm -- Qasidah Burdah - Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Makkah)
6.50pm -- Syair - Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)
7.05pm -- Ceramah 3 - Dr. Muhammad El-Muhammady (Pensyarah ISTAC)
7.25pm -- Azan dan Sholat Maghrib
7.45pm -- Ceramah 4 - Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Mesir)
8.31pm -- Azan dan Sholat ‘Isyak
8.40pm -- Ceramah 5 - Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki (Pengasas Yayasan SOFA)
8.50pm -- Bacaan Maulud ad-Daiba'ie – al-Habib Hassan bin Mohammad bin Salim al-Atthas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
9.20pm -- Doa Penutup - Syaikh Maulana Afeefuddin Abdul Qadir al-Gaylani (Pengerusi Amanah Al-Wariseen)
9.30pm -- Jamuan & bersurai

Semua dijemput hadir.

Tuesday, April 7, 2009

Imam Silih Berganti, Jemaah Kekal.

Sudah lumrah para Imam-Imam yang bertugas di masjid-masjid akan ditukar ke sana ke mari mengikut arahan Jabatan Agama Negeri.Namun ada juga yang ditamatkan perkhidmatan tanpa penukaran atas beberapa alasan yang bersesuaian.Contoh yang berlaku di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan, ketiga-tiga Imam telah pun melangkaui umur 70an dan 80an, maka perkhidmatan mereka telah diambil alih oleh Imam-Imam muda yang terlatih.

Jika dikaji dari kaedah logiknya, tindakan menamatkan Imam-Imam yang sudah berumur memang wajar dilakukan.Ini disebabkan faktor umur boleh membawa kepada pembacaan Imam-Imam tersebut tidak lagi sesuai apatah lagi bila bacaan tersebut dinilai dari hukum tajwid,makhraj dan sebagainya.Adakalanya bacaan tersebut tidak jelas untuk didengar lagi oleh para makmum.

Jika mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh beberapa Jabatan Agama Negeri, maka setiap Imam yang telah melebihi 60 tahun tidak sesuai lagi untuk dilantik.Namun kesedaran segelintir Imam-Imam mengenai syarat-syarat ini sering menjadi masalah kepada pihak Jabatan Agama.Adalah lebih baik Imam-Imam yang merasakan dirinya sudah menjangkaui syarat-syarat yang ditetapkan berundur dengan rela hati daripada diberikan surat arahan pemberhentian.Maka akan terbukalah peluang Imam-Imam yang muda yang terlatih untuk menjawat jawatan tersebut.

Tindakan ketiga-tiga Imam yang ditamatkan di Masjid Nurul Hidayah amatlah dipuji dan patut dicontohi.Mereka menerima keputusan tersebut dengan rela hati kerana ada penggantinya yang dirasakan lebih baik.Ketua Imamnya Tuan Haji Azhar Bin Itam, yang sudah berumur 83 tahun sebenarnya mempunyai bacaan yang bermutu dan baik.Namun keputusan mesyuarat pemilihan menentukan siapa yang lebih layak, beliau turut akur dan bersyukur.Inilah satu contoh terpuji yang patut dimiliki oleh seorang Imam.Janganlah disebabkan kita ditamatkan maka akan berlaku pertikaian sedangkan kita sebenarnya tidak mampu lagi memberikan perkhidmatan terbaik.Walaubagaimana pun, penukaran atau penamatan Imam-Imam tidak menjejaskan kehadiran jemaah ke masjid.Adakalanya ia lebih baik lagi kehadiran jemaah tanpa kita menjadi Imam kerana jemaah kini lebih pandai menilai keilmuan dan baik bacaannya seorang Imam.

Saturday, April 4, 2009

Selamat Bersara Cucu Ulama'.


Tun Abdullah Ahmad Badawi menamatkan spekulasi dengan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya Dato' Seri Najib Bin Tun Razak.Maka dengan itu berakhirlah segala kebencian, tohmahan, caci nista dan berbagai-bagai lagi yang dilemparkan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebagai seorang yang berpawatakan sederhana yang penuh dengan kelembutan, musuh-musuh politiknya baik di dalam atau di luar seakan mengambil kesempatan ke atas beliau.Inilah perwatakan yang terdidik yang ditunjukkan oleh Tun Abdullah sebagai cucu kepada ulama' Nusantara termasyur Abdullah Fahim.
Kini beliau bebas dari segala kedurjanaan manusia setelah melepaskan jawatan tertinggi negara apatah lagi dengan keghairahan pilihanraya kecil sekarang ini.Berundurnya Tun Abdullah dari jawatan tertinggi negara sekurang-kurangnya telah mengurangkan dosa-dosa musuh politiknya daripada sikap tuduh menuduh, umpatan,cercaan yang sememangnya telah menjadi lumrah sebagai bahan kempen memancing undi.
Apa pun dalam masa yang singkat penerajuan Tun Abdullah untuk negara telah mengajar rakyat agar sikap kesederhanaan sebagai pemimpin, tidak mudah melatah dengan tohmahan, sabar, patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin yang lain.Syabas Tun atau Pak Lah kerana mengekalkan sikap sebagai seorang cucu ulama' yang terdidik dengan sikap terpuji.Semoga Allah swt melindungi Tun dan keluarga dengan seribu rahmatNya.

Friday, April 3, 2009

JAWI Kata Haram!!!!!!!!

Sewaktu berada di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan menunggu masuknya waktu solat Jumaat, seorang Ustaz yang memberi tazkirah Jumaat mengakhiri tazkirahnya dengan pengumuman daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, mengharamkan umat Islam menghadirkan diri ke Speed Zone Tour 2009 yang akan berlangsung pada 4hb. April '09.
Ini disebabkan terdapatnya arak di situ.
ulasan: Apakah bezanya Speedzone Tour dengan konsert Akedemi Fantasia?Apakah disebabkan di konsert Akedemi Fantasia tidak ada arak maka ia tidak boleh diharamkan daripada dihadiri ribuan umat Islam?Kenapa pihak JAWI tidak mengelurkan arahan yang sama mengharamkan Akedemi Fantasia yang secara terang-terangan melalaikan umat Islam dengan hiburan?
Sebenarnya selain Speedzone Tour dan Akedemi Fantasia, terlalu banyak hiburan yang melalaikan umat Islam di negara ini disajikan hingga berlakunya keruntuhan moral yang amat kritikal sekali terhadap remaja Islam masa kini.Dengan itu timbullah Malaysian Idol,Gang Starz,Konsert Jom Heboh dan macam-macam lagi yang lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan.
Begitu juga dengan hiburan yang disajikan sewaktu negara menyambut hari merdeka dan Sambutan Tahun Baru.Maka berbondong-bondonglah remaja Islam, malah satu keluarga Islam dari bapa,emak dan anak-anaknya dibawa sanggup datang awal jam 5.00 ptg untuk menonton konsert hingga ke waktu umat Islam lain bangun semula untuk bertahajjud.
Sebenarnya memanglah wajar JAWI mengharamkan Speedzone Tour daripada dihadiri oleh umat Islam, namun tindakan "selective" begini wajar dipersoalkan.Adalah lebih baik pihak JAWI memberi kata nasihat kepada penguasa agar program sebegini tidak sepatutnya dianjurkan di negara yang mendukung agama Islam sebagai agama rasminya.Jika ia hendak dianjurkan juga maka pihak JAWI dan penguasa negara harus menetapkan syarat kepada penganjur dengan melarang kemasukan umat Islam ke dalam program tersebut.Ini disebabkan negara kita berbilang kaum dan agama, maka biarkanlah mereka yang bukan Islam dengan cara mereka tanpa melibatkan umat Islam.

Wednesday, April 1, 2009

Risalah Halus Puak Wahabi!!!!!!!!!

SUNNAH RASULULLAH

Sallallahu Alaihi Wasallam

Dari Abi Najh Allrbad bin Sariah r.a katanya: Telah menaslhatl kaml oleh Rasulullah s.a.w akan satu nasihat yang menggeletarkan hati daripadanya dan menltls air mata. Lalu kami berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olahnya Inilah naslhat yang terakhlr, maka berllah kepada kami satu pesan.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Aku berwasiat (l>erpesan) kepada kamu dengan bertaqwa kepada Allah dan tetap mendengar serta taat walaupun yang memerlntah kamu adalah seorang hamba sahaya.

Sesungguhnya barang siapa yang hidup selepasku, nescaya ia akan mellhat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa Ar-RasyicNn (bagi mendapat pimpinan ke jalan yang betul) dan gigitlah dengan gigi geraham kamu dan jauhi oleh kamu akan perkara yang baharu dlada-­adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah (perkara yang baru diada-adakan) itu adalah sesat."

Dlrlwayatkan oleh Abu Daud den Termlzl derl Ab! NlIjh A"'rbad bin sarlah.

Untuk meralh kedudukan terhormat dl sisl Allah adalah mudah.

Kunclnya lalah amalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Menunalkan sunnah Itu pun sangst rlngsn dan mudah, bahkan boleh dllakukan sambll berlbadah, sambll tldur, sambll makan, berpakalan, bersuci, bermasyarakat, keluar masuk rumah dan dalam saluruh kehldupan klta.

Yang pentlng tanamkan nlat. Jlka bernlat, maka dapatlah pahala sunnah.

KETAHUI DAN AMALKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W ke dalam telefon anda sekali seminggu setiap Jumaat

taip ..... on topsms sunnah smske 33886

1nl adalah perkhldmatan langganen. C8J 50 sen setlap SMS dlterlma setlap Jumaat. TIada yursn pendBftarsn. DlanJurkan oleh NORALHOMESHOP dengan kerJasama EVERWORKS. Tallan DlgI, Maxis den C8lcom sahllje.

Maselah teknlkal? SMS topsms mesaleh anda ke 33886




Risalah sebegini ditabur oleh puak-puak Wahabi ke serata surau dan masjid kononnya untuk mendapat pahala kerana berdakwah.Cara halus yang digunakan oleh puak Wahabi ini dengan bertemakan sunah Rasulullah s.a.w tetapi apabila diteliti ternyata untuk memberitahu bahawa setiap perkara baru yang dilakukan adalah bidaah dan sesat bagi pengamalnya.

Riwayat daripada Abu Nu'aim, aku mendengar daripada Imam As-Syafi'e,"Bidaah itu terbahagi kepada 2 (1) Bidaah Mahmudah (dipuji) (11) Bidaah Mazmumah (dikeji).Apa yang menepati sunnah maka ia adalah mahmud (terpuji) dan apa yang bercanggah dengan sunnah maka ia adalah mazmum (dikeji).
Riwayat daripada al-Balhaqi di dalam kitab Manaqib al-Syafi'e maksudnya:
Al-Muhdathat (perkara-perkara baru) ada 2 bahagian.Perkara baru yang bercanggah dengan Al-Quran,Sunnah,Athar atau Ijma' maka dikatogerikan sebagai bidaah dholalah (yang sesat).

Malangnya puak-puak Wahabi ini tidak mahu menerima ijma' daripada ulama' muktabar maka mereka sewenang-wenangnya membidaahkan segala amalan baik yang telah disepakati oleh ulama' muktabar.Maka sesiapa yang berjumpa dengan risalah sebegini, ambil kesemuanya dan campakkan ke dalam tong sampah kerana ia lebih mulia daripada menimbulkan keluh-kesah umat Islam tentang pengertian bidaah yang sebenar jika kurang mendalami ilmu Islam.