Wednesday, April 22, 2009

Murtad - Jangan Pandang Sebelah Mata.

SS Dato' Seri Harussani Bin Zakaria ( Mufti Perak).
Pelancaran Buku "Murtad - Jangan Pandang Sebelah Mata" tulisan Sdr. Ann Wan Seng.
Bersama Dato' Mufti Perak.


Berbincang Dengan Dato' Mufti Perak.

Buku tulisan Saudara Ann Wan Seng bertajuk "Murtad - Jangan Pandang Sebelah Mata" telah dilancarkan oleh Dato' Seri Harussani Bin Zakaria, Mufti Negeri Perak.Majlis pelancaran buku ini diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra sewaktu belangsungnya Pesta Buku Antarabangsa 2009.Dato' Mufti seringkali mengutarakan permasalahan murtad yang semakin membimbangkan umat Islam.Namun kekecewaan terpancar di hati Dato' Mufti kerana isu murtad ini dipandang remeh oleh beberapa agensi kerajaan termasuklah dari jabatan-jabatan agama.
Dato' Mufti menggesa agar peranan membenteras isu murtad ini harus dipikul oleh semua umat Islam yang sayangkan agama Islam.Selain itu Dato' Mufti juga mengulas mengenai isu orang yang bukan beragama Islam membaca surah Al-Quran sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil.Perkara itu amatlah tidak wajar memandangkan golongan kafir ini menolak kebenaran Al-Quran, maka tujuannya membaca adalah bertujuan untuk kepentingan parti.Ini berlainan sekali jika tujuannya untuk mendalami Islam maka ia diharuskan.
Ketegasan Dato' Mufti ini harus dipuji dan sepatutnya menjadi dorongan kepada semua Mufti-Mufti yang lain untuk berkata benar tanpa berselindung demi menegakkan agama Islam tercinta.Apa yang dikesalkan ialah beberapa kenyataan Dato' Mufti diperlekehkan oleh beberapa umat Islam sendiri sehingga institusi ulama di negara ini semakin tidak dihormati.
Saudara Ann Wan Seng yang menulis buku ini harus mendapat pujian kerana telah berdakwah dalam penulisan walaupun baru memeluk agama Islam.Umat Islam sepatutnya merasa malu kerana permasalahan murtad ini mendapat perhatian Saudara Ann Wan Seng sedangkan umat Islam masih lagi dilalaikan dengan perkara-perkara yang tidak bermanafaat seperti penulisan dalam hiburan,novel cinta,penulisan politik murahan dan sebagainya.Dalam wawancara bersama Saudara Ann Wan Seng, penulis merasa tersentak kerana beliau memberitahu masih ada lagi umat Islam yang tidak boleh membaca surah Al-Fatihah dengan betul.Aduh malunya kita.........
Tahniah kepada Saudara Ann Wan Seng kerana berjaya membawa isu sebegini untuk membuka mata hati umat Islam.

No comments: