Thursday, April 16, 2009

Ciri-Ciri Golongan Salafiyah Wahhabiyyah.

Rasul Dahri ( Tokoh Wahabi Tegar).

Golongan yang menamakan diri mereka sebagai golongan Salafi sering bersikap berlawanan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Di antara sikap-sikap mereka ialah:

1) Sering membida'ahkan amalan umat Islam bahkan sampai mengkafirkan mereka.
2) Menganggap diri sebagai Mujtahid atau berlagak sepertinya (Walaupun tidak layak).
3) Sering mengambil hukum secara langsung dari Al-Quran dan Hadith. (Walaupun tak layak).
4) Sering memperlekehkan ulama' pondok dan golongan agama yang lain.
5) Ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsirkan kepada orang Islam.
6) Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal).
7) Menolak dengan beramal dengan Hadith dhaif.
8) Penilaian hadith yang tidak sama dengan ulama hadith yang lain.
9) Mengagung-agungkan Nasiruddin Al-Bani di dalam bidang hadith sedangkan beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-gurunya dalam bidang hadith.Umum mengetahui Nasiruddin al-Albani tidak mempunyai guru dalam bidang hadith tetapi belajar secara sendiri dan ilmu jarh dan ta'dil adalah mengikut Imam al-Dhahabi.
10) Sering menganggap hadith dhaif sebagai hadith mawdhu'.(palsu).
11) Perbahasan hanyalah kepada sanad dan matan hadith dan bukan pada maknanya.Maka itu perbincangan syawahid tidak diambil berat.
12) Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukannya dirayah.
13) Menganggap tajwid menyusahkan dan tidak perlu.
14) Mempertikaikan kedudukan babi sebagai najis mughallazah.
15) Mengatakan syirik terhadap amalan berzanji.
16) Mengharamkan wanita menziarahi kubur.
17) Sering mengkritik amalan kelebihan Nisfu Sya'aban.
18) Manganggap talqin sebagai bida'ah.
19) Menolak amalan ruqiyyah shar'iyyah dalam perubatan Islam seperti Selawat Syifa dan lain-lain.
20) Menganggap penggunaan tasbih sebagai bida'ah.

Banyak lagi sikap-sikap melampau yang dipromosikan oleh golongan ini.Ulama yang sering menjadi rujukan mereka ialah:

1) Ibnu Taimiyyah.
2) Ibnu al-Qayyim.
3) Muhammad Ibn Wahab.
4) Sheikh Abdul Aziz Bin Baz.
5) Nasiruddin al-Albani.
6) Syeikh Soleh Ibn Uthaimin.
7) Syekh Soleh Fawzan al-Fawzan.

Jauhilah golongan seperti ini dan berpeganglah kepada Ijma' Ulama dengan bersandarkan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

3 comments:

Pemuda Pas Cawangan BK6 said...

Alahamdulillah, Ust.Abu Syafiq tidak pernah gentar dan takut utk. mendedahkan penyelewengan puak Wahabi ini.Sama-samalah kita terus menyokong dan membantu menyampaikan apa2 informasi yang ditulis oleh Ust Abu Syafiq,Ust.Mahfuz,Ust.Zamihan dan lain2 agar umat Islam tidak tertipu dengan putar belit Pak-Pak Wahab.Dlm. TV3 pun dah ajar cara solat Wahabi tapi ditukar namanya kpd. cara solat Nabi.Di sekolah2 diadakan kem solat bestari cara wahabi.Aduh rosaklah anak2 kita nanti diajar cara Wahabi solat.

--------------------------------

Solat cara Nabi tu x elok ke? Kalau dah bersandarkan nas dan hadith nabi pun nak kata sesat?

Astaghfirullah, kan nabi pesan suh kita ikut quran dan hadith.. supaya kita tidak sesat...

Lukhman al-Yusufi said...

Kalau pandangan Ibnu Taimiyah, saya boleh menerima sebehagian pendapat yang berdalil dan berfakta (tetapi jauh sekali bagi saya untuk memiliki Fatawa Ibnu Taimiyah yang mahal)..

Namun untuk mengumpul buku-buku karangan Nasiruddin al-Albani amat sukar bagi saya, bukan kerana tiada di Kuching atau harga yang mahal, tetapi saya meragui pendidikan yang beliau terima dalam bidang hadis. (Saya dikhabarkan bahawa al-Albani tidak mempelajari hadis secara bersanad, betulkah khabar tersebut?)

Saya kira ulama-ulama al-Azhar (seperti Syeikh Ali Jumaah, Syeikh Sayyid Muhammad Tantawi dan Syeikh Yusuf Qaradawi) sudah cukup boleh dijadikan panduan.

refah00 said...

Minta izin siarkan artikel ni di blog saya