Saturday, April 4, 2009

Selamat Bersara Cucu Ulama'.


Tun Abdullah Ahmad Badawi menamatkan spekulasi dengan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya Dato' Seri Najib Bin Tun Razak.Maka dengan itu berakhirlah segala kebencian, tohmahan, caci nista dan berbagai-bagai lagi yang dilemparkan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebagai seorang yang berpawatakan sederhana yang penuh dengan kelembutan, musuh-musuh politiknya baik di dalam atau di luar seakan mengambil kesempatan ke atas beliau.Inilah perwatakan yang terdidik yang ditunjukkan oleh Tun Abdullah sebagai cucu kepada ulama' Nusantara termasyur Abdullah Fahim.
Kini beliau bebas dari segala kedurjanaan manusia setelah melepaskan jawatan tertinggi negara apatah lagi dengan keghairahan pilihanraya kecil sekarang ini.Berundurnya Tun Abdullah dari jawatan tertinggi negara sekurang-kurangnya telah mengurangkan dosa-dosa musuh politiknya daripada sikap tuduh menuduh, umpatan,cercaan yang sememangnya telah menjadi lumrah sebagai bahan kempen memancing undi.
Apa pun dalam masa yang singkat penerajuan Tun Abdullah untuk negara telah mengajar rakyat agar sikap kesederhanaan sebagai pemimpin, tidak mudah melatah dengan tohmahan, sabar, patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin yang lain.Syabas Tun atau Pak Lah kerana mengekalkan sikap sebagai seorang cucu ulama' yang terdidik dengan sikap terpuji.Semoga Allah swt melindungi Tun dan keluarga dengan seribu rahmatNya.

No comments: