Monday, April 20, 2009

Buku Aliran Wahabi DiPromosikan.


Antara sedar atau tidak berbagai-bagai jenis buku yang nyata beraliran Wahabi dipamerkan dan dipromosikan oleh beberapa pengedar buku sewaktu berjalannya Pesta Buku Antarabangsa 2009 di PWTC.Di antara buku-buku tersebut ialah tulisan cucu kepada Muhammad Ibn Wahab yang mengagung-agungkan datuknya.Selain itu juga kitab-kitab hadis yang ditulis oleh Syeikh Nasaruddin al-Bani berlambak dipamerkan.Tidak ketinggalan dengan buku tulisan Hafiz Firdaus seorang pilot yang bukan ahli agama dipromosikan yang menyentuh tentang pegangan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Banyak lagi buku-buku yang nyata berselisihan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dipromosikan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.
Apa dah jadi?Kenapa tidak ada pihak yang memantau dan menasihati pengedar-pengedar buku ini dari terus bermaharajalela mempromosikan buku-buku ini?Mana dia ulama-ulama yang berjuang di atas tiket pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah?Kalau beginilah berterusan maka orang-orang awam yang tidak mengerti akan terjebak kerana tiada tindakan pemantauan dari mereka-mereka yang sepatutnya bertidak menasihati pembekal-pembekal ini.

1 comment:

mamah said...

kenapa begitu bodoh? Keluarkan hujjah berdasar Qur'an dan Hadits nabi untuk mengharamkan kalau beliau benar-benar terpesong. Berhujjahlah dengan dua sumber Islam itu, bukan dengan hawa nafsu.